SIDANG MEDIA - PEMUDA PAS PUSAT CABAR KHAIRY DEBAT ISU NEGARA ISLAM

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/31/2007 12:36:00 PM | 0 Pandangan »


Dewan Pemuda PAS Pusat menyahut cabaran Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk berdebat isu Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Daripada harakahdaily.

Isu negara Islam, Pemuda PAS sedia debat bersama Khairy

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyatakan kesediaan berdebat mengenai isu Malaysia sebagai negara Islam dan sekaligus menyahut cabaran Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mencabar sesiapa saja untuk berdebat isu tersebut.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi berkata DPPP hanya menunggu maklum balas daripada Khairy yang menyatakan kesediaan beliau untuk berdebat dengan sesiapa saja bagi pertegaskan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Saya juga mengharapkan pihak media selepas ini boleh fokus kepada Khary bila hendak respon surat yang kami hantarkan ke pejabatnya kerana DPPP bersedia bila-bila masa,”
katanya dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, ini kerana dari awal lagi PAS seboleh-bolehnya mahu melaksana atau meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Namun, katanya PAS pertegaskan ia tidak boleh terhenti di atas pengisytiharan semata-mata tetapi mesti dilihat kepada pelaksanaan dan penghayatan rukun, prinsip, syariat dan juga pelaksanaan dan penghayatan elemen-elemen yang sememangnya menjadi asas kepada agama Islam.

“Adalah menjadi sesuatu yang tidak masuk akal apabila kita mengisytiharkan sesuatu itu Islam tetapi ia tidak mengikut apa yang digaris oleh Islam.

“Apabila pemuda Umno dan juga Umno melalui Timbalan Perdana Menteri mengisytihar Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan sebelumnya ini pun Tun Mahathir Mohamad isytihar sebagai sebuah negara Islam sudah tentu mereka tidak boleh membuktikan setakat pengisytiharan semata-mata,”
katanya.

Beliau berkata perkara itu mesti dibuktikan kepada masyarakat dan rakyat apa yang dilakukan dan katanya PAS boleh memberi sumbangan jika Umno ikhlas untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

Malangnya beliau berkata, setelah hampir 50 tahun negara merdeka, baru kedengaran suara Umno.

Malah katanya pada 22 Julai lalu Khairy mencabar secara terbuka kepada sesiapa saja yang ingin berdebat, demi pertahankan Malaysia sebagai negara Islam.

“Andai Pemuda Umno ikhlas ingin meletakkan Malaysia sebagai negara Islam, ia sangat dialu-alukan dan kami menyambut baik perkembangan ini.

“Namun dalam masa yang sama pemuda PAS tidak mahu Umno berpura-pura dengan pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam sedangkan Umno tidak bersedia ke arah itu,”
katanya.

Bahkan katanya, Umno mesti bertanggunjawab terhadap langkah yang mereka ambil melalui pengisytiharan sebagai negara Islam.

Tegasnya, Umno perlu berani bermuzakarah bagi menjelaskan kandungan atau subtance kepada negara Islam yang mereka isytiharkan serta berani berdebat untuk membutikan bahwa mereka bersedia atau melaksana objektif dan prinsip negara Islam.

“Pemuda PAS tidak mahu pengisytiharan tersebut sekali lagi menjadi gimik pilihan raya sebagaimana konsep Islam hadhari yang akhirnya kosong dan menghampakan,” dakwanya.

Ini katanya paling ‘simple’ untuk pelaksanaan negara Islam ialah menjirus kepada keadilan, kesaksamaan dan ketelusan kerana ia adalah elemen penting dalam pelaksanaan dan penghayatan syariah. - mks

KEMBALIKAN KUASA MENDISIPLINKAN PELAJAR KEPADA GURU

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/31/2007 01:10:00 AM | 0 Pandangan »

Saya menyokong kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom bahawa Kementerian Pelajaran akan mengkaji kemungkinan mengembalikan kuasa guru dalam mendisiplinkan pelajar, termasuk merotan di khalayak ramai, bagi memastikan pendidik dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan lebih tegas dan berkesan (Berita Harian, 30 Julai 2007).

Saya pasti bahawa guru-guru diseluruh negara akan menyambut cadangan ini dengan terbuka kerana sebelum ini terlalu banyak halangan yang dikenakan ke atas guru dalam soal mendisiplinkan pelajar.

Ketika ini, peraturan yang sedia ada terlalu mengongkong guru daripada menjalankan tanggungjawab mendisiplinkan pelajar. Guru-guru yang bersungguh-sungguh untuk menjalankan tugas mereka untuk mendidik dan membentuk generasi muda yang bergelar ’ pelajar’ ini bukan sekadar menjalankan tugas mereka untuk mengajar di dalam kelas dan menuruti setiap silibus yang dirancangkan tetapi peranan guru juga penting untuk membentuk peribadi pelajar.

Apabila kuasa untuk mendisiplinkan pelajar disekat kepada guru-guru dan tangan guru-guru ’diikat’ daripada mengambil tindakan kepada pelajar maka pelajar merasakan diri mereka terlalu kebal untuk dikenakan tindakan oleh guru. Memang kita tidak dapat nafikan terdapat juga kes yang guru-guru yang mengambil tindakan diluar daripada peraturan yang ditetapkan tetapi ia tidak seharusnya dijadikan sebagai kayu ukur kepada semua guru.

