Risalah KHAS Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/30/2008 10:46:00 PM | 0 Pandangan »

muka1

muka 2

Kampung Pandan Selangor di Landa Ribut Kuat!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/30/2008 10:25:00 PM | 0 Pandangan »


Saya telah mengetuai rombongan DPP Pusat untuk melihat kesan terhadap kediaman yang rosak teruk dipukul oleh ribut. Penduduk mendakwa ribut kuat ataupun puting beliung setinggi 100 kaki telah melanda kawasan tersebut dalam suasana hujan yang turun dengan lebatnya.

Salah seorang penduduk yang sempat kami temui berkata, itulah pertama kali kawasan ini dilanda dengan ribut yang cukup kuat sehingga berpuluh-puluh rumah telah kehilangan bumbung.

DPPP telah mengarahkan Dewan Pemuda PAS Selangor, DPPP Kawasan Pandan dan DPP Wilayah Persekutuan KL untuk turun membantu membersihkan kawasan taman tersebut dan membantu mangsa memperbaiki rumah yang rosak pada petang tadi.

------------------------------------------------------

Lebih 100 rumah di Kampung Pandan rosak dipukul ribut

30/01/2008 12:57am - Utusan Online

KUALA LUMPUR, 29 Jan — Lebih 100 buah rumah rosak akibat dipukul ribut ketika hujan lebat dan angin kencang yang melanda Kampung Pandan, di sini petang ini.

Kejadian pada pukul 5.30 petang mengakibatkan 70 keluarga terpaksa tinggal sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Pandan Dalam setelah rumah mereka rosak teruk.

Seorang mangsa, Kassim Sulaiman, 74, berkata rumahnya dan beberapa rumah berdekatan mengalami kerosakan teruk akibat kejadian ribut itu.

“Biarpun rumah saya rosak tapi saya bersyukur saya dan keluarga tidak cedera. Saya berserah kepada Tuhan atas apa yang berlaku. Saya harap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera dalam membantu kami mengatasi masalah ini,” katanya ketika ditemui di luar dewan berkenaan.

Seorang peniaga durian, Nasril Marlis, 32, yang melihat kejadian itu berkata angin kencang itu membentuk puting beliung dan menerbangkan beberapa atap kedai berhampiran serta tayar kereta.

“Puting beliung itu benar-benar menakutkan saya. Gumpalan angin tersebut mampu menerbangkan tayar kereta...itu yang buat saya cemas. Puting beliung tu berlaku kira-kira tiga minit.

“Bentuknya serupa macam yang saya pernah tengok dalam National Geographic,” katanya ketika ditemui di gerainya di hadapan Pasaraya Besar Tesco, Ampang.
Nasril berkata, pada mulanya hujan turun agak lebat dan angin yang membentuk puting beliung itu berlaku di seberang jalan tempat dia berniaga.

“Ketika gumpalan angin tu mula menuju ke arah saya, ...langit mula cerah dan gumpalan tu hilang sedikit demi sedikit. Kalau tidak, matilah saya. Saya tak pasti mana nak lari,” katanya.- Bernama

Alamak Pak Lah....

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/30/2008 10:22:00 AM | 0 Pandangan »


INi kata PM kita...

Abdullah Ahmad Badawi memberi amanat di hadapan 3,000 kakitangan awam dan jemputan daripada pihak swasta pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kelapan 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 28 Jan. Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini diletakkan sebagai yang keenam terbaik di dunia, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri yang memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.
Ini pula Laporan The World Competitiveness Scoreboard 2007

Selamat Tinggal Demokrasi Malaysia!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/28/2008 04:52:00 PM | 2 Pandangan »

35 charged with illegal assembly - Malaysiakini
Fauwaz Abdul Aziz Jan 28, 08 3:36pm


Thirty five people have been charged at the Kuala Lumpur Magistrate’s Court today for taking part in an
illegal assembly on Saturday.They also face an additional charge of either violating a court order which banned the gathering or supporting those who violated the order.The 35, who claimed trial, have been released on a RM1,000 bail.
Their case will be heard on June 16.In the court, Malaysiakini journalist Syed Jaymal Zahiid was charged with obstructing the police from performing their duty.He too claimed trial and has been released on a RM1,000 bail. His case will be jointly heard with the rest.

Semua tahanan 'Protes' di bawa ke Mahkamah Kuala Lumpur
Saidah Hairan Mon Jan 28, 08 10:41:02 am MYT
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) - Kesemua 47 yang masih ditahan atas dakwaan menghadiri satu perhimpunan aman anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC dan sekitar Jalan Ampang, telah dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta sebentar tadi.

Kesemua mereka ditahan di Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL), sejak sabtu lalu.

Antara yang masih ditahan ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua, penyelaras Parti Sosialis Malaysia (PSM), Aruchelvan dan Dr Osman Nasir dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Bahrun.

Antara pimpinan yang hadir memberi sokongan kepada tahanan ialah, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad dan Anuar Tahir; Ketua Penerangan Muslimat; Salbiah Wahab dan penyokong-penyokong Protes.

Sehingga kini kesemua tahanan masih belum didakwa atau dibebaskan./wann.
-------------------------------------------------------------
Isu tangkapan: Polis silap ikut perintah mahkamah?
Profesor Dr Abdul Aziz Bari, UIAM
Mon Jan 28, 08 3:02:06 am MYT
Saudara Pengarang,

Ada beberapa hal yang perlu dinilai semula bagi mengelakkan kekeliruan dan ketakutan dalam kalangan rakyat ekoran tangkapan polis baru-baru ini.

Laporan Malaysiakini.com menyatakan bahawa pihak polis, buat kali ketiga, mendapat perintah mahkamah untuk menghalang beberapa tokoh tertentu untuk mengadakan protes.

Yang pertamanya, ialah perintah mahkamah yang didakwa oleh polis itu hanyalah perintah Mahkamah Majistret. Di sisi undang-undang mahkamah, hatta Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi negara, tidak boleh menggantung isi dan hak yang dijamin Perlembagaan. Inikan masih lagi Mahkamah Majistret?

Yang kedua, kita tidak pasti undang-undang apa yang dipakai mahkamah berkenaan dalam memberi perintah yang dipohon oleh polis. Apa pun, perlembagaan adalah undang-undang tertinggi dan undang-undang lain tidak boleh mengatasinya. Mahkamah tidak boleh mengambil 'precedent' dari England kerana negara itu tidak mempunyai undang-undang bertulis.

Yang ketiga, hanya Parlimen boleh menyekat hak di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Peranan mahkamah ialah mempertahankan hak itu. Bukannya menggantung atau menafikannya.
Majistret mungkin salah memahami perundangan?
Itu pun hanya boleh dibuat secara tidak langsung; yakni melalui undang-undang sebagai mana Akta Polis atau AUKU. Saya fikir majistret berkenaan telah salah dalam memahami undang-undang.
Perintah ini sebenarnya menyeret mahkamah ke kancah politik. Cuma yang menyedihkan ialah kenapa mahkamah mengeluarkan perintah itu? Siapa dia majistret yang berbuat demikian dan di atas dasar apa? Undang-undang yang mana?
Apa pun seperti yang disebut di atas, tiada undang-undang yang boleh mengatasi perlembagaan. Mahkamah seharusnya membezakan kes ini dengan perintah biasa. Ini bukan kes sivil atau kes cerai dan lain-lain.
Sekarang, kita bercakap soal perlembagaan, yakni undang-undang awam bukan undang-undang keluarga atau undang-undang sivil tentang hubungan sesama individu yang tiada kena-mengena dengan hak awam.
Ini bukan kes melibatkan pergaduhan suami-isteri atau jiran tetangga yang mahkamah boleh mengeluarkan perintah seperti itu. Nampaknya, majistret lupa kedudukan dan signifikan perlembagaan. Polis memang sudah lama tidak mempedulikan perlembagaan.
Dengan itu, tak timbul soal menghina mahkamah sebab perintah itu pun diragui kesahihannya. Dan apakah Mahkamah Majistret berkuasa menghukum apa yang dipanggil sebagai menghina mahkamah itu?
Perkara 126 dalam perlembagaan telah menyatakan bahawa kuasa menghukum itu berada di tangan Mahkamah Tinggi ke atas. Mahkamah Majistret adalah mahkamah rendah.
Agak jelas polis sudah kian terdesak dan kita tidak pasti apakah ini nasihat yang diberi oleh Peguam Negara? Agensi-agensi ini perlu memahami prinsip-prinsip dasar perlembagaan. 'Go to the basics!'
--------------------------------------------------
Tangkapan terhadap rakyat, polis mengganas bagaikan dirasuk
Saidah Hairan Mon Jan 28, 08 6:36:54 am MYT
Kebiadapan dan keganasan anggota polis menangkap secara rambang peserta perhimpunan aman menentang kenaikan harga barangan di KLCC menunjukkan seolah-olah kerajaan BN melaksanakan sistem kuku besi.
Belum sempat peserta berkumpul menyuarakan bantahan, polis terus membuat tangkapan bermula jam 2.45 petang di hadapan Suria KLCC.
Tangkapan awal dilakukan terhadap empat anggota Unit Amal diikuti lapan orang termasuk Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Atirah Aiman Al-Jundi di Ampang Park.

