Salam Terakhir Daripada Minda-Kembara Versi Blogspot
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/31/2008 10:48:00 PM | 6 Pandangan »Bersiap Sedia Ke Permatang Pauh!
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/31/2008 06:22:00 PM | 0 Pandangan »Azizah kosongkan kerusi Ptg Pauh - Malaysiakini
Jul 31, 08 3:18pm
Keputusan Terbaik Untuk Masa Depan PAS dan Pakatan Rakyat
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/31/2008 05:51:00 PM | 0 Pandangan »Nyza Ayob dan Intan Abdullah Thu Jul 31, 08 4:34:28 pm MYT
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - PAS menolak mengadakan sebarang rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sebarang tawaran untuk mewujudkan kerjasama politik tidak lagi berbangkit.
Abdul Rahim Sabri Jul 31, 08 12:12pm
Siri pendedahan media tentang rundingan tertutup PAS-Umno mutakhir ini mendorong ketua penerangan PAS Mahfuz Omar mohon maaf secara terbuka awal minggu ini kerana pernah menafikan pertemuan sulit dua parti itu.
Buku : 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/30/2008 01:34:00 AM | 0 Pandangan »Berita Daripada Harakahdaily : Muzakarah PAS - UMNO
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/29/2008 11:12:00 PM | 0 Pandangan »Isu muzakarah-muqabalah: Ahli akar umbi mula gusar
Roy Rasul Tue Jul 29, 08 5:16:24 pm MYT
Iklan
Mereka bimbang isu berkenaan bakal mengundang salah faham dan tanggapan di kalangan ahli dan penyokong parti atas pelbagai pandangan pemimpin PAS yang terdedah kepada eksploitasi media.
Katanya, muzakarah itu bukan mahu mengubah dasar parti dan apabila Umno menerima muzakarah tersebut ahli PAS tidak perlu melatah sebaliknya serah kepada pucuk pimpinan. - mks. _
Rancang Hidup, Rancang Wang
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/28/2008 09:08:00 AM | 2 Pandangan »Tiga Hari di Lembah Klang
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/27/2008 12:36:00 AM | 2 Pandangan »Memandangkan PAS pada hari ini telah mendapat tempat di hati semua kaum di dalam negara kita ini, maka LPN akan mengorak langkah kehadapan untuk memastikan bahawa matlamat perjuangan PAS benar-benar difahami oleh para penyokong PAS.
Keputusan yang diambil adalah seperti berikut ;-
ii. Memandangkan bahawa masih terdapat Lajnah Perpaduan Nasional tidak diwujudkan di peringkat DPPN maka LPN mencadangkan satu kawasan dipilih daripada setiap negeri bagi menjayakan hasrat ini.
iii. LPN DPPP akan melancarkan "PAS Youth Supporting Club" yang akan menghimpunkan penyokong PAS yang berusia di bawah 40 tahun.
Hari Sabtu, saya telah mengikuti satu exspedisi yang dipanggil "Ziarah Ukhuwwah" yang dianjurkan oleh Alif Consultant yang diterajui oleh sahabat baik saya, sdr Mohd Sabir sejak daripada UTM Jalan Semarak dahulu.
Sesekali dalam kesibukan aktiviti parti, bila terlibat dalam program seperti ini, terasa sikit ringan kepala. Sememangnya menziarahi anak-anak yatim dan pelajar tahfiz ini cukup baik diadakan.
Program yang dianjurkan oleh Alif Consultant ini lebih kepada memberikan motivasi kepada pelajar dan pemberian sumbangan kepada pihak pentadbiran. Kesemua sukarelawan yang terlibat di dalam program ini terdiri daripada UTM Jalan Semarak.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui aktiviti dan latar belakang Alif Consultant ini, sila layari http://alifconsultant4all.blogspot.com
Peserta daripada rumah Anak Yatim di Meru yang tekun mengikuti motivasi daripada Alif Consultat.
Sdr Mohd Sabir sedang mengendalikan motivasi kepada pelajarPelajar Darul Quran yang cukup bersemangat untuk mengikuti program ini.