Kekangan mendisiplinkan pelajar semakin terasa apabila Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa Pengetua, Guru Besar dan guru-guru tidak lagi dibenarkan mengenakan hukuman rotan di khalayak ramai kerana Kementeriaan Pelajaran menyifatkan ianya adalah hukuman yang tidak wajar (Berita Harian, 11 Mac 2006)

Sebelum ini hanya pengetua atau guru besar sahaja yang dibenarkan merotan pelajar yang bermasalah tetapi bukan semua pengetua dan guru besar ini mengambil tindakan. Malah, ada yang ’mengampunkan’ kesalahan pelajar tanpa diambil tindakan sehingga menyebabkan guru-guru kecewa.

Namun hak kepada Pengetua dan Guru Besar untuk mengambil tindakan disiplin kepada pelajar juga ‘terlucut’ apabila Datuk Noh Omar memberikan penegasan pula bahawa mulai tahun 2007, guru besar dan pengetua sekolah tidak lagi mempunyai kuasa penuh untuk menentukan hukuman terhadap pelajar yang terbabit dalam kesalahan disiplin, sebaliknya sebarang hukuman akan diputuskan Lembaga Disiplin yang dianggotai wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pegawai perhubungan di sekolah terbabit (Berita Harian, 14 September 2006)

Akhirnya, tugas untuk mendisiplinkan pelajar menjadi rumit kerana terlalu banyak langkah-langkah yang perlu dituruti sebelum sesuatu tindakan diambil. Bila perkara ini berlaku, langkah yang paling mudah adalah dengan mengabaikan sahaja kes disiplin yang berlaku.

Kita perlu sedar bahawa tanggungjawab lebih kurang 350,000 orang guru yang terpaksa mengawal dan mendidik pelajar diseluruh negara yang berjumlah 5 juta orang terlalu berat untuk dilaksanakan. Bukan semua pelajar yang hadir ke sekolah dengan seikhlas hati untuk mendapatkan ilmu dan bimbingan. Pelbagai ragam pelajar perlu ’dilayan’ yang akhirnya mengganggu tugas sebenar guru untuk mendidik. Terkadang kita lebih mengutamakan berapa banyak ’A’ yang akan pelajar perolehi daripada mengambil kira pembinaan insan terhadap anak-anak mereka.

Justeru cadangan Kementerian Pelajaran untuk meminda Peraturan-Peraturan Disiplin (Pelajar) 1957 yang telahpun menjangkau usia 50 tahun adalah langkah yang terbaik bagi mengemas kini peraturan dan tindakan yang boleh diambil guru terhadap pelajar bermasalah.

Sekian

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://minda-kembara.blogspot.com/
31 Julai 2007

BUKTIKAN BAHAWA PENGENDALI BLOG MENERIMA TAJAAN DARI LUAR

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/30/2007 12:35:00 PM | 1 Pandangan »


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyanggah kenyataan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd Taib bahawa pengendali dan penulis blog di Malaysia dibiayai oleh organisai luar sehingga mencecah RM 100,000 sebulan (Berita Harian, 30 Julai 2007).

Beliau juga menyatakan bahawa organisasi berkenaan menaja pengendali dan penulis blog dan membenarkan laman mereka menyiarkan pelbagai perkara sensitif oleh penulis blog tempatan dan luar negara.

DPPNJ melihat bahawa kenyataan ini hanyalah satu tindakan yang untuk menutup kelemahan dan kepincangan yang berlaku terhadap kelemahan UMNO/BN yang akhir-akhir ini dilihat terlalu lemah dalam mentadbir negara. Pendedahan demi pendedahan termasuklah isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang didedahkan di dalam blog-blog cukup dirasai keberkesanannya.

DPPNJ mencabar agar Muhammad Muhd Taib agar mendedahkan pengendali dan penulis blog yang menerima pembiayaan tersebut, jangan hanya berani untuk membuat kenyataan secara semberono tanpa sebarang bukti.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

TANIAH IRAQ!!!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/29/2007 11:28:00 PM | 0 Pandangan »


Tahniah kepada pasukan bolasepak Iraq yang telah menjuarai Piala Asia 2007 dengan menewaskan Arab Saudi 1-0 di Jakarta sebentar tadi. Sudah tentu ketika ini di seluruh Iraq sedang meraikan kemenangan tersebut dan tak tahulah berapa ramai yang akan mati nanti.

Takziah yang teramat sangat kepada pasukan bolasepak Malaysia. Apa lagi yang kita nak katakan apabila membandingkan dengan sebuah pasukan yang setiap hari menghadapi peperangan, pergolakan, pembunuhan dan kesengsaraan tetapi masih mampu untuk menjuarai piala berprestij ini. Malaysia???

Tetapi, saya dapat bayangkan andaikata Malaysia kalah menentang pasukan Iraq atau mana-mana pasukan dari Asia barat pasti jawapannya "KITA KALAH KERANA PERBEZAAN FIZIKAL"

Wallahu'alam...