Sejurus itu, polis bagaikan dirasuk terus membuat tangkapan walaupun tiada laungan memprotes atau pengedaran risalah dilakukan peserta perhimpunan. (Gambar - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad sedang diheret kasar polis)

Dalam perbualan wartawan dengan anggota polis, mereka mengakui mendapat arahan daripada pihak atasan supaya membuat tangkapan terhadap sesiapa sahaja yang cuba berhimpun di sekitar KLCC dan Ampang Park.

Anggota polis, Rela dan SB berada di merata-rata tempat. Mereka tidak memberi peluang langsung terhadap peserta perhimpunan untuk berkumpul.

Enam trak polis penuh disumbat dengan peserta perhimpunan untuk dihantar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis, Kuala Lumpur (IPK).

Polis bertindak cekap dan pantas dalam penangkapan tersebut. Bermula jam 2.45 hingga 4.15 petang polis telah menangkap 58 orang peserta perhimpunan dan dibawa ke IPK.

Apa hak rakyat ditangkap sebelum sempat menyuarakan bantahan? Apakah kerajaan BN benar-benar takut dengan kebangkitan rakyat sehingga mengarahkan polis bertindak ganas dan biadap terhadap peserta perhimpunan?

Sebelum ini, dalam mana-mana perhimpunan aman anjuran Protes atau PAS belum ada peserta yang membawa sebarang alat berbahaya seperti pisau, cangkul, keris, parang untuk berlawan dengan anggota polis.

Mereka hanya membawa mulut, tangan, kaki, kain rentang dan risalah. Kandungan risalah dan kain rentang hanya untuk menyedarkan rakyat tentang keadaan kerajaan BN yang semakin menekan kehidupan rakyat. Itu saja.

Malangnya, anggota polis telah berlawan dengan rakyat secara ganas. Polis dengan segala kelengkapan terutama Pasukan Simpanan Khas (FRU) menggunakan cota, kasut but, perisai dan 'water cannon' untuk berhadapan dengan rakyat.

Peserta perhimpunan ditangkap tak ubah sebagai seorang penjenayah. Sedangkan penjenayah sebenarnya terlepas bebas sehingga berjaya meneruskan kerjaya sebagai penculik kanak-kanak.

Terfikir sejenak. Dalam kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak, mengapa polis masih belum berjaya menangkap penjenayah terlibat?

Apakah anggota polis di negara Islam Hadhari ini hanya dikhaskan untuk mengintip dan menangkap sesiapa saja yang bersekongkol dengan pembangkang PAS, KeADILan dan DAP?

Perbualan penulis dengan seorang anggota polis wanita di hadapan Suria KLCC, beliau menyalahkan ibu bapa Sharline Mohd Nasar, 5, kerana cuai menjaga kanak-kanak tersebut.

Kenyataan polis wanita itu mengejutkan saya dan Pegawai Khas Pemuda PAS Pusat, Safarizal yang berada di hadapan beberapa anggota polis di hadapan Suria KLCC.

Safarizal berkata, "Kalau Sharlinie atau kanak-kanak yang diculik itu penyokong pembangkang mesti polis bertindak pantas dan cekap."

Malang polis di Malaysia hanya akur dan taat secara 'membabi buta' terhadap arahan pihak atasan untuk menangkap sesiapa saja yang bersengkokol dengan pembangkang.

Mereka hanya menjadi `pak pacak' menunggu arahan untuk bertindak terhadap rakyat. Tak ubah seperti seekor anjing yang terlalu patuh pada arahan tuannya.

Banyak kes yang membuktikan anggota polis terlalu ganas terhadap rakyat. Kes di Batu Buruk, Kuala Terengganu anggota polis menembak dengan menggunakan peluru hidup ketika meleraikan perhimpuanan aman.

Bagaimanapun, polis tersebut terlepas sedangkan mangsa tembakan rambang itu didakwa di mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Beginilah nasib rakyat Malaysia hidup di bawah kerajaan BN.

Pemimpin BN sedar rakyat mempunyai kuasa untuk menukar kerajaan. Sebab itu mereka menggunakan sepenuhnya kuasa polis untuk menahan kebangkitan rakyat.
Justeru, apakah rakyat masih rela diganasi oleh anggota polis?Jawapannya dalam keputusan pilihan raya umum ke-12. - mks.
-------------------------------------------------------
Bersih kutuk tindakan halang himpunan Protes
Saidah Hairan Mon Jan 28, 08 1:47:10 pm MYT
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) - Bersih mengutuk keras tindakan polis yang tidak berperikemanusiaan membuat tangkapan dan menghalang sebarang bentuk perhimpunan aman termasuk himpunan anjuran Protes di KLCC, Ahad 26 Januari lalu.

Sehubungan itu, AJK Bersih, Dr Syed Azman Syed Nawawi mendesak semua tahanan himpunan Protes dibebaskan segera dan rakyat dibenarkan berhimpun secara aman dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Katanya, Bersih akan terus melaksanakan agenda untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan telus dengan mengadakan perhimpunan aman sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.

"Agenda itu akan diteruskan bersama-sama dengan parti politik dan Ngo lain," katanya dalam sidang media di lobi Mahkamah Jalan Duta, pagi tadi.

Menurut beliau, Bersih berasa amat kesal dengan tindakan polis terutamanya apabila negara sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum.

Beliau berkata, apa erti pilihan raya jika tidak ada kebebasan bersuara dan berhimpun untuk rakyat menyatakan pandangan.

Bersih ujar beliau kesal dengan tindakan kerajaan BN khususnya Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Dalam Negeri kerana menyekat kebebasan rakyat negara ini untuk berhimpun menyatakan pandangan.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; AJK PAS Pusat, Anuar Tahir; Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Noor; Ketua Penerangan Muslimat Pusat, Salbiah Abd Wahab; dan Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Sementera itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar kesal dengan perintah mahkamah yang menghalang nama-nama tertentu daripada berada dalam ruang lingkungan satu kilometer sekitar KLCC.

Beliau mempersoalkan, apa asas perintah mahkamah itu dikeluarkan sama ada kawasan itu telah diputuskan oleh mahkamah sebagai kawasan hitam yang dianggap sebagai darurat.

Menurut beliau, jika lingkungan itu diisytiharkan sebagai kawasan darurat, ia menggambarkan bahawa Malaysia berada dalam keadaan kritikal dalam soal keselamatan.

"Kita akan minta para peguam melihat apa asas sama ada relevan atau tidak perintah mahkamah itu akan dikeluarkan lagi selepas ini," tegasnya.

Beliau berharap golongan pengamal undang-undang harus melihat dan berani mencabar keputusan perintah mahkamah yang telah dikeluarkan.

Katanya, amat tidak adil apabila larangan itu dikeluarkan walaupun untuk orang tertentu kerana Perlembagaan mengizinkan setiap rakyat bergerak bebas di dalam negara.

Beliau menegaskan, perintah itu tidak relevan dan menunjukkan bahawa insititusi mahkamah tidak dapat menterjemahkan undang-undang selaras dengan kehendak Perlembagaan khususnya hak rakyat. - tajdid

20 ditahan dalam Himpunan PROTES

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/26/2008 05:18:00 PM | 0 Pandangan »

Perhimpunan aman Protes, 20 ditahan - Harakahdaily
Harakahdaily Sat Jan 26, 08 3:31:03 pm MYT

TERKINIKUALA LUMPUR, 26 Jan (Hrkh) - Seramai 20 orang termasuk Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli telah ditahan oleh pihak polis di lokasi perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) sebentar tadi.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah melakukan beberapa sekatan di sekitar KLCC. Beberapa anggota polis dilihat berada di sekitar stesen LRT Putra KLCC yang merupakan antara lokasi yang ditentukan oleh penganjur perhimpunan untuk berarak ke arah KLCC.

Sementara itu, tinjauan sekitar KLCC pada jam 2.30 petang tadi mendapati suasana seperti biasa dan tenang dan tiada sebarang gangguan dilaporkan.

Pada jam 2.45 petang tadi dilaporkan tujuh ahli PAS termasuk seorang wanita telah ditahan di luar KLCC di pintu masuk Jalan Ampang dan telah dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk disoal siasat.

Serentak dengan itu juga, berhampiran Stesen LRT Putra Ampang Park, lapan orang lagi ditahan termasuk lima wanita yang dikaitkan dengan perhimpunan hari ini.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan wartawannya, Syed Jamal Zahid turut ditahan apabila menyoal seorang pegawai polis mengenai tangkapan-tangkapan yang dilakukan di sekitar kawasan Ampang Park.

Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman sewaktu dihubungi, mengecam penangkapan yang dilakukan ke atas wartawan Malaysiakini.

"Tangkapan ini benar-benar mencabul prinsip kebebasan akhbar dan ia cukup memalukan.

"Ia memberikan gambaran buruk pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terutamanya dari kacamata dunia luar,"tegasnya sambil mengutuk tindakan polis yang melakukan tangkapan secara rambang sebentar tadi.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, pejabat Malaysiakini yang menghubungi OCPD Dang Wangi, Zulkarnain Abdul Rahman untuk mengesahkan identiti Syed Jamal telah diberi jaminan wartawan tersebut akan dibebaskan setelah mengambil kenyataannya.

Dalam pada itu, pada jam 3.30 petang tadi seramai 200 penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) berarak dari Ampang Park ke arah KLCC tetapi telah dihadang oleh barisan anggota polis yang berkawal di situ.

Sepuluh minit kemudian, sekurang-kurangnya 12 penyokong PSM dan pemimpinnya telah ditangkap setelah bergelut dengan anggota polis yang menghadang perarakan mereka. - mks.


--------------------------------------

Crackdown at KLCC: Dozens picked up - Malaysiakini
Fauwaz Abdul Aziz Jan 26, 08 2:04pm
More than two dozen individuals have been detained by the police near the Kuala Lumpur City Centre ahead of a protest against price hikes organised by the Coalition Against Inflation (Protes).

At about 2.45pm, seven PAS’ party volunteers, including one woman, were picked up outside the KLCC Jalan Ampang entrance and brought to the Kuala Lumpur police contingent headquarters for questioning.

Almost simultaneously, near the Ampang Park LRT station, another five women and three men were also detained in connection with the rally. Malaysiakini reporter Syed Jamal Zahiid was also picked up.

He was detained while questioning a police officer over several arrests near the Ampang Park area.

Malaysiakini office has contacted Dang Wangi OCPD Zulkarnain Abdul Rahman to vouch for the identity of Syed Jamal who then assured that the journalist would be released after giving his statement.

At about 3.30pm, about 200 Parti Sosialis Malaysia (PSM) supporters marching from Ampang Park towards KLCC were locked in a standoff with the police. Ten minutes later, at least 12 PSM supporters and leaders were arrested after a minor scuffle with the police.

Police have declared the rally today illegal and have obtained a rare court order banning people from attending. Commenting on the court order, PSM president Dr Nasir Hashim said the police were using the courts to curtail fundamental liberties. “It’s a very funny court order. People are just walking around and they are being taken away.

I think the lawyers should challenge this because we cannot express your grievances in this country,” he said.

MORE TO FOLLOW

At 2.15pm - Moderate police presence, no sign of protesters

About 100 uniformed police personnel are presently patrolling around the KLCC area in anticipation of a banned rally organised by the Coalition Against Inflation (Protes). Eye-witnesses reported that the police have also erected a steel barricade near the taxi stand at the Jalan Ampang entrance towards KLCC.

However, the Federal Reserve Unit and their infamous water cannons were not sighted yet.. Police personnel were also stationed near the Ampang Park LRT station where protesters are supposed to gather before marching towards KLCC.

It was business as usual at KLCC. No road closure was also reported.

AT 2.15pm, no sign of any protester was seen. The peaceful assembly was scheduled for 3pm.

Siapakah Peguam ini?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/26/2008 04:59:00 PM | 0 Pandangan »

Siapa agaknya Tetuan Azman Ibrahim yang dituduh ini? Pastinya Pemuda UMNO Bahagian Kluang dapat memberikan jawapannya...

Peguam tak mengaku seleweng RM637,500

BATU PAHAT: Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen 1, di sini, semalam terhadap pertuduhan menggelapkan sekeping cek bernilai RM637,500 milik pelanggannya, Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor, Cawangan Kluang, dua tahun lalu.
Tertuduh, Azman Ibrahim, 38, yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Junainah M Kasbolah.


Hakim Abu Bakar Katar, memerintahkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetap-kan 26 Mac ini sebagai tarikh perbicaraan kes berkenaan.


Abu Bakar juga memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga perbicaraan kes berkenaan selesai.


Mengikut kertas pertuduhan, Azman dari Tetuan Zachery & Azman, dituduh menerima sekeping cek yang diserahkan wakil Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor, cawangan Kluang, Raob Ahmad.


Tertuduh menerima cek berkenaan di pejabat koperasi itu di No 8, Tingkat 1, Jalan Persiaran Datuk Ismail Hassan, Kluang, antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari pada 26 Februari 2005.


Raob menyerahkan cek berkenaan kepada tertuduh yang juga peguam panel koperasi itu sebagai bayaran untuk membeli bangunan Mintzen Sdn Bhd.


Bagaimanapun, pada 4 Mei 2007, Raob yang juga Bendahari Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor, cawangan Kluang membuat laporan polis selepas mengesyaki tertuduh menggelapkan cek berkenaan.


Tertuduh ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, di kediamannya di Taman Permata, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Linggam Memalukan Institusi Guaman di Malaysia!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/25/2008 08:15:00 AM | 0 Pandangan »

VK Linggam cukup mudah untuk menepis isi kandungan klip video yang menjadi kontroversi ketika ini dengan berkata..."Ikut suka aku la apa yang aku nak kata, ini rumah aku!"

Apa agaknya persepsi pelanggan yang pernah berurusan dengan dia ni. Mungkinkah apa yang dia pernah katakan sebelum ini semuanya mengarut dan yang mana pula yang tidak mengarut bila dia berkata-kata.

Linggam juga memberikan alasan bahawa dia suka menunjuk-nunjuk dan boleh berpura-pura bercakap dengan sesiapa sahaja. Kesian, punyalah nak menunjuk-nunjuk dan berpura-pura dia terpaksa bercakap selama 14 minit di telefon dihadapan Loh Mui Fah dan anaknya. Kalau begitu bukan nak menunjuk-nunjuk tapi Linggam boleh juga dikategorikan sebagai kurang waras @ sakit jiwa.

Mari kita tunggu apa lagi yang Linggam akan katakan untuk memutarbelitkan fakta dan kenyataannya.
Khairul Faizi Ahmad Kamil
----------------------------------------------
Lingam: Saya cakap untuk menunjuk-nunjuk saja - Malaysiakini
Beh Lih Yi Jan 24, 08 5:32pm

Peguam Datuk VK Lingam memberitahu suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video mengenai pelantikan hakim bahawa terpulang kepadanya untuk "berpura-pura" bercakap dengan sesiapa sahaja yang dia suka.

“Saya boleh pilih tajuk yang sama suka. Malah, saya boleh berpura-pura bercakap dengan Presiden Bush kalau saya mahu," katanya.

Apabila ditanya oleh peguam yang mewakili Majlis Peguam, Ranjit Singh mengapa beliau memilih untuk berbual melalui telefon mengenai pelantikan hakim yang dirakam secara rahsia pada 2001, Lingam berkata beliau mengarut apa sahaja di rumahnya.

“Ia (perbualan itu) adalah di rumah saya. Rumah saya adalah kota saya. Saya rajanya. Saya boleh mengarut apa saja di rumah saya," katanya.

Apabila diasak berulangkali mengapa beliau memberitahu ahli perniagaan Loh Mui Fah bahawa beliau bercakap dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, Lingam berkata, beliau tidak ingat memberitahu perkara itu kepada Loh.

Malah, katanya, jika beliau berkata demikian sekalipun, beliau hanya cakap untuk menunjuk-nunjuk sahaja.
Minggu lalu, Loh memberitahu suruhanjaya tersebut bahawa beliau berada di rumah Lingam apabila perbualan tersebut dirakamkan. Menurut Loh, apabila ditanya dengan siapa dia bercakap, Lingam memberitahunya, orang itu adalah Ahmad Fairuz.

Anaknya, Gwo Burne juga memberitahu suruhanjaya tersebut bahawa dia yang merakam perbualan telefon Lingam tersebut.

Dalam keterangannya sebelum ini, Lingam tidak dapat menyatakan sama ada lelaki yang berbual melalui telefon dalam klip video tersebut adalah beliau.

Sebaliknya, Lingam memberitahu suruhanjaya siasatan diraja itu bahawa orang berkenaan "nampak seperti saya, suaranya macam saya".

Demokrasi Ala Malaysia!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/24/2008 09:54:00 PM | 0 Pandangan »

Wahai Datuk Ahmad Zahid Hamidi,

Saya baru terbaca berita Muktahir daripada MStarOnline tentang kemungkinan Parti Pembangkang akan diberikan ruang berkempen di RTM semasa pilihanraya Umum nanti.

