Shaikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, PM UAE (dan pemerintah Dubai) terus memacu kehadapan pembangunan pesat UAE. Bak kata omputih, he is rightly on the driving seat - membawa UAE ke gerbang kejayaan.
Belum pernah kelihatan tertidur sewaktu majlis resmi atau pun santai. Selalu kelihatan memandu kereta bersendirian (tanpa outriders, mengingatkan kita pada MB Kelantan!)
Sentiasa alert, tidak pernah menjawab "Tak tahu", walau di tanya persoalan mudah mahupun agak complex. Sedaya upaya mahu di beri pandangan atau menjawap persoalan di hadapan (seolah tidak mahu membiar persoalan tanpa jawapan atau menjadi part of the problem!).
Bertuah anak watan UAE punya PM yang benar-benar memacu perjalanan masa depan UAE. Bukan sekadar mengharap barisan penasihat.
Sejak menduduki kerusi PM, Shaikh Mohammed terus dilihat prihatin dan bersama rakyat. Ke setiap pelusuk UAE.
Bersama pelaut d persisiran pantai. Berkhidmat pada warga emas. Bertanya khabar anak muda. Yang kekurangan - tua, muda, lelaki, perempuan, siapa saja (hatta golongan ekspatriat pun mendapat "habuan"!) segera di penuhi hajat dan permintaan.
Strategi 2008 - 2010
Buat pertama kali dalam sejarah UAE, negara yang berPMkan pemerintah Dubai ini dperkenalkan dengan Pelan Stretegik. Ianya adalah pelan bertindak setiap kementerian dalam kabinet bagi terus melonjakkan UAE ke hadapan, hingga ke tahun 2010.
Setiap kementerian di minta Shaikh Mohammed untuk menyiapkan pelan bertindak tahunan, selari dengan objektif tahunan, persis Operating Plan tahunan sesebuah korporat. Pelan bertindak di perhati perlaksanaannya dengan KPI yang dipersetujui.
Hari ini media melapurkan mesyuarat kabinet yang berlansung di Emiriyah utara UAE, Fujairah. Selain dari berbincang perjalanan pelan strategi 2010, ahli kabinet di bawa Shaikh Mohammed bersiar atas bot sekitar Teluk Oman. Ahli kabinet lelaki juga sama "berendam" di laut bersama PM mereka.
Sessi dua hari d Fujairah ini mempamerkan kesungguhan Shaikh Mohammed untuk mempelbagaikan approach dalam pentadbirannya yang fleksibel. Persis sessi corporate outing (memang ramai yang mengatakan Shaikh Mohammed memang memposisi diri sebagai CEO yang membimbing ahli kabinet lain - sebahagian dari Management teamnya - track record gemilangnya sebagai pemerintah Dubai d dasarkan kepada model korporat!).
Sesudah berbincang (secara santai khabarnya), ahli kabinet bersama rakyat terbanyak.
Pelaut diraikan. Hajat dan permintaan anak watan d timbang dan sudah tentu bakal ditunaikan. Tidak banyak birokrasi. Boleh saja mengadu terus pada PM dan Menteri yang bersama.
Satu peristiwa menarik yang d rakam media ialah apabila seorang tua (Emarati) yang menjemput Shaikh Mohammed untuk makan tengahari setelah selesai solat Jumaat. Tanpa sebarang formaliti, jemputan d sambut. Maka bertuahlah pak cik tua ini apabila PM dan ahli kabinet berkunjung ke rumah untuk makan tengahari.
Apa mungkin rakyat Malaysia boleh merasa kepimpinan seperti Shaikh Mohammed?
Tepuk dada, tanyalah selera sendiri.
Rakyat Malaysia boleh dan mampu memilih kepimpinan yang lebih baik, untuk masa depan yang jauh lebih baik!
0 Pandangan
Post a Comment