Erti Israel Kepada Saya - Presiden Amerika

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/29/2007 11:13:00 PM | 0 Pandangan »

Luahan Presiden Amerika

> Semenjak mencapai kemerdekaan pada 1948, Israel mendapat tempat istimewa di hati rakyat Amerika dan dihati presiden-presiden Amerika. Pada setiap pentadbiran, presiden telah mengakui kepentingan pada negara Amerika.
George W.Bush

> Sudah lebih 40 tahun, Amerika & Israel telah bersahabat berasaskan kesefahaman yang satu dan memberi komitmen yang tinggi kepada prinsip-prinsip demokrasi. Pencarian berterusan kami kepada keamanan di Timur Tengah dimulai dengan ikatan dua negara ini yang tidak mungkin diputuskan.
Jimmy Carter

> Pembentukan Israel bukan sahaja isu politik, bahkan juga kepentingan moral. Ini adalah kepercayaan saya yang berpegangan dengan teguh. Kepercayaan ini dikongsi bersama majoriti besar penduduk Amerika. Membentuk Israel yang kuat dan selamat bukan sahaja menjadi matlamat Israel, tetapi juga menjadi matlamat Amerika Syarikat dan keseluruhan Negara-negara bebas.
Richard Nixon (1915-1994)

> Presiden Amerika menjadikan mereka yang mampu merubah padang pasir kepada sebuah taman. Sebagai idola orang-orang Israel telah menunjukkan kualiti-kualiti yang dipuja rakyat Amerika; semangat, patriotik, idealisma, dan keghairahan kepada kebebasan. Saya pernah melihatnya. Saya tahu dan saya percaya.
Dwight D.Eisen Hower (1890-1969)

> Pihak kami telah menyelamatkan sebilangan orang yahudi dari Eropah untuk kehidupan dan harapan baru dalam kelahiran semula Negara Israel. Seiring dengan orang-orang ini, saya berikan penghormatan dan mengucapkan selamat maju jaya.
Bill Clinton

> Amerika dan Israel berkongsi satu ikatan istimewa. Hubungan kami unik berbanding Negara-negara lain. Sepertimana Amerika, Israel adalah Negara yang berpegang kuat pada demokrasi, dan juga sebagai lubuk kebebasan. Penempatan ini kepada orang-orang yang pernah ditekan dan merana.
Ronal Regan

> Di Israel, lelaki dan perempuan yang bebas setiap hari menunjukkan pengaruh semangat dan kepercayaan. Pada masa permulaan Israel ditubuhkan (1948), pengkritik-pengkritik mengatakan agama baru itu tidak akan bertahan lama. Sekarang, tiada lagi yang mempersoalkannya lagi. Israel adalah sebuah Negara demokrasi yang stabil di tengah-tengah kawasan yang tidak aman.
Gerald Ford

> Komitmen saya terhadap keselamatan dan masa depan Israel adalah berasaskan moraliti dan juga minat secara peribadi. Peranan kami dalam menyokong Israel memberi kehormatan kepada budaya kami.
Lyndon B. Johnson

> Masyarakat kami sememangnya dipengaruhi Nabi-nabi keturunan yahudi. Amerika dan Israel mempunyai persamaan dalam mencintai kebebasan manusia dan juga kepercayaan kepada cara hidup demokrasi.
John Fritzyerald Kennedy

> Israel tidak ditubuhkan untuk lenyap, bahkan Israel akan hidup berterusan dan membangun. Ia seakan tempat permulaan harapan baru dan rumah kepada orang-orang yang berani. Israel sekali-kali tidak akan berpecah walaupun ditimpa kesusahan ataupun dilemahkan semangat atau dilekakan dengan kejayaan. Ia (Israel) menjadi tanda (kekuatan) demokrasi akan menjadi pedang (tanda) kebebasan.
Harry S.Truman

> Saya percaya dan yakin kepada Israel sebelum ia ditubuhkan. Saya tetap dan lagi percaya bahawa Israel mempunyai masa depan yang cerah. Ia bukan sebagai Negara biasa tetapi juga sebagai sumber idea atau inspirasi tamadun ini.


Tulisan asal dalam edisi bahasa inggeris, telah diterjemah oleh mahasiswa perubatan, Universiti Tanta ke dalam bahasa melayu bagi tujuan pameran.
Rujukan : "Mata Nasrallah"Salleh Al-Hudaidi

ANTARA DUA DARJAT...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/27/2007 03:56:00 PM | 0 Pandangan »


Mengapa seseorang Yahudi diperbolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya..


...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan Terorist?




Mengapa seseorang rahib boleh berkerudung keseluruhan tubuhnya karena memperhambakan diri kepada Tuhannya...


...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan ?



Mengapa bila wanita barat menjadi ibu rumah tangga , dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...





...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, " dia mesti dibebaskan! "


Mengapa anak - anak gadis yang sekular dibiarkan berpakaian mengikut kesukaannya karena punyai hak dan kebebasan...




...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke sekolah?

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan mempunyai bakat..


...tetapi bila seseorang kanak-kanak tertarik kepada Islam, dia dikatakan tak berguna?

Mengapa bila seseorang non muslim mengenderai mobil mewah dengan sedikit ugal-ugalan, terkadang tidak pernah dipertikaikan...

...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, maka orang berkata itu karena agamanya Islam!



Mengapa kita terlalu percaya kepada surat kabar...



...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?

Sampaikan jika hal ini baik untuk sahabat anda!

MEKAH TERUS PESAT MEMBANGUN

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/27/2007 02:53:00 PM | 0 Pandangan »

Selepas pulang dari umrah, saya membaca satu email daripada seorang teman yang menyatakan bahawa projek mega yang sedang pesat dibina di Mekah sebagai tanda-tanda akhir zaman (kiamat)
Saya siarkan beberapa keping gambar yang mungkin dapat kita nilai terhadap kenyataan tersebut dan hadith-hadith yang menyokongnya.
Wallahualam.
Khairul Faizi
--------------------------------------------------
14 Abad yang silam, Nabi Muhammad SAW telah mengungkapkan kejadian yang akan datang dalam hadis yang diriwayatkannya.

Salah satu diantara tanda-tanda Akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk bertemasya, berniaga, riya atau mengemis.

Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertamasya, orang yang berpunya untuk kepentingan bisnis, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis.
(Diriwayatkan oleh Anas r.a.)

Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangun.
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.)

As-sa'ah (Hari Kiamat) tidak akan tiba hingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi.
(H.R. Bukhari )



Nak makan Burger King? Mudah didapati di mana-mana termasuk disebelah masjidil Haram.


Ketinggian banggunan ini dapat menceritakan bagaimana tingginya bayaran penginapan hotel yang bakal dikenakan. Siapa yang akan menggunakan kemudahan ini?

Projek mega terus dibina di Mekah.

Selepas selesai membuat ibadah, bolehlah umat Islam berbelanja dan membeli-belah di Pasaraya yang terletak bertsebelahan dengan Masjidil Haram.


Saya sedang berdiri di dalam pasaraya mega Abraj Al-Bait terletak bersebelahan dengan Masjidil Haram, macam-macam ada...

Perdana Menteri UAE

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/27/2007 02:39:00 PM | 0 Pandangan »








Shaikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, PM UAE (dan pemerintah Dubai) terus memacu kehadapan pembangunan pesat UAE. Bak kata omputih, he is rightly on the driving seat - membawa UAE ke gerbang kejayaan.

Belum pernah kelihatan tertidur sewaktu majlis resmi atau pun santai. Selalu kelihatan memandu kereta bersendirian (tanpa outriders, mengingatkan kita pada MB Kelantan!)

Sentiasa alert, tidak pernah menjawab "Tak tahu", walau di tanya persoalan mudah mahupun agak complex. Sedaya upaya mahu di beri pandangan atau menjawap persoalan di hadapan (seolah tidak mahu membiar persoalan tanpa jawapan atau menjadi part of the problem!).

Bertuah anak watan UAE punya PM yang benar-benar memacu perjalanan masa depan UAE. Bukan sekadar mengharap barisan penasihat.

Sejak menduduki kerusi PM, Shaikh Mohammed terus dilihat prihatin dan bersama rakyat. Ke setiap pelusuk UAE.

Bersama pelaut d persisiran pantai. Berkhidmat pada warga emas. Bertanya khabar anak muda. Yang kekurangan - tua, muda, lelaki, perempuan, siapa saja (hatta golongan ekspatriat pun mendapat "habuan"!) segera di penuhi hajat dan permintaan.

Strategi 2008 - 2010

Buat pertama kali dalam sejarah UAE, negara yang berPMkan pemerintah Dubai ini dperkenalkan dengan Pelan Stretegik. Ianya adalah pelan bertindak setiap kementerian dalam kabinet bagi terus melonjakkan UAE ke hadapan, hingga ke tahun 2010.

Setiap kementerian di minta Shaikh Mohammed untuk menyiapkan pelan bertindak tahunan, selari dengan objektif tahunan, persis Operating Plan tahunan sesebuah korporat. Pelan bertindak
di perhati perlaksanaannya dengan KPI yang dipersetujui.
Hari ini media melapurkan mesyuarat kabinet yang berlansung di Emiriyah utara UAE, Fujairah. Selain dari berbincang perjalanan pelan strategi 2010, ahli kabinet di bawa Shaikh Mohammed
bersiar atas bot sekitar Teluk Oman. Ahli kabinet lelaki juga sama "berendam" di laut bersama PM mereka.

Sessi dua hari d Fujairah ini mempamerkan kesungguhan Shaikh Mohammed untuk mempelbagaikan approach dalam pentadbirannya yang fleksibel. Persis sessi corporate outing (memang ramai yang mengatakan Shaikh Mohammed memang memposisi diri sebagai CEO yang membimbing ahli kabinet lain - sebahagian dari Management teamnya - track record gemilangnya sebagai pemerintah Dubai d dasarkan kepada model korporat!).

Sesudah berbincang (secara santai khabarnya), ahli kabinet bersama rakyat terbanyak.

Pelaut diraikan. Hajat dan permintaan anak watan d timbang dan sudah tentu bakal ditunaikan. Tidak banyak birokrasi. Boleh saja mengadu terus pada PM dan Menteri yang bersama.

Satu peristiwa menarik yang d rakam media ialah apabila seorang tua (Emarati) yang menjemput Shaikh Mohammed untuk makan tengahari setelah selesai solat Jumaat. Tanpa sebarang formaliti, jemputan d sambut. Maka bertuahlah pak cik tua ini apabila PM dan ahli kabinet berkunjung ke rumah untuk makan tengahari.

Apa mungkin rakyat Malaysia boleh merasa kepimpinan seperti Shaikh Mohammed?
Tepuk dada, tanyalah selera sendiri.

Rakyat Malaysia boleh dan mampu memilih kepimpinan yang lebih baik, untuk masa depan yang jauh lebih baik!


BANTUAN DIPERLUKAN!!!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/27/2007 12:47:00 PM | 0 Pandangan »

Saya menerima email ini daripada seorang teman, harap ada insan yang bersedia untuk menghulurkan bantuan.