Adalah lebih baik rasanya Datuk Ahmad Zahid Hamidi tidak membuat apa-apa kenyataan berkaitan dengan peluang pemimpin parti politik selain daripada Barisan Nasional (BN) untuk muncul memberikan pandangan dalam kempen pilihanraya di RTM daripada membuat kenyataan sekadar untuk mengkaji sama ada ia berfaedah untuk rakyat atau tidak. Malah, pelbagai perseptif negatif telah dilontarkan sebelum ianya dikaji dengan teliti.

Seakan sudah sebati rasanya bahawa media massa dan media elektronik dikuasai atau dikawal oleh BN sama ada ketika kempen pilihanraya atau diluar kempen pilihanraya. Ruang demokrasi yang sangat terbatas ini walaupun seringkali dipertikaikan dan dibantah namun BN tetap menganggap bahawa media milik kerajaan adalah milik mereka sendiri.

Sebelum sempat peluang diberikan kepada pemimpin pembangkang untuk muncul berkempen dikaca televisyen atau diruang udara, Datuk Zahid telah meletakkan syarat dan prasangka yang buruk kepada mereka terlebih dahulu.

Datuk Zahid ternyata bimbang sekiranya pemimpin parti pembangkang diberikan peluang ini, sokongan rakyat akan goyah terhadap kerajaan. Datuk Zahid seolah-olahnya beranggapan bahawa rakyat Malaysia mudah terpukau dan tertipu dengan kata-kata pemimpin pembangkang ini.

Datuk Zahid...rakyat Malaysia bukannya buta dan tuli. Rakyat Malaysia cukup matang untuk menilai di antara kaca dan permata. Apa yang Datuk risaukan sebenarnya? Saya percaya rakyat Malaysia mampu membuat penilaian dengan akal yang waras, bukan memilih pemimpin parti yang bakal mewakili mereka dengan membuta-tuli sahaja.

Datuk Zahid...mungkin Datuk menganggap persepsi positif rakyat kepada pemerintah pada hari ini positif, itu pandangan dan anggapan Datuk tapi Datuk juga harus ingat bahawa rakyat yang Datuk anggap mereka positif kepada kerajaan ini sebenarnya cukup tertekan dengan perkembangan akhir-akhir ini.

Mungkin Datuk rasa dengan kenaikan harga barang yang melambung tinggi pada hari ini menyembabkan rakyat cukup gembira, mungkin Datuk mengangap dengan jenayah yang semakin meningkat menyebabkan rakyat dapat tidur lena setiap malam, mungkin Datuk percaya bahawa rasuah dan salah guna kuasa dikalangan pemimpin kerajaan pada hari ini disukai oleh rakyat. Namun semua itu adalah anggapan Datuk sahaja.

Cukuplah Datuk Zahid...jangan bercakap seperti kanak-kanak sekolah yang masih belum matang. Lebih baik diam daripada menyakitkan hati orang lain.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
019-7701830

---------------------------------------------------------------------------------

Kemungkinan pembangkang berkempen guna RTM dikaji

24-01-2008 12:01:38 PM

TELUK INTAN: Kementerian Penerangan akan meneliti faedahnya kepada rakyat sekiranya pemimpin pembangkang diberi peluang muncul untuk berkempen menerusi RTM menjelang pilihan raya nanti, kata Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya pemimpin parti pembangkang tidak akan dibenarkan muncul di RTM untuk berkempen sekiranya mereka menimbulkan masalah kepada rakyat dengan memburukkan lagi sesuatu isu.

"Kita bimbang sekiranya mereka hanya ingin menterjemahkan apa kehendak parti mereka tanpa memikirkan masyarakat, maka ia akan merosakkan persepsi rakyat yang selama ini positif memberi sokongan kepada kerajaan," katanya kepada pemberita malam tadi pada majlis meraikan Pegawai Daerah Hilir Perak Azimuddin Mohd Rafie sempena persaraannya.

Ahmad Zahid berkata RTM pernah memberi peluang kepada tokoh parti pembangkang untuk mengambil bahagian dalam program Debat Perdana tetapi ada yang menolaknya "mungkin kerana rasa bimbang".
"Tetapi apabila pilihan raya, mereka ingin pula tampil di RTM," katanya.' BERNAMA

Talking Rubbish!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/23/2008 11:53:00 AM | 0 Pandangan »

Look who's 'talking rubbish' now - Malaysiakini
Jan 23, 08 9:27am


Can any member of the commission seriously believe that the person in the video clip is not VK Lingam? Or that he really cannot remember who he was speaking to that night?


J Chung: VK Lingam could not say if the person in the video clip was himself or not though he concedes that the person looks and sounds like him. One aspect is telling. In the video clip, the Indian man refers to the Sarawak lawyer (Dr Andrew Chew Peng Hui) as Andrew ‘Chui’.

Is it a coincidence that Lingam in his testimony before the royal commission also pronounces Chew's surname as ‘Chui’? Can any member of the commission seriously believe that the person in the video clip is not VK Lingam? Or that VK really cannot remember who he was speaking to that night? Or that VK was so inebriated that the entire conversation of fixing judicial appointments was ‘talking rubbish’ as a result of ‘one too many drinks’?

YSM: Never mind that there was brokering for the position of the chief justice in Malaysia and that by a lawyer - he now admits to being drunk. Malaysia has now possibly got positions of high institutions brokered by a drunk lawyer. This is not going to go down well in the global world as Malaysia once again becomes a laughing stock to the world. Investors will definitely be afraid now as they can see that a lawyer who had been drunk had a hand in brokering the positions of the judiciary. Not good for the country.


Peter: Lim Kit Siang could be not be more right when he said, ‘It must be a one-in-a-billion case of coincidence for Eusoff when he was chief justice and senior lawyer Lingam and their families to get into the same flight from Singapore to Auckland, and then from Auckland to Christchurch, and to visit the same places in Auckland and Christchurch as well as return on the same flight.’ To meet just one friend on an overseas flight from KL is already very remote. So far in my years of travelling overseas, I have yet to meet a friend on the same flight. What more the chances of sharing the same domestic flight itinerary in a foreign country? The chances of it happening might be there. But I would rather leave it to a mathematician to calculate the probability of it happening.

KSN: I am so disgusted that the villain of the piece was let off so easily. He says he does not have to answer to anybody. How come he does not have to give any reasons? Doesn’t he have to give reason to the CJ for refusing to accept the latter’s recommendations? Does he not have to give reasons for proposing names which are not on the CJ's list? Is he saying that he can pick candidates from the gutters or from the roadside for appointment to the judiciary? Does he not have to answer to the King? What happened to the Bar Council? Here was a chance to expose him for what he was and is.

Kumarasen Shanmuganathan: I agree with most of your readers with TDM's mind condition. He created a monsters during his tenure as PM and look at how things are coming back to haunt him. He made the policies of ‘Look East’ and ‘Malaysian Incorporated’ to serve his purposes and those who accepted things without questions were ‘rewarded’ and ‘awarded’. In his book The Malay Dilemma, he chided, scolded and embarrassed the late beloved Tunku for his involvement with the Chinese. TDM blamed the economic disorder of Malays on the patronizing of Tunku in allowing the Chinese to have a free hand in the economic well-being of the country. But when TDM was in office, he was so close with Eric Chia, the ex-Perwaja chief and Vincent Tan, the Berjaya boss. It was rumoured that the former Perwaja boss often slept at the official residence of the former PM.


Vincent Chun: Among the witnesses that are left to subpoenaed , I think Anwar is the one that not only people trust but who also has something explosive to testify about. Anwar knows more and he, in fact, the one who was badly victimised by our ever questionable judicial system. He will definitely disclose and identify most of the misconduct of officials (especially those still in service) in the judicial system. And from there, we would have a great opportunity to revamp our judiciary. The people want a change of the evil judges, a change of the guilty officials and lawyers. In fact, this may be the one and only one chance for change in the Malaysian judiciary. I think, it's the time to stop the rot, before too late.


KD Chia: It’s silly to ask whether peaceful street demonstrations are effective or not. Obviously the answer is ‘yes’. If not for the street demos by Hindraf and its 30,000 supporters, when would the Indian community have had an evening with the PM (no need for police permit and no danger of being sprayed with chemically-laced water)?

The PM would have had no time for the Indians. Pak Lah thought all Indians love public holidays so he declared Thaipusam a public holiday, big deal. Also, he announced the government’s . eradication of hardcore poverty by 2010. He and his infamous promises not meant to be taken seriously.

