Ketua Pemuda PAS Pusat 'Balik Kampung' Beri Sumbangan.
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/30/2007 09:21:00 PM | 0 Pandangan »Pemuda PAS Terus Mengorak Langkah
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/30/2007 08:55:00 PM | 0 Pandangan »Malam ini, kami berkesempatan menonton 3 buah video pendek yang kesemuanya berbentuk anti perkauman (non-racisme), hak samarata dan sejarah yang disembunyikan. Filem pertama yang bertajuk I Love Malaya mengisahkan bagaimana perjuangan ahli-ahli Parti Komunis Malaya yang diketuai oleh Chin Peng untuk pulang ke tanah air mereka, iaitu Malaysia.
Bilangan mereka ini cukup ramai dan sekarang menetap di Selatan Thailand. Hampir 50 tahun mereka berada di sana dan dinafikan hak untuk pulang ke Malaysia atas perkiraan bahawa mereka mungkin akan kembali berjuang untuk menegakkan ideologi komunis di negara ini. Mungkin ya dan mungkin tidak. Cuma, apa yang pasti adalah kesemua daripada mereka sudah pun berumur 80 tahun dan ke atas.
Ada yang ingin pulang ke Malaysia, ataupun dahulunya Malaya kerana rasa cinta yang mendalam terhadap tanahair . Kata mereka, Malaya menjadi tempat mereka berjuang menentang penjajahan Jepun dan juga British. Maka sudah pasti semangat patriotik mereka juga amat mendalam. Keduanya, kesemua sanak saudara dan rakan-rakan mereka masih berada di sini.
Bersama Brother Ong Boon Keong, pengarah bagi filem pendek yang memperjuangkan nasib penduduk setinggan di Penang.
Aduh, agak kasihan melihatkan nasib mereka yang dihalang daripada pulang ke tanah air ini. Ya, memang benar bahawa mereka dahulunya ada melakukan kekejaman kepada rakyat Malaya, namun sukar sangatkah kita untuk memaafkan mereka? Jika Jepun yang pernah melakukan kesalahan dengan menjajah negara kita, membunuh dan memancung rakyat kita, menyiksa mereka dengan meminum air sabun dan kemudian dipijak perutnya, mengerahkan kerja buruh paksa di landasan keretapi maut, merogol dan mencabul anak gadis tempatan dan sebagainya mampu untuk kita lupakan, kenapa tidak kepada mereka yang memiliki faham komunis ini? Bahkan pada hari ini, orang kita cukup suka dengan Jepun, belajar di sana, menonton ribuan jenis anime mereka saban hari, filem dan drama bersiri Jepun, bahkan diwujudkan Dasar Pandang Ke Timur!
Lantas, jika benar mereka sudah berubah dan insaf atas semua perbuatan yang dahulu, maka benarkanlah mereka pulang. Mereka juga rakyat negara kita, yang pernah suatu ketika dahulu mengangkat senjata menentang Tentera Jepun.
"Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka"
Begitu bunyinya filem yang terakhir kami tonton malam tadi. Ia mengisahkan perjuangan rakyat sepuluh tahun sebelum 1957 dengan mengambil sudut dan dimensi yang berbeza daripada apa yang kita dengar dan lihat sehari-hari.
Sebenarnya, sejarah yang ada pada hari ini agak kabur 'jalan ceritanya'. Sejarah perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan hanya diceritakan secara serius bermula dengan penubuhan UMNO semata-mata. Dan, rakyat dididik bahawa UMNO-lah yang menjadi pejuang yang tunggal dalam menuntut kemerdekaan. Semua peranan yang dimainkan oleh mereka yang bukan UMNO diletakkan di sisi gelap sejarah Malaysia. Jasa orang lain selain UMNO dinafikan! Buku teks sejarah sejak puluhan tahun 'menipu' rakyat sendiri.
Ingin saya memetik kata-kata Ustaz Hasrizal mengenai sejarah negara kita yang agak membosankan ini;
"Di dalam kelas Islam and the West minggu lalu, saya berjaya mendapatkan penjelasan yang memuaskan hati, mengapa sejarah Malaysia membosankan.
“When you read the History of Malaysia, you will see Malaysian, not human being!”, kata Prof Abdullah al-Ahsan ketika mengulas soalan saya.
Fahami sejarah, jangan tertipu
Selepas selesai sesi tayangan video ini, kami memberikan tepukan gemuruh kepada Saudara Fahmi yang menjadi pengarah dan penerbit kepada video tersebut. Dan, dalam dialog yang diadakan selepas itu, saya menerangkan kepada para hadirin bahawa sisi sejarah yang di "anak tiri" kan seperti inilah yang harus kita tahu dan fahami.