A simple forward this mail to others will be a meritorious deed, and it doesn't waste much of your time.
Thank you for doing that in advance. Please act as soon as possible. Chen Siew Cheng : Tel : (02)23708099, Fax : (02)25507098.
Please forward to the person who has AB blood type of bone marrow and hope everybody will forward the mail to your friends so that they can have the opportunity to find the "right person" to help.
The success rate maybe very slim, that's why we used the e-mail method hope to find the right person.
It may not be the smart method, but to us, this is final chance.
To the family member of the leukaemia(blood cancer) patient, every second count.
We anxiously need a AB blood type of person to donate his/her bone marrow, and although it only have very little chance to match, but we still have hope for it.
Because of your loving kindness to pass the mail along, she may stand a chance to recover.
So, please put a little effort, the little girl may have chance to live because of you.
Thank you very much and a thousand words cannot express our appreciation.
Lim Seong Boon
Keng Tobacco Trading Sdn. Bhd. Seremban
012-6083783

"Where there is a will, there is a way"

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/27/2007 12:28:00 PM | 0 Pandangan »

Saya mendapat email daripada seorang teman tentang kesungguhan seekor siput yang cuba menyeberangi laluan yang sukar. Ambillah iktibar daripada peristiwa ini...
-------------------------------
When someone tells you that you can't do something...
Look around...

Consider all options...

Then GO for it!

Use all the things God gave you!


Be creative!


In the end, you will succeed and prove them wrong!

Always remember "Where there is a will, there is a way"

SEGALANYA TELAHPUN SELESAI

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/25/2007 03:02:00 PM | 0 Pandangan »

Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah, saya telah pun sampai ke Malaysia pada 23 Julai 2007 dan tiba di halaman rumah pada pukul 7.15 malam. Terlalu banyak yang ingin diperkatakan tetapi masa agak mencemburui ketika ini. 24 Julai 2007 terus mengadakan mesyuarat harian DPPNJ di pejabat pada pukul 10 pagi.
Insya Allah, dalam masa terdekat akan saya catatkan journal perjalanan saya pergi dan pulang daripada menunaikan umrah.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya sepanjang perjalanan umrah tersebut. Saya siarkan beberapa keping gambar untuk tatapan semua.
Wassalam


Tercapai hasrat untuk menyentuh unta di Mekah akhirnya...

Baru selesai menunaikan umrah kali kedua.


Di puncak bukit "Jabal Rummah" di Madinah.


Bergambar di puncak jabar Rummah.



Malam kedua di Makah.

LAMBAIAN KAABAH

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/12/2007 12:54:00 PM | 2 Pandangan »


Salam perjuangan sahabat-sahabat sekelian,


Saya akan berangkat untuk menunaikan umrah pada 14 Julai 2007 ini dan dijangka akan pulang kembali ke tanahair pada 26 Julai 2007 yang akan datang.


Segala salah dan silap harap dapat maafkan. Semoga kita akan bertemu kembali nanti, insya Allah.


Wassalam.


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

Menangislah bila anda dipilih untuk memimpin - Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/11/2007 05:31:00 PM | 0 Pandangan »

Khairul Faizi : Satu tulisan yang penuh dengan peringatan kepada kita semua, tidak kira sama ada kita adalah pimpinan diperingkat tertinggi ataupun sebagai pimpinan diperingkat PAS cawangan. Harapan dan teguran Ust Tuan Ibrahim (undi tertinggi AJK PAS Pusat 2007-2009) perlu diambil iktibar.
--------------------------------------------------
Muktamar PAS yang berlangsung pada 1 hingga 3 Jun lalu menyaksikan beberapa jawatan penting dipertandingkan. Ia adalah perkara lumrah dalam organisasi parti yang menerima kaedah sistem demokrasi dalam pengurusan organisasinya.
Penerimaan kaedah ini bermakna seluruh kepimpinan perlu bersedia bahawa jawatan yang dipegang akan dipertandingkan, dan bersedia untuk menerima keputusan dengan dada terbuka.

Umumnya kita menyatakan bahawa kita hanya menawar diri untuk dipilih, bukan mendesak ahli untuk memilih kita. Sifat ini adalah suatu sifat yang sangat terpuji; kerana jawatan bukanlah sesuatu yang menjadi kebanggaan apatah lagi untuk merasa terhormat dengan jawatan yang disandang.

Menyedari bahawa jawatan adalah amanah besar yang terpaksa dipikul di dunia, dan ia terpaksa pula menjawab dihadapan Allah di hari akhirat, maka selayaknya seseorang itu menangis dengan jawatan yang dipegangnya. Bukan menangisi bila ia tidak dipilih; bahkan kalaulah kita menyedari betapa beratnya amanah ini, nescaya kita akan mengucapkan 'terima kasih' kepada sahabat yang tidak memilihnya, kerana mereka telah menolong meringankan kita di hadapan Allah di akhirat.

Mari kita meneliti pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar al-Ghifari yang datang memohon jawatan kepada Rasulullah s.a.w.;

"Wahai Abu Zar, kamu lemah sedangkan jawatan yang kamu minta ini adalah amanah. Dan dengannya (jawatan) kelak di hari akhirat kamu akan menyesal dan dukacita; melainkan kamu ambil kerana kamu layak memikulnya, dan kamu tunaikan pula amanah itu."

Abu Zar adalah sahabat nabi yang pernah pengsan kerana takutkan Allah, jauh berbeza dengan kita hari ini.