Om Prakash: The PM has yet again acted the bumbling stooge of Umno, saying the holiday for Thaipusam was meant to avoid traffic jams - what a slap for the Indians who turned up despite their fears for a gloomy future under the current leaders. This is the arrogance of the Barisan Nasional leaders towards the very people they beg votes from. It’s time the government be treated like a servant instead of a master. The police have taken a political stance by supporting all that the government wants, twisting the law to their convenience. Soon there will be illegal gatherings (indirectly encouraged by the police) all over the country because no permit can be issued for any gathering by private citizens or dissenting groups. More laws will be defied. As it is, traffic laws and civil laws are already being broken in broad daylight and no CCTV can arrest these acts.

Tabbythamby: Better to give us tax-free toddy than a holiday for Thaipusam. After all, we can afford to take a day off from our annual leave for Thaipusam.

ManiamSankar: I agree that the holiday declared by the PM for his under siege works minister is only a feel good gesture otherwise meaningless for the Indians predicament. How is it that no minister or chamber of commerce has decried this unilateral declaration? Does the premier know of the havoc this sudden holiday may cause to businesses and contractual obligations which may fall on that day? It looks like this country only needs the PM to unilaterally decide on everything from who could be judges to what days we don’t need to work. Will the rest of the cabinet at least, if not the whole, rotten ruling party, stand up to state how they are not anything more than rubber stamps for the willful PM?

Sekuntum Bunga Untuk PM...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/22/2008 09:03:00 PM | 0 Pandangan »


Surat ini telah diserahkan oleh seorang anak kecil bernama Vwaishhnnavi yang juga merupakan anak tunggal Pengerusi Hindu Rights Action Force (Hindraf) P. Waythamoorthy.

Anak kecil berusia lima tahun ini telah menghantar surat ini kepada PM dan memaklumkan bahawa beliau akan ke Parlimen pada 14 Februari 2008 akan datang untuk menyerahkan sekuntum bunga kepada PM.

Kenapa anak kecil ini berbuat demikian? Selanjutnya, sila klik http://www.malaysiakini.com/news/77316

Himpunan Aman PROTES!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/22/2008 08:49:00 PM | 0 Pandangan »

Perhimpunan di KLCC: Protes tidak pohon permit polis - malaysiakini
Muda Mohd Noor Jan 22, 08 2:34pm

Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes) tidak akan memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan aman bagi membantah sebarang kenaikan harga minyak di perkarangan KLCC di ibu negara Sabtu ini.

Bagaimanapun, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli (kiri) berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai perhimpunan tersebut.

"Protes dengan kerjasama unit amal Pemuda PAS, akan memastikan keadaan terkawal termasuk lalulintas," katanya yang juga bendahari PAS, dalam satu sidang akhbar hari ini.

Di samping itu, kata Dr Hatta, Protes juga akan memaklumkannya kepada Majlis Peguam dan Suruhan jaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) supaya memantau perhimpunan aman itu.
Manakala penyelaras bersama Protes, S Arulselvam (kanan) yang hadir sama dalam sidang akhbar tersebut berkata, bantahan secara aman itu diadakan sebelum harga bahan minyak dinaikkan.

"Kalau harga sudah naik, tidak guna lagi perhimpunan tersebut diadakan," katanya.

Sementara itu, Dr Hatta berkata, isu kenaikan harga barang dan kos perkhidmatan ekoran kenaikan minyak menjadi bahan perbincangan hangat di kalangan di seluruh rakyat.

Bendung kenaikan hargaKatanya, ini kerana ia menyebabkan kos sarahidup meningkat dan membebankan terutama golongan berpendapatan rendah.

Dr Hatta berkata, jika kerajaan tidak mengambil langkah membendung kenaikan harga minyak, rakyat akan menjadi lebih menderita."Tetapi sejak dua tahun lalu, kerajaan tidak menurunkan harga minyak sebaliknya menaikkannya beberapa kali.

"Kerajaan perlu memikirkan kesan inflasi yang akan berlaku selepas kenaikan harga minyak," katanya lagi.Dr Hatta berkata, kenaikan harga minyak bukan sahaja meningkatkan harga barangan makanan tetapi juga kos perkhidmatan.

"Protes memandang berat kenaikan harga minyak kerana ia memberi kesan yang besar kepada semua orang terutamanya yang berpendapat rendah," katanya.

KM Pemuda PAS Pusat

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/22/2008 08:46:00 PM | 0 Pandangan »

Kenyataan Media (22 Januari 2008)

NEGARA KEBAJIKAN PAS: ANUAR MUSA DAN IDRIS JUSOH TERTEKAN

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan ulasan negatif yang diberikan oleh dua pemimpin Umno, Datuk Seri Anuar Musa dan datuk Seri Idris Jusoh berkenaan manifesto PAS yang menjanjikan kebajikan yang lebih selesa untuk rakyat. DPP Pusat tidak hairan apabila kedua-dua Pengerusi Umno Kelantan dan Terengganu ini memandang sinis terhadap manifesto PAS kerana mereka sangat tertekan dengan cadangan PAS untuk membela kepentingan rakyat.

Anuar Musa walaupun diwar-warkan tidak bertanding di DUN dan Idris Jusoh pula akan di bawa ke Pusat, yang kedua-duanya melepaskan peluang mereka menjadi Menteri Besar, tetapi bimbang jika PAS menguasai Kelantan dan Terengganu pilihan raya akan datang. Pergolakan politik di Terengganu sudah diketahui umum sehingga Idris terpaksa menyatakan kesediaannya berpindah ke Pusat, manakala di Kelantan ketinggalan 1 kerusi belum memberikan kedudukan selesa kepada Umno. Kerana itu, apabila PAS mengemukakan sesuatu yang bermakna untuk rakyat, mereka menjadi amat tertekan.

Pemerintahan 17 PAS di Kelantan telah membuktikan bahawa PAS berupaya memerintah dan membela kebajikan rakyat. Dasar-dasar PAS bukan sahaja dinikmati oleh rakyat Kelantan, bahkan ditiru oleh Kerajaan BN. Yang terbaru, apabila PAS memperkenalkan Takaful Kifalah dan Takaful Armalah untuk membela warga emas dan ibu tunggal, Umno Kelantan cuba meniru sama. Isu yang ditimbulkan oleh Anuar Musa tentang bayaran tempat letak kereta adalah tidak relevan kerana di seluruh negara kerajaan tempatan mengenakan bayaran. Di Selangor, kebanyakan PBT mengenakan RM0.50 untuk sejam, manakala tempat letak kereta swasta mencecah hingga RM3.00 sejam. Apakah Anuar Musa cuba menafikan tentang bayaran yang dikenakan oleh PBT di negeri yang dikuasai oleh BN?

Di negeri-negeri lain selain Kelantan, penggunakan kenderaan bukan sahaja terpaksa membayar tempat letak kereta, tetapi terpaksa membayar tol yang tinggi dan juga petrol yang mahal kerana penindasan Kerajaan BN. Cukai-cukai yang dikenakan di Kelantan jauh lebih murah berbanding negeri yang diperintah oleh BN. Rakyat Kelantan telah melihat dan merasai bagaimana kebajikan mereka terjaga di Kelantan. Bahkan, kakitangan kerajaan negeri tidak dikenakan caj untuk pinjaman, di samping pengharaman riba dalam sistem kewangan melalui perbankan Islam dan ar-rahn. Bukankah bank-bank konvensional terpaksa mewujudkan sistem perbankan tanpa faedah apabila Kelantan tidak membenarkan mereka menyewa premis di negeri itu.

Di Terengganu, telah terbukti bahawa PAS telah menunaikan janjinya untuk menghapuskan tol, cukai pintu dan cukai bakul pada 1999. Dan PAS juga telah mewujudkan bantuan pendidikan kepada anak-anak Terengganu, selain menubuhkan pusat-pusat pengajian dan mengagihkan tanah kepada rakyat. Malangnya, usaha-usaha PAS untuk membela hak rakyat telah diselewengkan oleh Umno dengan mengarahkan Petronas menarik balik bayaran royalti yang berjumlah RM1 bilion ketika itu. Siapa yang merompak wang rakyat, PAS atau Umno? Di Kelantan, hal seperti ini diakui sendiri oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohamed bahawa Umno yang mendesak Kerajaan Pusat supaya menyekat bantuan kepada Kelantan.

Dalam keadaan yang disekat dan di halang oleh Kerajaan Pusat, Kelantan dan Terengganu yang terkenal miskin itu masih boleh menjaga kepentingan rakyat. Jika PAS menguasai Malaysia, sudah tentu kekayaan negara dapat dinikmati oleh rakyat dengan lebih meluas lagi. Tidak pelik bagi PAS/BA untuk menurunkan harga petrol, memberikan pendidikan dan kesihatan percuma serta menghapuskan ISA kerana wang negara tidak dibazirkan untuk kroni. Umno cepat-cepat melahirkan rasa bimbang negara akan bangkrap jika membail out rakyat, sedangkan mereka telah membazirkan begitu banyak wang rakyat untuk kroni-kroni mereka.

