Selamat Tinggal Demokrasi Malaysia!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/28/2008 04:52:00 PM | 2 Pandangan »

35 charged with illegal assembly - Malaysiakini
Fauwaz Abdul Aziz Jan 28, 08 3:36pm


Thirty five people have been charged at the Kuala Lumpur Magistrate’s Court today for taking part in an
illegal assembly on Saturday.They also face an additional charge of either violating a court order which banned the gathering or supporting those who violated the order.The 35, who claimed trial, have been released on a RM1,000 bail.
Their case will be heard on June 16.In the court, Malaysiakini journalist Syed Jaymal Zahiid was charged with obstructing the police from performing their duty.He too claimed trial and has been released on a RM1,000 bail. His case will be jointly heard with the rest.

Semua tahanan 'Protes' di bawa ke Mahkamah Kuala Lumpur
Saidah Hairan Mon Jan 28, 08 10:41:02 am MYT
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) - Kesemua 47 yang masih ditahan atas dakwaan menghadiri satu perhimpunan aman anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC dan sekitar Jalan Ampang, telah dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta sebentar tadi.

Kesemua mereka ditahan di Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL), sejak sabtu lalu.

Antara yang masih ditahan ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua, penyelaras Parti Sosialis Malaysia (PSM), Aruchelvan dan Dr Osman Nasir dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Bahrun.

Antara pimpinan yang hadir memberi sokongan kepada tahanan ialah, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad dan Anuar Tahir; Ketua Penerangan Muslimat; Salbiah Wahab dan penyokong-penyokong Protes.

Sehingga kini kesemua tahanan masih belum didakwa atau dibebaskan./wann.
-------------------------------------------------------------
Isu tangkapan: Polis silap ikut perintah mahkamah?
Profesor Dr Abdul Aziz Bari, UIAM
Mon Jan 28, 08 3:02:06 am MYT
Saudara Pengarang,

Ada beberapa hal yang perlu dinilai semula bagi mengelakkan kekeliruan dan ketakutan dalam kalangan rakyat ekoran tangkapan polis baru-baru ini.

Laporan Malaysiakini.com menyatakan bahawa pihak polis, buat kali ketiga, mendapat perintah mahkamah untuk menghalang beberapa tokoh tertentu untuk mengadakan protes.

Yang pertamanya, ialah perintah mahkamah yang didakwa oleh polis itu hanyalah perintah Mahkamah Majistret. Di sisi undang-undang mahkamah, hatta Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi negara, tidak boleh menggantung isi dan hak yang dijamin Perlembagaan. Inikan masih lagi Mahkamah Majistret?

Yang kedua, kita tidak pasti undang-undang apa yang dipakai mahkamah berkenaan dalam memberi perintah yang dipohon oleh polis. Apa pun, perlembagaan adalah undang-undang tertinggi dan undang-undang lain tidak boleh mengatasinya. Mahkamah tidak boleh mengambil 'precedent' dari England kerana negara itu tidak mempunyai undang-undang bertulis.

Yang ketiga, hanya Parlimen boleh menyekat hak di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Peranan mahkamah ialah mempertahankan hak itu. Bukannya menggantung atau menafikannya.
Majistret mungkin salah memahami perundangan?
Itu pun hanya boleh dibuat secara tidak langsung; yakni melalui undang-undang sebagai mana Akta Polis atau AUKU. Saya fikir majistret berkenaan telah salah dalam memahami undang-undang.
Perintah ini sebenarnya menyeret mahkamah ke kancah politik. Cuma yang menyedihkan ialah kenapa mahkamah mengeluarkan perintah itu? Siapa dia majistret yang berbuat demikian dan di atas dasar apa? Undang-undang yang mana?
Apa pun seperti yang disebut di atas, tiada undang-undang yang boleh mengatasi perlembagaan. Mahkamah seharusnya membezakan kes ini dengan perintah biasa. Ini bukan kes sivil atau kes cerai dan lain-lain.
Sekarang, kita bercakap soal perlembagaan, yakni undang-undang awam bukan undang-undang keluarga atau undang-undang sivil tentang hubungan sesama individu yang tiada kena-mengena dengan hak awam.
Ini bukan kes melibatkan pergaduhan suami-isteri atau jiran tetangga yang mahkamah boleh mengeluarkan perintah seperti itu. Nampaknya, majistret lupa kedudukan dan signifikan perlembagaan. Polis memang sudah lama tidak mempedulikan perlembagaan.
Dengan itu, tak timbul soal menghina mahkamah sebab perintah itu pun diragui kesahihannya. Dan apakah Mahkamah Majistret berkuasa menghukum apa yang dipanggil sebagai menghina mahkamah itu?
Perkara 126 dalam perlembagaan telah menyatakan bahawa kuasa menghukum itu berada di tangan Mahkamah Tinggi ke atas. Mahkamah Majistret adalah mahkamah rendah.
Agak jelas polis sudah kian terdesak dan kita tidak pasti apakah ini nasihat yang diberi oleh Peguam Negara? Agensi-agensi ini perlu memahami prinsip-prinsip dasar perlembagaan. 'Go to the basics!'
--------------------------------------------------
Tangkapan terhadap rakyat, polis mengganas bagaikan dirasuk
Saidah Hairan Mon Jan 28, 08 6:36:54 am MYT
Kebiadapan dan keganasan anggota polis menangkap secara rambang peserta perhimpunan aman menentang kenaikan harga barangan di KLCC menunjukkan seolah-olah kerajaan BN melaksanakan sistem kuku besi.
Belum sempat peserta berkumpul menyuarakan bantahan, polis terus membuat tangkapan bermula jam 2.45 petang di hadapan Suria KLCC.
Tangkapan awal dilakukan terhadap empat anggota Unit Amal diikuti lapan orang termasuk Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Atirah Aiman Al-Jundi di Ampang Park.