Sabdanya lagi: "Mana-mana pemimpin yang mengkhianati rakyatnya, maka ia di dalam neraka." (Riwayat Tabrani)

Sebenarnya terlalu banyak hadis yang sangat menggerunkan bagi orang yang memikul amanah, namun dikhuatiri akan tiada orang yang sanggup menerima jawatan yang diamanahkan kepadanya, maka memadailah dengan peringatan ini, menyebabkan ia takut untuk menerima jawatan yang diberi.
antara menerima dan menolak amanah memimpin
Lalu ada yang bertanya kalau demikian, apakah kita harus biarkan jawatan disandang oleh orang yang tidak layak untuk menguruskan organisasi parti kita. Kita melihat tidak timbul soal tidak layak, kerana semua pendokong kepimpinan yang ada adalah mereka yang sangat layak memikulnya.
Kita hanya memilih yang terbaik dari yang baik-baik, kerana itu sifat yang ada kepada kita adalah tidak melampau dalam mengharapkan jawatan untuk dimenangi, sehingga sekiranya kita tidak terpilih kita melakukan sesuatu diluar adab berjamaah, sehingga tindakan kita tidak menguntungkan jamaah bahkan menyusahkan jamaah.
Kalau diperingkat awal kita menyatakan 'saya hanya menawar diri', apa makna kalau kita tewas atau tidak dipilih kita rasa kecewa, melarikan diri dari jamaah, mendiamkan diri, mengharapkan dalam hati agar yang menang gagal dan kerjanya, bahkan lebih malang lagi kita mengambil sikap memusuhi pesaing kita.
Pendokong jamaah harus sedar dengan perangkap syaitan dan hawa nafsu yang sangat licik, untuk merosakkan dirinya dan menjauhkannya dari perjuangan Islam. Lantaran itu ucaplah tahniah kepada pesaing kita yang menang dan katakan kepadanya: "Tahniah atas kejayaan anta demi jamaah, dan ana akan bantu anta dalam urusan ini". Kata-kata begini dan seumpamanya akan melemahkan hawa nafsu jahat dan mengecewakan syaitan dari merosakkan kita.
jawatan bukan untuk direbut
Jawatan bukanlah sesuatu yang perlu direbut, tetapi menerima penyelesaian secara syura adalah baik. Sama ada untuk jamaah atau untuk diri penerima jawatan. Kita perlu menyedari bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita:
"Sesiapa yang menghendaki jawatan, sedang jamaah tidak meredainya, maka ia tidak akan ditolongi Allah dalam mengatasi masalahnya, dan sesiapa yang menerima jawatan sedang jamaah mengharapkannya, maka Allah akan membantunya dalam segala urusannya." (mafhum dari Hadis rasulullah s.a.w.)
Menerima kaedah syura bermakna redha dengan keputusan yang dibuat oleh jamaah ke atas diri kita, dan tidak dianggap redha seandainya kita meluahkan rasa kecewa di luar majlis itu. Demikian juga adalah malang bagi pimpinan seandainya menyatakan bangkangan kepada apa yang telah diputuskan oleh jamaah. Apa makna berada dalam jamaah seandainya kita tidak boleh redha dengan keputusan jamaah? Lebih malang lagi bilamana kita merasa bahawa kita lebih penting dari jamaah atau merasai jamaah akan lemah kerana tiadanya kita.
tidak boleh lari dari amanah
Menolak sesuatu jawatan yang diamanah juga merupakan suatu yang bertentangan dengan sifat jamaah. Seseorang pendokong jamaah hendaklah meletakkan kepentingan jamaah lebih dari kepentingan dirinya dan keluarganya, kerana itu ia tidak boleh lari dari menerima jawatan yang diamanah kepadanya.
Kita bukan berhadapan dengan budaya merebut jawatan, sebaliknya kita berhadapan dengan sikap ahli yang tidak mahu menerima jawatan. Sikap ini juga tidak membantu jamaah dalam membina kekuatan. Terkadang sikap ahli dan sebahagian pendokong jamaah yang enggan menerima jawatan diamanahkan kepadanya, menyebabkan timbul dua keadaan:
1) Jamaah kehilangan tenaga yang berwibawa, dan keadaan ini melambatkan kejayaan dalam perjuangan Islam.
2) Tindakannya mendedahkan jamaah kepada mehnah, fitnah sama ada akan ada yang menganggap jamaah membelakangkan orang yang dianggap layak; atau ia menjadi golongan yang suka komplen dan kritik kelemahan jamaah. Kerana mereka yang berada diluar padang sangat senang mengkritik pemain yang bermengah-mengah di tengah padang.
Melihat situasi muktamar kawasan, dewan-dewan, dan berakhir dengan muktamar Pusat nanti, maka sikap pendokong jamaah ialah tidak melampau dalam tindakan mengharapkan jawatan; tetapi di masa yang sama tidak melarikan diri dari jawatan seandainya jamaah mengharapkannya dan tiada yang lain darinya. Kerana zalim bukan sahaja meletakkan bebanan kepada yang tidak mampu; sebaliknya memberi kepada yang tidak layak juga adalah zalim.

BETAPA TINGGINYA HARGA MASA (BAGI MEREKA YANG MENGHARGAINYA)

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/11/2007 04:15:00 PM | 0 Pandangan »