Anuar Musa tentu masih ingat bagaimana wang PPRT yang disediakan untuk rakyat termiskin telah hilang sebanyak RM40 juta. Jika wang rakyat termiskin pun boleh dicuri ketika beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar, maka tidak mustahil wang orang kaya juga dicuri jika Umno memerintah Kelantan. Ini tidak termasuk wang yang diselewengkan di RISDA dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Di Terengganu, keadaan yang serupa juga berlaku apabila projek-projek kerajaan dikuasai oleh Jusoh Enterprise, sedangkan Kerajaan BN sendiri menghabiskan berpuluh juta wang rakyat untuk Monsoon Cup. Rakyat termiskin tidak terbela, masjid diruntuhkan, budaya hedonisme semakin menular. Apakah ini kebajikan yang disediakan oleh Umno?

DPP Pusat mengajak rakyat negara ini berfikir panjang apabila mendengar ‘dengusan’ bimbang pemimpin Umno di Kelantan dan Terengganu ini. Mereka tersepit antara sejarah penyelewengan yang Kerajaan BN lakukan dengan tawaran kebajikan yang dibuat oleh PAS. Mereka membangkitkan isu-isu kecil yang tidak relevan untuk menakutkan rakyat, sedangkan rakyat sudah cukup tertekan dan terseksa di bawah pentadbiran BN. Rakyat perlu berubah jika mahu kebajikan mereka terbela. PAS membuka peluang ini kepada rakyat. Jika rakyat tidak berubah, siri-siri kenaikan harga petrol, minyak masak, tepung, yuran sekolah, tambang bas, tol dan lain-lain akan terus berlaku.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

VK Lingam Mula Bersuara...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/21/2008 08:48:00 PM | 0 Pandangan »

VK Lingam beri keterangan - Malaysiakini
Jan 21, 08 1:01pm


Peguam Datuk VK Lingam - orang yang menjadi fokus utama dalam klip video Lingam - dipanggil memberi keterangan mulai jam 12.30 tengahari tadi kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat video tersebut.
Lingam - saksi ke-13 - dirakamkan dalam video tersebut, sedang berbual melalui telefon tujuh tahun yang lalu, didakwa dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Menurut Lingam, beliau menyaksikan rakaman selama 14 minit itu, yang didedahkan September lalu, di Internet ketika beliau berada di luar negara.
Peguam tersebut memberitahu suruhanjaya berkenaan bahawa beliau kenal ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan dan Menteri Pelancongan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

Lingam berkata, firma guamannya merupakan salah sebuah panel peguam bagi syarikat Kumpulan Berjaya milik Vincent Tan dan pernah mengendalikan urusan guaman untuk ahli perniagaan tersebut sejak 1991.

Lingam juga berkata, beliau mengenali Tengku Adnan sejak 1990 ketika beliau menjadi pengarah eksekutif Kumpulan Berjaya .
Bagaimanapun, katanya, Loh Mui Fah - ahli peniagaan yang anaknya merakam video tersebut ketika makan malam tujuh tahun lalu - tidak pernah menjadi pelanggannya.
“Beliau tidak pernah menjadi pelanggan saya. Saya boleh buktikannya. Tetapi bapanya pernah menjadi pelanggan saya. Seingat saya, saya tidak pernah ada urusan guaman dengan beliau atau pernah menjadi peguamnya," katanya.
Lingam kemudiannya ditunjukkan klip video penuh tersebut.

Lingam: Bukan Ahmad Fairuz
Bila ditanya sama ada beliau yang sedang berbual di dalam video tersebut, Lingam berkata: "Nampak macam saya, bunyi pun macam saya".
Timbalan Pendakwaraya, Datuk Nordin Hassan kemudiannya mengingatkan Lingam bahawa saksi-saksi sebelumnya telah memberi keterangan bahawa beliau adalah orang dalam video tersebut.
"Tidak kisah apa orang lain kata, jawapan saya tetap sama - Nampak macam saya, bunyi macam saya," kata Lingam.
Beliau berkata, beliau tidak akan mengatakan lebih daripada itu, sehinggalah klip video asal dikemukakan.
"Saya telah menemui pakar-pakar saya, dan satu-satunya cara untuk menentukan kebenarannya ialah dengan memeriksa alat yang digunakan untuk mengambil video tersebut dan klip video asal," katanya.

Beliau juga menafikan bahawa Ahmad Fairuz - yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim Negara dan bersara dua bulan yang lalu - adalah orang yang berbual dengannya.

“Saya tidak tahu dengan siapa saya bercakap, tapi pastinya bukan dengan Ahmad Fairuz kerana saya tidak pernah ada nombor telefon beliau dan beliau juga tidak ada nombor telefon saya," katanya.
Prosiding suruhanjaya tersebut ditangguhkan kira-kira jam 1 tengahari dan akan disambung selepas makan tengahari.
-----------------------------------------------------------
Lingam: Kawan kata dia suka cakap mengarut bila minum - malaysiakini
Jan 21, 08 6:56pm
"Kawan-kawan saya memberitahu yang saya suka cakap benda-benda yang mengarut semasa saya minum wain," kata peguam Datuk VK Lingam hari ini, mengakui yang beliau tidak ingat akan kejadian yang dipaparkan dalam klip video kontroversi yang kononnya beliau didakwa mengaturkan pelantikan hakim-hakim melalui telefon.
Lingam, 57, berkata dengan melihat kepada paparan dalam klip video itu, jelas kelihatan botol wain, wiski, brandi dan minuman ringan 7-Up di atas meja, dan menambah kelihatan seperti parti sedang diadakan dan juga sesi minum-minum.

"Saya mungkin minum terlalu banyak (minuman keras)," kata Lingam kepada suruhanjaya siasatan diraja.
Menurut laporan Bernama, beliau juga memberitahu suruhanjaya siasatan diraja mengenai klip video itu bahawa dengan melihat rakaman klip video itu, kelihatan "terdapat agak banyak minuman keras" kerana terdapat dua botol wain, sebotol wiski dan beberapa botol minuman keras (lain).

"Biasanya, saya boleh minum sehingga dua setengah gelas wain. Kemudian saya akan rasa pening dan mabuk," katanya
Lingam berkata beliau tidak pergi ke pub. "Jika saya mahu minum, saya minum di rumah, jika saya menghadiri sesuatu majlis, saya tidak minum banyak," kata Lingam.
--------------------------------------------------------------
Lingam: Kawan kata dia suka cakap mengarut bila minum - Malaysiakini
Jan 21, 08 6:56pm

"Kawan-kawan saya memberitahu yang saya suka cakap benda-benda yang mengarut semasa saya minum wain," kata peguam Datuk VK Lingam hari ini, mengakui yang beliau tidak ingat akan kejadian yang dipaparkan dalam klip video kontroversi yang kononnya beliau didakwa mengaturkan pelantikan hakim-hakim melalui telefon.

Lingam, 57, berkata dengan melihat kepada paparan dalam klip video itu, jelas kelihatan botol wain, wiski, brandi dan minuman ringan 7-Up di atas meja, dan menambah kelihatan seperti parti sedang diadakan dan juga sesi minum-minum.

"Saya mungkin minum terlalu banyak (minuman keras)," kata Lingam kepada suruhanjaya siasatan diraja.

Menurut laporan Bernama, beliau juga memberitahu suruhanjaya siasatan diraja mengenai klip video itu bahawa dengan melihat rakaman klip video itu, kelihatan "terdapat agak banyak minuman keras" kerana terdapat dua botol wain, sebotol wiski dan beberapa botol minuman keras (lain).

"Biasanya, saya boleh minum sehingga dua setengah gelas wain. Kemudian saya akan rasa pening dan mabuk," katanya.Lingam berkata beliau tidak pergi ke pub.
"Jika saya mahu minum, saya minum di rumah, jika saya menghadiri sesuatu majlis, saya tidak minum banyak," kata Lingam.
----------------------------------------------------------------
Lingam mahu buang keterangan percutian ke NZ
Chua Sue-Ann Jan 21, 08 6:22pm
Peguam Datuk VK Lingam mahu mengeluarkan semua keterangan yang dikemukakan kepada suruhanjaya siasatan dirja berhubung percutiannya ke New Zealand bersama bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin.

Peguamnya, R Thayalan memberitahu suruhanjaya tersebut hari ini bahawa keterangan berhubung percutian tersebut tidak relevan dalam skop siasatan yang dijalankan terhadap klip video Lingam.

Pengerusi Suruhanjaya tersebut, Tan Sri Haidar Mohamed Noor berkata, pihaknya perlu memikirkan permintaan tersebut sambil mengalu-alukan hujah dari peguam Majlis Peguam dan peguam-peguam pemerhati yang lain.