Saya mewakili Alif Consultant memberikan sumbangan kepada Pentadbir Maahad Tahfiz Darul Quran.
Bergambar bersama adik Anisah selepas selesai program ini diadakan.
Bergambar di pintu Gerbang Darul Quran
Kenyataan Media Pemuda PAS Johor Isu Muzakarah PAS-UMNO
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/24/2008 08:30:00 AM | 0 Pandangan »(24 Julai 2008, 21 Rejab 1429)
No Rujukan : PAS/DPP.12/2.07(06/08)
TAJUK :
PEMUDA PAS JOHOR MENYOKONG KEPUTUSAN AGAR MUZAKARAH PAS-UMNO DIHENTIKAN
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah mengadakan mesyuarat khas pada 23 Julai 2008 pukul 9.30 malam untuk membincangkan satu perkara iaitu muzakarah di antara PAS dan UMNO. Mesyuarat Khas ini diadakan sehari selepas Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan mesyuarat yang sama.
DPPNJ telah mengambil beberapa keputusan seperti berikut :
1. Menyokong penuh keputusan pimpinan tertinggi PAS yang sebulat suara menolak muzakarah antara UMNO-PAS dan menolak sebarang dialog kerjasama politik kedua-dua parti.
2. Menyokong keputusan DPPP yang mahukan PAS kekal dengan Pakatan Rakyat dan menentang sebarang usaha sekiranya muzakarah yang hendak diadakan menjurus dan memfokuskan kepada agenda kerjasama politik ataupun perkongsian kuasa di antara PAS dan UMNO.
DPPNJ juga telah mengarahkan agar Dewan Pemuda PAS Kawasan mengambil tindakan segera untuk memberikan taklimat kepada seluruh pemuda PAS di peringkat kawasan terhadap isu ini agar pemuda PAS tidak terkeliru dengan isu muzakarah ini.
Disamping itu, mesyuarat khas DPPNJ ini juga bersetuju supaya,
1. PAS Pusat mengadakan Taklimat Khas Presiden kepada seluruh pimpinan PAS daripada peringkat pusat sehinggalah sekurang-kurangnya kepada jawatankuasa Harian PAS di peringkat kawasan-kawasan dan mengadakan ’roadshow’ ke negeri-negeri bagi menjelaskan isu yang berkaitan dengan muzarakah dan Pakatan Rakyat. Taklimat Khas Presiden ini perlu diadakan dengan kadar segera sebelum menjelang Muktamar PAS Pusat pada 13-17 Ogos 2008 yang akan datang.
2. Pimpinan PAS perlu lebih telus dan berhati-hati dalam menyampaikan maklumat kepada umum agar ianya tidak ada percanggahan di antara satu sama lain.
3. Pimpinan PAS Pusat perlu kerap mengadakan aktiviti dan pertemuan yang mampu mempertautkan hati di kalangan pimpinan tertinggi supaya apa jua masalah yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.
DPPNJ sangat berharap agar kemelut isu muzakarah ini akan berakhir dengan segera supaya PAS dapat memberikan tumpuan terhadap perkara yang lebih besar manfaatnya kepada perjuangan.
Sekian.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/
Tiada Muzakarah PAS-UMNO
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/24/2008 01:41:00 AM | 0 Pandangan »PAS 'tidak minat tawaran' Umno - Malaysiakini
Jimadie Shah Othman Jul 23, 08 1:47pm
Pemuda PAS Perjelaskan Isu Muzakarah
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/24/2008 01:13:00 AM | 0 Pandangan »Muzakarah: Dewan Pemuda PAS Pusat perjelas pendirian
Nyza Ayob & Nuha Rahim Foto Nasir Sudin Wed Jul 23, 08 4:07:18 pm MYT
Turut serta dalam sidang media tersebut ialah Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Sabki Yusuf; Exco Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Kamaruzzaman Mohamad.