Sejurus itu, polis bagaikan dirasuk terus membuat tangkapan walaupun tiada laungan memprotes atau pengedaran risalah dilakukan peserta perhimpunan. (Gambar - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad sedang diheret kasar polis)

Dalam perbualan wartawan dengan anggota polis, mereka mengakui mendapat arahan daripada pihak atasan supaya membuat tangkapan terhadap sesiapa sahaja yang cuba berhimpun di sekitar KLCC dan Ampang Park.

Anggota polis, Rela dan SB berada di merata-rata tempat. Mereka tidak memberi peluang langsung terhadap peserta perhimpunan untuk berkumpul.

Enam trak polis penuh disumbat dengan peserta perhimpunan untuk dihantar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis, Kuala Lumpur (IPK).

Polis bertindak cekap dan pantas dalam penangkapan tersebut. Bermula jam 2.45 hingga 4.15 petang polis telah menangkap 58 orang peserta perhimpunan dan dibawa ke IPK.

Apa hak rakyat ditangkap sebelum sempat menyuarakan bantahan? Apakah kerajaan BN benar-benar takut dengan kebangkitan rakyat sehingga mengarahkan polis bertindak ganas dan biadap terhadap peserta perhimpunan?

Sebelum ini, dalam mana-mana perhimpunan aman anjuran Protes atau PAS belum ada peserta yang membawa sebarang alat berbahaya seperti pisau, cangkul, keris, parang untuk berlawan dengan anggota polis.

Mereka hanya membawa mulut, tangan, kaki, kain rentang dan risalah. Kandungan risalah dan kain rentang hanya untuk menyedarkan rakyat tentang keadaan kerajaan BN yang semakin menekan kehidupan rakyat. Itu saja.

Malangnya, anggota polis telah berlawan dengan rakyat secara ganas. Polis dengan segala kelengkapan terutama Pasukan Simpanan Khas (FRU) menggunakan cota, kasut but, perisai dan 'water cannon' untuk berhadapan dengan rakyat.

Peserta perhimpunan ditangkap tak ubah sebagai seorang penjenayah. Sedangkan penjenayah sebenarnya terlepas bebas sehingga berjaya meneruskan kerjaya sebagai penculik kanak-kanak.

Terfikir sejenak. Dalam kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak, mengapa polis masih belum berjaya menangkap penjenayah terlibat?

Apakah anggota polis di negara Islam Hadhari ini hanya dikhaskan untuk mengintip dan menangkap sesiapa saja yang bersekongkol dengan pembangkang PAS, KeADILan dan DAP?

Perbualan penulis dengan seorang anggota polis wanita di hadapan Suria KLCC, beliau menyalahkan ibu bapa Sharline Mohd Nasar, 5, kerana cuai menjaga kanak-kanak tersebut.

Kenyataan polis wanita itu mengejutkan saya dan Pegawai Khas Pemuda PAS Pusat, Safarizal yang berada di hadapan beberapa anggota polis di hadapan Suria KLCC.

Safarizal berkata, "Kalau Sharlinie atau kanak-kanak yang diculik itu penyokong pembangkang mesti polis bertindak pantas dan cekap."

Malang polis di Malaysia hanya akur dan taat secara 'membabi buta' terhadap arahan pihak atasan untuk menangkap sesiapa saja yang bersengkokol dengan pembangkang.