Berikutan itu, prosiding suruhanjaya itu esok akan hanya bermula jam jam 2.30 petang untuk mendengar hujah-hujah mengapa keterangan mengenai percutian itu perlu dikekalkan.
Ia juga bertujuan untuk masa bagi memberi masa kepada para peguam menyediakan hujah masing-masing.
Minggu lalu, Eusoff menjadi sasaran pertanyaan para peguam berhubung percutian kontroversi tersebut pada 1995, yang pada mulanya didedahkan melalui Internet.
Eusoff berkata, beliau terserempak dengan Lingam sewaktu bercuti di New Zealand dan peguam itu mahu mengikutnya di sana.

Para peguam, bagaimanapun, mendakwa mereka pergi bercuti bersama - mencerminkan hubungan rapat antara mereka.

----------------------------------------------------------
Lingam akui ada kaitan dengan Tengku Adnan dan Vincent Tan - Harakahdaily
Wan Nordin Wan Yaacob Mon Jan 21, 08 6:56:37 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Hrkh) - Peguam terkenal, Dato' VK Lingam yang dipanggil memberi keterangan mulai jam 12.30 tengahari tadi kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat video tersebut mengakui mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan dan Menteri Pelancongan, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor.

Saksi ke-13 kepada Suruhanjaya Diraja menyiasat 'Pita Lingam' sebelum ini dikaitkan sebagai orang yang berbual melalui telefon dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai percaturan kedudukan hakim-hakim kanan.

Lingam mengaku menyaksikan rakaman selama 14 minit itu, yang didedahkan September lalu.

Beliau juga mengaku kenal dengan Vincent Tan dan Tengku Adnan meskipun sebelum ini Tengku Adnan menyifatkan lelaki itu mabuk.

Firma guamannya merupakan salah sebuah panel peguam bagi syarikat Kumpulan Berjaya milik Vincent Tan dan pernah mengendalikan urusan guaman untuk ahli perniagaan tersebut sejak 1991, katanya.

Lingam juga berkata, beliau mengenali Tengku Adnan sejak 1990 ketika beliau menjadi Pengarah Eksekutif Kumpulan Berjaya .

Semasa ditanya sama ada beliau yang sedang berbual di dalam video tersebut, Lingam berkata: "Nampak macam saya, bunyi pun macam saya".

Beliau juga menafikan bahawa Ahmad Fairuz adalah orang yang berbual dengannya.

"Saya tidak tahu dengan siapa saya bercakap, tapi pastinya bukan dengan Ahmad Fairuz kerana saya tidak pernah ada nombor telefon beliau dan beliau juga tidak ada nombor telefon saya," katanya.

Sementara itu dalam keterangannya petang tadi, Lingam mahu mengeluarkan semua keterangan yang dikemukakan kepada suruhanjaya siasatan diraja berhubung percutiannya ke New Zealand bersama bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin.

Peguamnya, R Thayalan memberitahu suruhanjaya tersebut hari ini bahawa keterangan berhubung percutian tersebut tidak relevan dalam skop siasatan yang dijalankan terhadap klip video Lingam.

Pengerusi Suruhanjaya tersebut, Tan Sri Haidar Mohamed Noor berkata, pihaknya perlu memikirkan permintaan tersebut sambil mengalu-alukan hujah dari peguam Majlis Peguam dan peguam-peguam pemerhati yang lain.

Berikutan itu, prosiding suruhanjaya itu esok akan hanya bermula jam jam 2.30 petang untuk mendengar hujah-hujah mengapa keterangan mengenai percutian itu perlu dikekalkan.

Ia juga bertujuan untuk memberi masa kepada para peguam menyediakan hujah masing-masing.

Minggu lalu, Eusoff menjadi sasaran pertanyaan para peguam berhubung percutian kontroversi tersebut pada 1995, yang pada mulanya didedahkan melalui Internet.

Eusoff berkata, beliau terserempak dengan Lingam sewaktu bercuti di New Zealand dan peguam itu mahu mengikutnya di sana.

Para peguam, bagaimanapun, mendakwa mereka pergi bercuti bersama mencerminkan hubungan rapat antara mereka. - mks.

Norman Fernandez Menulis Tentang Matlamat Perjuangan PAS

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/21/2008 03:22:00 PM | 0 Pandangan »

Benarkah PAS sudah ubah matlamatnya? - Malaysiakini
Norman Fernandez Jan 14, 08 2:35pm


Benarkah penubuhan negara Islam tidak lagi menjadi isu? Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa PAS tidak berhasrat menubuhkan negara Islam. Malahan mengikut Anwar, PAS - dalam tiga tahun kebelakangan ini - tidak bercakap ataupun membangkitkan isu ini lagi.

Kenyataan Anwar adalah reaksi kepada kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini yang mengatakan bahawa DAP hanya bersedia bekerjasama dengan PKR sekiranya parti itu memisahkan diri dari PAS.

Rakyat umum masih ingat bahawa PAS, PKR dan DAP pernah suatu masa dahulu menganggotai pakatan Barisan Alternatif (BA). Namun, pengundi, khususnya pengundi Cina, tidak menyokong tindakan DAP bekerjasama dengan PAS.

Ini jelas terbukti apabila dalam pilihanraya umum 1999, isu penubuhan negara Islam yang diwarwarkan oleh PAS dikatakan penyumbang kepada kemerosotan undi dan kekalahan kerusi DAP di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada tahun 2001, DAP keluar dari BA kerana tidak lagi sehaluan dan sependapat dengan matlamat PAS. Peristiwa 911 di Amerika Syarikat dan pengisytiharan unilateral Malaysia sebagai negara Islam oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mempercepatkan lagi keputusan DAP untuk keluar dari BA. Dalam pilihanraya umum 2004, giliran PAS pula untuk melihat kemerosotan undi dan kerusi-kerusi di Parlimen dan DUN.

Jika pada 1999, PAS boleh menawan Terengganu, tetapi dalam pilihanraya umum 2004 lain pula musibah yang melanda PAS. Rakyat Terengganu kembali memberi mandat memerintah kepada Barisan Nasional (BN).

Di Kedah dan Kelantan, PAS hilang kerusi kerusi yang dimenanginya dalam pilihanraya umum 1999. Pilihanraya 1999 dan 2004 menunjukkan bahawa masyarakat bukan Melayu masih belum bersedia dan enggan berkompromi mengenai isu negara Islam.

Ekoran peristiwa DAP keluar daripada BA dan juga kemerosotan undi dan prestasi PAS dalam pilihanraya 2004, mula dilihat PAS melembutkan isu negara Islam. PAS tidak lagi cuba menonjolkan dan mendepankan isu negara Islam. Anwar, PKR dan PAS tahu betapa pentingnya undi pengundi Cina, memandangkan ambang pilihanraya sudahpun kelihatan.

Kemelut politik negara pada masa ini juga sekali lagi memberi peluang untuk PAS mengulangi kegemilangan 1999. Pengundi pengundi Cina sekali lagi akan menjadi penentu.

Tambahan pula, dengan pengundi-pengundi India, ada kemungkinan ketidakpuasan masyarakat India mungkin ditunjukkan melalui peti undi. Dalam keadaan sedemikian dan lebih-lebih lagi untuk memikat pengundi Cina, PAS nampaknya tidak lagi mendepankan matlamat sebenar PAS. Cita-cita dan niat sebenar PAS kini tersirat dan terpendam. Sebenarnya, tidak apa yang salah berpegang teguh pada cita-cita dan matlamat.

Sekurang kurangnya PAS jujur dan ikhlas dengan niat dan matlamatnya. Tetapi realiti politik negara adalah berbeza. Negara Islam masih tidak boleh diterima orang bukan Melayu dan bukan Islam. Kembali kepada isu pokok, persoalannya ialah, benarkah kenyataan Anwar bahawa penubuhan negara Islam tidak lagi menjadi matlamat utama bagi PAS.

Saya percaya kenyataan Anwar adalah tidak benar. Penubuhan negara Islam tetap menjadi dasar dan matlamat PAS. Melayari lamanweb Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, jelas membuktikan bahawa PAS masih belum berganjak dari matlamatnya.

Dalam laman web tersebut, terpapar kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Aziz bahawa “PAS sebagai pembangkang adalah sebagai penegur dan penasihat kepada pemerintah. Seandainya kerajaan pemerintah menukar Perlembagaan dengan meletakkan Islam sebagai wadah perjuangan dan perlembagaan negara, PAS tidak akan menentang. Sebaliknya, PAS akan bekerjasama dan bersatu dengan pemerintah demi kedaulatan dan perlembagaan negara”.

Ini adalah kenyataan paling jelas bahawa matlamat PAS tetap sama dan belum berubah. Jika ini tidak cukup bukti, Harakah edisi 15 Disember 2007 dengan nyata dan terang menyatakan cita-cita PAS, iaitu “menegakkan negara Islam”.

