APA NAK JADI NI?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/05/2007 09:30:00 PM | 0 Pandangan »



Inilah akibatnya apabila kerajaan UMNO/BN memainkan peranan mereka dalam mencatur mahasiswa baru di seluruh Universiti tempatan. Apa yang diharapkan adalah keruntuhan akhlak dan moral pelajar supaya mereka menjauhkan diri mereka daripada kehidupan sebagai seorang mukmin yang sejati.

Budaya yang disemai ini sudah pastinya akan melahirkan mahasiswa yang akan jauh daripada Allah, lupa pada budaya dan cintakan hiburan serta menyemai cara kehidupan barat yang melalaikan.

Kerana benci dengan Islam yang sebelum ini menjadi amalan hidup mahasiswa di Universiti sejak zaman kebangkitan Islam di kampus sekitar tahun 80-an dan 90-an, maka UMNO/BN mempergunakan pegawai dan pentadbir Universiti untuk sama-sama berkongsi saham merosakkan generasi muda yang mula menjejakkan kaki mereka ke menara gading.

Sebagai bekas pimpinan mahasiswa di kampus, membaca berita seperti ini sebenarnya menghiris hati dan perasaan saya lebih-lebih lagi saya benar-benar mengenali Islam apabila berada di alam kampus.

Saya menyeru kepada teman-teman seperjuangan yang pernah bersama membela agama, nasib rakyat dan kepentingan mahasiswa agar bangkit untuk memainkan peranan masing-masing. Apakah kita sanggup membiarkan adik-adik kita dikampus diratah dan dirosakkan oleh makhluk perosak yang bertopengkan manusia?

Khairul Faizi Bin Ahmad Kami

Timbalan Presiden

Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM 1995.

0 Pandangan