Mereka hanya menjadi `pak pacak' menunggu arahan untuk bertindak terhadap rakyat. Tak ubah seperti seekor anjing yang terlalu patuh pada arahan tuannya.

Banyak kes yang membuktikan anggota polis terlalu ganas terhadap rakyat. Kes di Batu Buruk, Kuala Terengganu anggota polis menembak dengan menggunakan peluru hidup ketika meleraikan perhimpuanan aman.

Bagaimanapun, polis tersebut terlepas sedangkan mangsa tembakan rambang itu didakwa di mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Beginilah nasib rakyat Malaysia hidup di bawah kerajaan BN.

Pemimpin BN sedar rakyat mempunyai kuasa untuk menukar kerajaan. Sebab itu mereka menggunakan sepenuhnya kuasa polis untuk menahan kebangkitan rakyat.
Justeru, apakah rakyat masih rela diganasi oleh anggota polis?Jawapannya dalam keputusan pilihan raya umum ke-12. - mks.
-------------------------------------------------------
Bersih kutuk tindakan halang himpunan Protes
Saidah Hairan Mon Jan 28, 08 1:47:10 pm MYT
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) - Bersih mengutuk keras tindakan polis yang tidak berperikemanusiaan membuat tangkapan dan menghalang sebarang bentuk perhimpunan aman termasuk himpunan anjuran Protes di KLCC, Ahad 26 Januari lalu.

Sehubungan itu, AJK Bersih, Dr Syed Azman Syed Nawawi mendesak semua tahanan himpunan Protes dibebaskan segera dan rakyat dibenarkan berhimpun secara aman dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Katanya, Bersih akan terus melaksanakan agenda untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan telus dengan mengadakan perhimpunan aman sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.

"Agenda itu akan diteruskan bersama-sama dengan parti politik dan Ngo lain," katanya dalam sidang media di lobi Mahkamah Jalan Duta, pagi tadi.

Menurut beliau, Bersih berasa amat kesal dengan tindakan polis terutamanya apabila negara sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum.

Beliau berkata, apa erti pilihan raya jika tidak ada kebebasan bersuara dan berhimpun untuk rakyat menyatakan pandangan.

Bersih ujar beliau kesal dengan tindakan kerajaan BN khususnya Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Dalam Negeri kerana menyekat kebebasan rakyat negara ini untuk berhimpun menyatakan pandangan.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; AJK PAS Pusat, Anuar Tahir; Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Noor; Ketua Penerangan Muslimat Pusat, Salbiah Abd Wahab; dan Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Sementera itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar kesal dengan perintah mahkamah yang menghalang nama-nama tertentu daripada berada dalam ruang lingkungan satu kilometer sekitar KLCC.

Beliau mempersoalkan, apa asas perintah mahkamah itu dikeluarkan sama ada kawasan itu telah diputuskan oleh mahkamah sebagai kawasan hitam yang dianggap sebagai darurat.

Menurut beliau, jika lingkungan itu diisytiharkan sebagai kawasan darurat, ia menggambarkan bahawa Malaysia berada dalam keadaan kritikal dalam soal keselamatan.

"Kita akan minta para peguam melihat apa asas sama ada relevan atau tidak perintah mahkamah itu akan dikeluarkan lagi selepas ini," tegasnya.

Beliau berharap golongan pengamal undang-undang harus melihat dan berani mencabar keputusan perintah mahkamah yang telah dikeluarkan.

Katanya, amat tidak adil apabila larangan itu dikeluarkan walaupun untuk orang tertentu kerana Perlembagaan mengizinkan setiap rakyat bergerak bebas di dalam negara.

Beliau menegaskan, perintah itu tidak relevan dan menunjukkan bahawa insititusi mahkamah tidak dapat menterjemahkan undang-undang selaras dengan kehendak Perlembagaan khususnya hak rakyat. - tajdid

2 Pandangan

  1. Anak Perelih // January 28, 2008 at 6:46 PM  

    Sebenarnya undang undang tertinggi di negara ini bukan perlembagaan malaysia, tetapi akta polis. Ini adalah kerana Malaysia adalah sebuah negara Polis, yang mengamalkan fahaman fasis... Polis Raja Di Malaysia...

  2. Anak Perelih // January 28, 2008 at 6:46 PM  

    Sebenarnya undang undang tertinggi di negara ini bukan perlembagaan malaysia, tetapi akta polis. Ini adalah kerana Malaysia adalah sebuah negara Polis, yang mengamalkan fahaman fasis... Polis Raja Di Malaysia...

    http://anakperelihblog.blogspot.com/