Pemuda PAS Bantah Konsert Inul
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/24/2008 01:08:00 AM | 0 Pandangan »Konsert Inul: Pemuda PAS Wilayah serah memo pada Datuk Bandar
Roy Rasul Foto Nasir Sudin Wed Jul 23, 08 4:04:28 pm MYT
"DBKL sepatutnya merujuk kepada Majlis Bandaraya Johor Bharu dahulu sebelum meluluskannya," katanya lagi. - mks. _
Pertemuan Exco DPP Pusat Dengan Exco Kerajaan Selangor Daripada PAS
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/23/2008 02:19:00 AM | 0 Pandangan »Apabila Hati Sudah Terguris...
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/21/2008 11:26:00 PM | 0 Pandangan »Pertemuan Dengan Pimpinan Kelab Penyokong PAS Perak
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/21/2008 04:54:00 PM | 0 Pandangan »PAS Tetap Perjuangkan Islam Dalam Apa Jua Keadaan
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/21/2008 07:59:00 AM | 0 Pandangan »Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD
KUALA TERENGGANU 20 Julai - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas tidak akan berganjak daripada pendirian asal untuk memperjuangkan Islam meskipun parti itu berada dalam pakatan pembangkang.
.
.
.
.
.
.
Presiden PAS Jawab Isu Pertemuan Dengan Pak Lah
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/21/2008 01:12:00 AM | 1 Pandangan »PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.
Pembatalan Konsert Inul Satu Rahmat Untuk Rakyat Johor
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/21/2008 12:31:00 AM | 1 Pandangan »Semalam, rata-rata akhbar di Malaysia menyiarkan berita pembatalan konsert Inul Daratista di Johor Bahru dengan memaparkan bagaimana betapa kecewanya Inul sehingga hampir pengsan apabila mendapat tahu bahawa konsertnya terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa di Johor.
.
Saya telah dihubungi oleh sdr Salman Hussin, pemberita Harakah Johor untuk mendapatkan maklumat terkini tentang konsert tersebut pada hari Jumaat malam Sabtu. Saya telah menyatakan bahawa konsert tersebut telahpun dibatalkan kerana keputusan pihak berkuasa tempatan adalah muktamad, iaitu permit tidak akan dikeluarkan.
Salman Hussin Fri Jul 18, 08 1:03:39 pm MYT
BATU PAHAT, 18 Julai (Hrkh) - Pemuda PAS Johor menyambut baik keputusan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), tidak membenarkan konsert dangdut artis Indonesia, Inul Daratista, yang dijadual pada 19 Julai ini, di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, dekat sini.
"Keputusan MBJB tidak mengeluarkan permit kepada penganjur untuk mengadakan konsert ini adalah satu tindakan yang sangat tepat dan bertanggung jawab," kata Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan akhbar penganjur konsert ini, IMF Prima, berhubung pembatalan konsert ini.
Menurut Faizi, pada 11 Julai lalu, Pemuda PAS Johor telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, bagi membantah penganjuran konsert ini.
"Sehingga hari Selasa, kita dimaklumkan Pejabat MB masih tidak meluluskan permohonan bagi mengadakan konsert ini dan kenyataan akhbar pihak penganjur berhubung pembatalan konsert tersebut, amat melegakan kita.
"Kita juga difahamkan pada 10 Julai lalu, pihak penganjur telah mengemukakan rayuan kepada MBJB, tetapi rayuan mereka ditolak, bagaimanapun keputusan MBJB menolak rayuan ini telah menimbulkan tanda tanya kepada penganjur.
"Bagi kita ketegasan MBJB ini menunjukkan keperihatinan mereka terhadap kepentingan sosial rakyat terutama golongan muda.
"Berdasarkan kepada latar belakang artis dangdut yang membawa imej lucah dalam persembahannya sebelum ini, maka amat wajar sekali MBJB dan Kerajaan Johor, tidak membenarkan konsert ini diadakan di negeri ini.
"PAS tidak sekali-kali menentang hiburan kerana kita faham ianya satu keperluan bagi setiap manusia, tetapi biarlah hiburan yang bersifat mendidik dan menjurus ke arah kebaikan dunia dan akhirat, bukan melalaikan atau menyesatkan manusia, lebih-lebih lagi umat Islam," ujarnya lagi. - mns_