Muzakarah PAS & UMNO

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/18/2008 09:06:00 AM | 2 Pandangan »

Salam semua,


Isu muzakarah di atara PAS dan UMNO bukanlah perkara baru dan saya fikir perkara ini sudahpun dilontarkan sebelum saya menyertai PAS lagi. Pimpinan PAS terutamanya TG Nik Aziz dan Allahyarham Ust Fadzil Noor telah pun banyak kali mengajak UMNO bermuzakarah di atas beberapa isu.

Setiap kali PAS mecadangkan muzakarah, ada sahaja alasan yang diberikan oleh UMNO terutamanya Tun Dr Mahathir. Mungkin ketika itu UMNO merasakan mereka kuat dan mereka melihat PAS lemah dan tidak layak untuk duduk berbincang dengan mereka.

PAS tetap konsisten untuk meneruskan muzakarah dan ia tidak pernah menutup pintu perbincangan ini dalam apa jua keadaan.

Sekarang ini, muzakarah UMNO dan PAS timbul semula, cuma bezanya ia hadir salam suasana UMNO sedang nazak dan PAS sedang menuju ke puncak kejayaan. PAS sedang berada di antara situasi yang terbaik pada kali ini. Saya tahu, ramai yang cukup takut apabila pimpinan PAS dan UMNO ingin bertemu. Takut PAS akan berbaik dengan UMNO dan akhirnya sejarah hitam berulang kembali (luka lama berdarah kembali). Takut PAS akan menyertai BN dan akhirnya nanti ditendang keluar daripada barisan dan PAS akan mengulangi sejarah yang pedih.

Saudara,

Dulu, bila PAS lemah dan UMNO kuat, kita kritik UMNO kerana takut untuk bermuzakarah untuk kepentingan ummah. Kini. PAS semakin kuat dan UMNO sedang menuju kehancuran, adakah kita patut mengambil contoh yang telah ditunjukkan oleh UMNO sebelum ini?

Saya membayangkan, muzakarah ini akan membincangkan tentang dasar dan hala tuju perjuangan PAS dan UMNO serta isu semasa yang sedang dihadapi ketika ini dan lebih baik dapat dipertontonkan kepada masyarakat umum.

Saya tidak sangsi kepada pimpinan jika mereka berbincang/muzakarah terhadap masa depan ummah. Kita akan melihat bagaimana TG Nik Aziz @ TG Hadi Awang bermuzakarah dengan Pak Lah, kita akan melihat Ust Nasruddin bermuzakarah dengan Najib Razak berbicara soal agama dan masa depan umat Islam di Malaysia dan juga dengan pimpinan yang lain.

Perlu kita buang daripada kotak pemikiran kita bahawa muzakarah ini adalah bertujuan untuk PAS menyertai UMNO, buang jauh-jauh ke Laut China Selatan. Letakkan fokus muzakarah ini adalah untuk kepentingan ummah.Andaikata muzakarah ini akan berlaku, kita berikan kepercayaan kepada pimpinan kita dan berdoalah agar mereka diiringi dengan Rahmat dan Hidayah daripada Allah.

Jika debat Anwar Ibrahim dengan Shaberry Cheek baru-baru ini telah berjaya membongkar kelemahan BN dalam isu menaikkan harga minyak, mudah-mudahan muzakarah ini akan menarik ahli UMNO untuk menyertai PAS.

Allah Penentu Segalanya...

Khairul Faizi Ahmad Kamil

Pandangan ini saya catatkan bagi mengulas satu pendapat di Tranungkite bertajuk "Jangan biarkan pisang berbuah 2 kali !"

----------------------------
Ku Li harap PAS dan Umno bergabung - Malaysiakini
Jul 17, 08 4:33pm

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berharap PAS dan Umno akan bergabung menjadi satu parti hasil daripada muzakarah yang dicadangkan.

Beliau berkata muzakarah itu merupakan cadangan yang baik untuk mencari satu titik pertemuan bagi kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

"Saya lebih suka sekiranya muzakarah itu berlandaskan satu matlamat yang ikhlas," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini ketika diminta mengulas perkara tersebut.

Tengku Razaleigh dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, berdasarkan iklim politik sekarang dan kedudukan ekonomi dunia serta dalam negeri yang lemah, sudah tiba masanya pemimpin daripada dua parti itu bersatu membincangkan soal masa depan rakyat.

"Sudah sampai waktu untuk pemimpin dari kedua-dua parti ini menjernihkan keadaan dan rakyat boleh mendapat ketenangan," katanya.

Beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa punca PAS keluar daripada Barisan Nasional pada tahun 70-an ialah kerana parti itu dikhianati oleh Umno.

"Kemelut kepimpinan PAS Kelantan pada masa itu menjadi punca parti itu keluar dan bukannya parti itu dikhianati oleh Umno.

"Semasa itu, keadaan di Kelantan tidak tenang kerana terdapat pemimpin PAS sendiri tidak sehaluan dengan kerajaan campuran itu," kata Tengku Razaleigh yang menjelaskan bahawa pada masa itu beliau adalah menteri kewangan, naib presiden Umno dan juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan.

Selasa lalu, Nik Aziz dilaporkan berkata PAS sedia untuk bermuzakarah jika hasrat dari Umno itu datang dari peringkat akar umbi kerana PAS tidak mahu terjebak sekali lagi dalam "muslihat politik Umno" seperti yang berlaku dalam tahun 70-an.

2 Pandangan

  1. KM // July 18, 2008 at 11:56 AM  

    Jika UMNO ikhlas ngan penyatuan Melayu, mudah saja, tinggalkan dasar perjuangan assabiyah & kembalila pd Islam. Tak perlu berdalih2 atau mencari alasan/hebah yg dah lapok. Hidup Islam....

  2. mohad // July 20, 2008 at 10:36 AM  

    salam.. apa khabar sekarang..