Dalam keadaan sedemikian, pengundi bukan Melayu dan khususnya pengundi Cina sudah tentu akan was-was untuk memberi sokongan kepada PKR yang jelas terjerat di antara menonjolkan identiti multi-kulturisme dan sekularismenya, tetapi juga menjalin perhubungan dengan PAS kerana survival nasibnya banyak bergantung kepada PAS.

Juga, bagi orang bukan Melayu, kenyataan terbuka Tuan Guru juga membayangi suatu keadaan di mana undi dan sokongan bukan Melayu, jika diamanahkan kepada PAS, dalam sekelip mata, boleh dikorbankan jika timbul kesempatan yang memberi peluang untuk PAS mencapai matlamatnya.

Malahan hari ini ramai terkejut dengan pengakuan PAS bahawa PAS dan Umno kebelakangan ini sering mengadakan perjumpaan membincangkan isu berkaitan Melayu dan Islam.

Justeru itu, walaupun isu negara Islam menjadi duri dalam daging untuk PKR, suka atau tidak suka, PKR terpaksa reda dan akur dengan tindak-tanduk dan matlamat PAS.

Paling kurang dengan tidak menyatakan penentangan terhadap matlamat PAS secara terbuka. PKR dan PAS perlu memperakui realiti Malaysia. Empat puluh peratus rakyat Malaysia adalah rakyat bukan Melayu dan bukan Islam.

Oleh yang demikian, biarpun diyakini janji setinggi langit, orang bukan Melayu dan bukan Islam tetap tidak sama sekali akan menyokong, mahupun sanggup menerima matlamat PAS.

Selagi PAS enggan menerima realiti negara ini dan selagi hakikat ini tidak diambil kira, PAS dan PKR akan lemas dalam impian yang tidak tercapai.

Utusan Malaysia - 21 Januari 2008

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/21/2008 07:45:00 AM | 0 Pandangan »


Pas janji ‘negara kebajikan’
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN

KUANTAN 20 Jan. – Pas mula menyebarkan manifesto pilihan raya, antaranya mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara kebajikan’ sekiranya menang dalam pilihan raya umum ke-12.

Antara yang dijanjikan parti itu ke arah ‘negara kebajikan’ ialah mengurangkan harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada harga semasa dan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain itu, Pas juga berjanji menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran, serta memastikan perkhidmatan kesihatan percuma di hospital kerajaan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, menerusi konsep negara kebajikan, rakyat miskin terutama warga emas juga akan diberi elaun sara hidup bagi menampung kehidupan mereka setiap bulan.

‘‘Mari kita buat perubahan. Saya yakin kita boleh buat perubahan. Perubahan mesti sama-sama, tidak boleh Melayu sahaja, India sahaja atau Cina sahaja.

‘‘Kita akan menjadikan Malaysia ‘negara kebajikan’, yang akan mengambil kira semua kesusahan rakyat daripada semua kaum,” katanya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Bersama Presiden Pas di Madrasah As-Saadah, dekat sini malam tadi.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dalam ucapannya berkata, semua yang dijanjikan tersebut termaktub sebagai sebahagian manifesto Pas pada pilihan raya umum akan datang.
‘‘Antara tajuk utama dalam manifesto kita ialah pengurusan kekayaan negara. Kita akan tubuhkan satu tabung yang agenda utamanya ialah berkaitan dengan pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan isu kebajikan rakyat yang lain,” katanya.

Nasharuddin mendakwa, satu daripada agenda utama yang sedang dirancang kerajaan Barisan Naisonal (BN) ialah menswastakan semua hospital kerajaan pada Ogos ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berkata, kerajaan sedia ada tidak mampu menangani isu kenaikan harga minyak kerana tiada mekanisme bagi mengatasi masalah itu.
‘‘Pendapatan kerajaan sedia ada selama ini hanya bergantung kepada sumber minyak iaitu petroleum. Bila harga minyak dunia naik, mereka (kerajaan) tidak berupaya memikirkan cara mengatasinya kecuali terpaksa menaikkan harga minyak,” ujarnya.

Menurut Mahfuz, pendedahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia baru-baru ini bahawa kenaikan harga minyak tidak dapat ditangguh lagi kerana kerajaan terpaksa menanggung subsidi bahan api itu hampir RM35 bilion, memberi bayangan pilihan raya mungkin akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Pas yakin pertahan Kelantan, rampas Terengganu

KUANTAN 20 Jan. – Pas yakin dapat mempertahankan kedudukannya di Kelantan dan merampas semula Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu juga yakin mampu menawan Kedah dan beberapa kerusi ‘panas’ milik BN di Pulau Pinang dan Selangor pada pilihan raya kali ini.

‘‘Saya percaya akan berlaku kejutan berbanding 1999 tetapi saya tidak mahu membuat ramalan yang terlalu awal,’’ katanya kepada pemberita selepas Dialog Perdana Presiden Pas Bersama Rakyat di sini malam tadi.
Abdul Hadi berkata, berdasarkan perkembangan semasa, Pas yakin akan memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya kali ini berbanding 1999 dan 2004.

Menurutnya, Pas akan menggunakan beberapa isu terutama berkaitan kenaikan harga barang di pasaran untuk meraih sokongan pengundi pada kali ini.

‘‘Isu-isu semasa menjadi sumbangan kepada Pas selain kekuatan dalaman parti dan kerjasama parti pembangkang lain serta penonjolan calon-calon berwibawa,” katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta DAP agar tidak meletakkan calonnya di kawasan yang ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memastikan hanya pertandingan ‘satu lawan satu’ dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, pihaknya tidak menghadapi masalah dengan PKR berhubung pengagihan kerusi calon kerana rundingan berhubung perkara tersebut hampir selesai.
‘‘Pas tidak bekerjasama dengan DAP kerana kita hanya bertanding di kawasan majoriti orang Melayu. Kita memberi kepercayaan kepada PKR untuk mengadakan perbincangan dengan DAP berhubung pengagihan kerusi,” katanya.

Selain itu, menurut beliau, semua badan perhubungan negeri telah menyerahkan senarai calon dan ia akan diluluskan oleh Majlis Syura, Selasa ini.

Ditanya mengenai muka baru yang akan ditampilkan pada pilihan raya kali ini, beliau memberitahu: ‘‘Saya sendiri belum lihat senarai penuh calon tersebut.”
Beliau juga mengharapkan pilihan raya umum diadakan selepas Mac bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Kerajaan Pas tidak lagi relevan

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Kerajaan Kelantan yang diterajui Pas dirasakan tidak lagi relevan untuk memenuhi kehendak semasa rakyat negeri itu malah pendekatan agama yang didokong parti itu gagal menunjukkan Islam sebagai agama terbaik, kata Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin.

Berbanding negeri jirannya, beliau berkata, pembangunan pesat Terengganu, menerusi dakwah Bil-Hal, iaitu satu perbuatan bagi menunjukkan Islam sebagai agama terbaik, tidak dapat disaingi kerajaan Pas.

Beliau berkata, melalui pendekatan itu kepimpinan Menteri Besar, Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh berjaya melakukan perubahan ketara negeri itu sekaligus mencapai pembangunan pesat.

“Pembangunan pesat di Terengganu di bawah kepimpinan seorang menteri besar yang dinamik dengan visi yang jauh, jelas kepimpinan Datuk Seri Idris Jusoh dapat meningkatkan kedudukan Terengganu dari segi pembangunan, imej dan visi berbanding Kelantan,” katanya selepas merasmikan Kursus Pemantapan Muzakkir Negeri Pahang anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di sini hari ini.

Zainuddin berkata, perubahan dapat dilihat melalui pendekatan dakwah itu apabila syiar Islam terus berkembang di negeri itu melalui kelas tahfiz moden selain pembinaan masjid kristal di Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man.

Katanya, kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat semakin tidak relevan lagi untuk rakyat negeri itu selain tidak memenuhi kehendak semasa rakyat.

Beliau berkata, kerajaan Pas juga telah menampakkan yang ia hanya membuat janji semata-mata untuk menyeronokkan rakyat menggunakan agama dan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Nik Aziz pula mengumumkan Kelantan Koridor Depu iaitu projek penanaman pokok gaharu sebagai alternatif ekonomi baru.

“Ini memperbodohkan rakyat dan memperkecilkan keupayaan berfikir orang Kelantan. Rakyat Kelantan tidak harus diperbodohkan lagi,” katanya.

Zainuddin berkata, keadaan Kelantan dan Terengganu seumpama keadaan di Berlin Barat dan Berlin Timur kerana kedua-duanya saling bersebelahan tetapi salah satunya mundur manakala yang satu lagi pesat membangun.

“Nasib baik rakyat Kelantan tidak begitu susah sebab Kerajaan Persekutuan terus membantu kerana kasihankan nasib malang orang Kelantan di bawah pemerintahan Pas,” katanya.
– Bernama