Salam perjuangan teman-teman,
Sejak akhir-akhir ini, terasa bagaikan masa terlalu mencemburui diri ini. Atau, mungkin saya sendiri yang agak alpa dalam menguruskan masa dengan baik. Bila terkadang lewat mengambil tindakan terhadap amanah yang diberikan sehingga terpaksa ditunda beberapa tugas, terasa semakin berat untuk digalas kesemuanya.
Bukan salah amanah tersebut tetapi salahnya sudah tentunya terhadap insan yang menerima amanah tetapi tidak pandai untuk menguruskan amanah. Sepanjang minggu ini sahaja beberapa tugas terpaksa dilewatkan terhadap tindakan yang sepatutnya mampu untuk dibereskan.
Memeningkan kepada bila membaca tulisan ini? Hmm...begitu jugalah agaknya keserabutan yang ada dalam kepala saya ini. Apapun, itulah gunanya blog ni, blog inilah tempat untuk saya luahkan kandungan-kandungan keserabutan kepala ini.
Bukannya apa, kadang-kadang bila tugas sebagai seorang pemimpin, suami, ayah, anak dan sebagai seorang pelajar terpaksa dihadapi dalam masa yang sama dan kesemuanya memerlukan kita memberikan penumpuan dalam tempoh masa tersebut. Memang jika ingin dibandingkan dengan orang lain, apa yang saya hadapi ini 'kacang' sahaja tetapi inilah lumrah kita sebagai manusia yang kerdil yang tidak dapat elak daripada diuji olehNya.
Sebagai petugas sepenuh masa dalam PAS, peruntukan masa untuk hal-hal yang bersifat peribadi amat minimum, justeru lebih perhatian perlu diberikan kepada hal jamaah dan perjuangan.
Apabila isteri tersayang diarahkan untuk menghadiri kursus selama 3 hari di Shah Alam, pengurusan anak-anak yang kesemuanya masih bersekolah akan diselesaikan oleh suami. Walaupun sudah terbiasa dengan urusan kerja-kerja rumah tetapi berbeza sedikit bila ummi kepada anak-anak saya tiada.
Dalam masa yang sama, assignments sebagai pelajar USM perlu disiapkan sebelum berangkat menunaikan umrah hari Sabtu ini. Kesian pada kawan-kawan sekuliah yang sedang menunggu-nunggu tugasan yang telah diamanahkan kepada saya.
Tugas sebagai Ketua DPPNJ juga agak berat sebenarnya cuma saya bukanlah dikategorikan pemimpin yang sering berceramah sehingga ada sahabat-sahabat yang kata suara saya 'suara emas' kerana susah untuk meluangkan masa sebagai penceramah. Malam inipun sepatutnya saya berceramah di Johor Bahru tetapi kerana bertembung dengan menyuarat PAS Kawasan Kluang maka saya tidak ke Johor Bahru.
Hujung minggu ini Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) DPP Pusat diamanahkan untuk terlibat dalam satu program di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh satu NGO. Pada mulanya agak 'kelam-kabut' juga untuk menerima arahan ini kerana saya baru sahaja menerima jawatan ini dan jawatankuasa pun baru diwujudkan tetapi sokongan daripada sahabat-sahabat LPN DPPP yang memerikan komitmen untuk menjayakan pameran ini melegakan saya.
Hmm...mencoretkan serba sedikit keserabutan dalam blog inipun telah mengurangkan 'stress' dalam kepala ini sebenarnya. Setakat itulah sahaja yang saya ingin coretkan. Semoga teman-teman bloggers dapat mendoakan saya untuk terus istiqamah dalam perjuangan ini.
Wassalam.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

JOHOR MASIH TAK SELAMAT?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/07/2007 09:44:00 AM | 0 Pandangan »

A Girl’s Hands Were Being Cut By Robbers

BATU PAHAT, 4 July – A girl’s hands were being cut by robbers. The girl named Tan Ling Min, 14 years old, a student. Her mobile phone was being robbed when she was walking back to her house from school. She was angry at the moment then she pulled the robber who sat on the back seat of the motorcycle.

9 cuts were being made by the robber on the girl’s hands during the process. 4 cuts are deep until bone. Some of the skins of her hands were being cut off. After that, the girl was being sent to the hospital to receive treatments.About 11:00 a.m., Ling Ming was just finishing her training in school and on her way back to home. When she walked passing the flats housing area and just a corner left to her house, her mobile rang.

Just when she was taking out her mobile phone from her bag, 2 robbers suddenly stop their bike in front of her. One of them then robbed her mobile phone then quickly jumped back to the bike.Ling Min was very unbearable to lose her phone.

She pulled the robber sat at the back seat. During the fight, the robber pulled out his parang and continuously cut toward her hands until she gave up. Then, the robbers run away.

At the moment, Ling Min said her hands were numbed and no feeling. What she knew was she had to walk back to her house and asked for help. The distance from the scene to her house was about 4 meters. The way back to her house is full of her blood stains now.

Is JB crime under control - or must people cross causeway to Singapore to feel safe?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/07/2007 09:21:00 AM | 0 Pandangan »


The public hearing of the Parliamentary Caucus on Human Rights and Good Governance in Johor Baru on Sunday at Tropical Inn at 2.30 p.m. will be an opportunity to assess whether the people of Johor Baru are satisfied with recent police actions to fight crime or whether more have to be done by the police to wipe out the high crime index and the fear of crime and end the situation where people only feel safe when they cross the causeway into Singapore.

It has been asked why the Parliamentary Caucus on Human Rights and Good Governance is holding a public hearing at the Tropical Inn in JB on Sunday on “Fight Rising Crime”, as if crime has nothing to do with human rights.

This is a great fallacy, for the fundamental right to be free from crime and to be safe and secure in the streets, public places and the privacy of the homes must rank as the first of all human rights, without which all other human rights have no meaning. The safety of its citizens must is also the acid test of effective government and good governance.

The Parliamentary Caucus on Human Rights and Good Governance want to popularize the concept that Malaysians must be restored their two most fundamenal rights, to be free from crime and the fear of crime, which were unquestioned rights of all Malaysians in the first three decades of nationhood.

In the past 10 to 15 years, law and order have started to break down in several areas in the country to the extent that some urban centres in Peninsular Malaysia acquired the notoriety as hot spots of crime, particularly JB, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Penang and Ipoh.

This trend has not been reversed or checked despite the establishment of the Royal Police Commission and its Report and 125 recommendations to create an efficient and professional world-class police service to control and reduce crime.


The public hearings of the Parliamentary Caucus on Human Rights and Good Governance on “Fight Rising Crime” in JB, Petaling Jaya and Bukit Mertajam in the next week is not a police-bashing exercise but to create greater awareness among the police and public of the need for a joint effort to control and reduce crime to make our homeland and towns safe again not only for the residents, but also for tourists and investors.

http://blog.limkitsiang.com/

APA NAK JADI NI?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/05/2007 09:30:00 PM | 0 Pandangan »



Inilah akibatnya apabila kerajaan UMNO/BN memainkan peranan mereka dalam mencatur mahasiswa baru di seluruh Universiti tempatan. Apa yang diharapkan adalah keruntuhan akhlak dan moral pelajar supaya mereka menjauhkan diri mereka daripada kehidupan sebagai seorang mukmin yang sejati.

Budaya yang disemai ini sudah pastinya akan melahirkan mahasiswa yang akan jauh daripada Allah, lupa pada budaya dan cintakan hiburan serta menyemai cara kehidupan barat yang melalaikan.

Kerana benci dengan Islam yang sebelum ini menjadi amalan hidup mahasiswa di Universiti sejak zaman kebangkitan Islam di kampus sekitar tahun 80-an dan 90-an, maka UMNO/BN mempergunakan pegawai dan pentadbir Universiti untuk sama-sama berkongsi saham merosakkan generasi muda yang mula menjejakkan kaki mereka ke menara gading.

Sebagai bekas pimpinan mahasiswa di kampus, membaca berita seperti ini sebenarnya menghiris hati dan perasaan saya lebih-lebih lagi saya benar-benar mengenali Islam apabila berada di alam kampus.

Saya menyeru kepada teman-teman seperjuangan yang pernah bersama membela agama, nasib rakyat dan kepentingan mahasiswa agar bangkit untuk memainkan peranan masing-masing. Apakah kita sanggup membiarkan adik-adik kita dikampus diratah dan dirosakkan oleh makhluk perosak yang bertopengkan manusia?

Khairul Faizi Bin Ahmad Kami

Timbalan Presiden

Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM 1995.

PEMUDA PAS BERSAMA RAKYAT

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/05/2007 01:27:00 PM | 0 Pandangan »


Penduduk berkhemah bantah pusat pembuangan sampah.

Yong Peng, Isnin 2 Julai 2007. Penduduk-penduduk Kampung Seri Wangi, Parit Suratman, Kg Pinggir Dan Pt Senah di Yong Peng berkumpul sejak jam 7.30 pagi bagi membantah kerja-kerja pembuangan sampah berhampiran tempat tinggal mereka. Pusat pembuangan sampah tersebut yang mula beroperasi sejak Julai 2006 mula menimbulkan masalah beberapa bulan lalu dengan mengeluarkan bau busuk yang mampu menjangkau 5 kampung berhampiran sehingga pekan Parit Yaani. Selain dari itu, kewujudan tempat pembuangan sampah tersebut turut mengancam kesihatan penduduk setempat.

Dipercayai sampah-sampah yang dibuang di kawasan tersebut di angkut dari pasar-pasar berhampiran oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik untuk melupuskan sampah-sampah berkenaan. Selain itu, penduduk turut mendakwa bahawa lori-lori sampah kontraktor pihak berkuasa tempatan turut membuang sampah di tempat berkenaan seawal jam 5 pagi lagi.

Wakil badan bertindak penduduk memaklumkan bahawa beberapa tindakan awal telah di buat sebelum ini termasuk menghantar bantahan kepada Majlis Daerah Yong Peng dan juga membuat laporan POLIS. Memandangkan tiada sebarang tindakan yang konkrit dari pihak berkenaan maka penduduk sepakat menggunakan jalan lain untuk mendesak agar tuntutan mereka di penuhi. Selain dari berkhemah di perimpangan menuju ke tempat pelupusan sampah tersebut, penduduk turut mengambil inisiatif menyewa sebuah jentolak dan melonggokkan tanah bagi menghalang laluan kenderaan ke pusat pembuangan sampah berkenaan.

Menurut salah seorang penduduk, En Shamsudin, mereka telah menggunakan bermacam-macam saluran untuk mendapatkan perhatian terhadap masalah yang mereka hadapi termasuk memanggil media cetak dan elektronik, namun usaha mereka tidak berjaya dan memaksa mereka menggunakan cara lain untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Penduduk turut melahirkan kekesalan dan menegaskan bahawa pintu rundingan telah tertutup bagi mereka dan matlamat mereka adalah agar pusat pelumpusan sampah tersebut di tutup dengan apa cara sekalipun. Mereka turut menegaskan bahawa mereka akan berkumpul di tempat tersebut selagimana permintaan mereka tidak dipenuhi.

Rombongan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor yang diketuai ketuanya Saudara Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil berserta Naib Ketua DPPNJ yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Suhaizan Bin Kaiat yang turut bersama-sama memberi sokongan moral kepada penduduk yang berhimpun. Turut serta adalah Setiausaha DPPNJ, Ketua Penerangan DPPNJ, YDP Seri Gading dan beberapa orang EXCO DPPNJ yang lain.

Mohd Faizul Bin Mohd Salleh
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
0136263800

PROGRAM PEMUDA PAS JOHOR BERSAMA MAT REMPIT (SAHABAT MOTOR)

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/05/2007 01:24:00 PM | 0 Pandangan »


Klik http://dppnjohor.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.