Bersama Fahmi Reza, pembikin filem Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka
Seharusnya, kita mengetahui bahawa sejarah perjuangan rakyat untuk menuntut kemerdekaan bukannya bermula setakat sepuluh tahun sebelum merdeka, bahkan dua puluh tahun, seratus mahupun 500 tahun sebelum merdeka. Kita harus ingat bahawa Tanah Melayu buat pertama kalinya dijajah dek kuasa asing oleh Raja Rajendra Chola dari India pada tahun 1025. Kemudiannya, secara ringkas ingin saya sebutkan di sini, kita dijajah pula oleh Siam, kemudian Portugis, Belanda, British, Jepun dan British kembali sehinggalah negara kita merdeka. Kita terjajah hampir 450 tahun dan keterpurukan di bawah kuasa asing selama setengah alaf ini menjadikan orang Melayu ketinggalan dan jiwa mereka kekal terjajah.
Dan, lebih memburukkan keadaan apabila UMNO membukukan ataupun mendokumentasikan sejarah mengikut acuan mereka. Dalam klip video ini dibongkarkan bagaimana gerakan yang berhaluan kiri hasil gagasan PUTERA-AMCJA telah berjaya memobilasikan rakyat di seluruh pelusuk negara untuk melakukan Hartal.
Perjuangan kemerdekaan tidak dimainkan oleh UMNO semata-mata. Peranan Putera-AMCJA juga adalah amat besar dan tidak mampu disangkal lagi. Cuma, ianya telah digelapkan oleh pemerintah demi kepentingan mereka. Undang-undang darurat yang diperkenalkan pada tahun 1948 atas nama ingin memerangi komunis adalah karut dan palsu semata-mata!
Darurat diumumkan oleh British kerana mereka bimbang akan kebangkitan rakyat melalui hartal yang telah dijalankan di seluruh negara pada waktu itu. Masakan tidak, apabila batch pertama yang ditangkap oleh kerajaan di bawah ordinan darurat pada waktu itu adalah hampir 10,000 pemimpin Melayu yang berhaluan kiri yang telah menggerakkan hartal tersebut. Dan, batch kedua yang ditangkap adalah pemimpin kesatuan buruh yang juga menjadi agen utama yang menjayakan hartal. Kemudiannya, batch ketiga tangkapan barulah terdiri daripada pimpinan Parti Komunis Malaya. Nah, anda sendiri ada jawapannya sekarang iaitu darurat atas nama komunis adalah palsu semata-mata!
20 tahun sebelum merdeka?
Ingin juga saya kongsikan bersama di sini akan peranan tokoh lain dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Secara mudahnya, ingin disebut di sini bahawa ulama'-lah yang telah menjadi pendorong utama orang Melayu untuk bangkit menuntut kebebasan daripada semua penjajah asing bermula daripada zaman penjajahan Portugis (cerita lengkap boleh dirujuk di dalam buku Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan, karya Riduan Mohamad Nor).
Sedikit petikan daripada buku ini (m/s 142) menyebut;
"Bagi meredakan tuntutan Dr Burhanuddin ini, Jepun telah mengarahkan Dr Burhanudin supaya menyediakan satu piagam atau perlembagaan bagi Tanah Melayu merdeka. Dr Burhanuddin kemudiannya telah menyusun satu piagam yang dinamakan "Piagam Taiping" sebagai draf perlembagaan Tanah Melayu merdeka pada 1945 bersama Mustapha Hussein berasaskan perlembagaan Amerika Syarikat. Draf ini walau bagaimanapun tidak dapat dikesan pada hari ini tetapi kisahnya dirakamkan oleh Mustapha Hussein dalam memoirnya. Dipercayai usaha ini serentak dengan tindakan Sukarno membawa usul supaya Tanah Melayu dimasukkan bersama-sama dalam perlembagaan Indonesia kepada Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia pada 28 Mei 1945". (petikan daripada buku ini di scan seperti di bawah)
Apa maksudnya saudara?
Sebenarnya, banyak cerita sebenar tentang sejarah Malaysia telah digelapkan oleh pihak pemerintah kita sendiri. Kisah dan tragedi 13 Mei 1969 sebagai contoh banyak yang diselewengkan faktanya. Lihat sahaja sekarang ini apabila pihak kerajaan secara wewenang akan menakut-nakutkan rakyat tentang bahaya berulangnya tragedi ini. Sudahlah sejarah sebenar ditutup, rakyat pula diugut dan ditakutkan dengan peristiwa ini. Kaum Cina khususnya telah menjadi mangsa ugutan pihak kerajaan apabila bercakap soal peristiwa ini. Mereka diingatkan agar tidak mengundi pihak lain di dalam pilihanraya kerana 13 Mei pasti akan berulang dengan tindakan sedemikian. Buku bertajuk "May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969" oleh Dr Kua Kia Soong dari Suaram cukup bagus untuk kita baca dan mendapat gambaran dari perspektif yang lain daripada apa yang kita dengar daripada teks rasmi Sejarah Malaysia.
Rakyat Malaysia harus rajin membaca dan membuat analisa atas setiap apa yang mereka dengar saban hari. Jangan hanya menerima berita dan khabar daripada sebelah pihak sahaja kerana ianya akan menimbulkan perasaan berat sebelah dan syak wasangka. Rajin-rajinlah menelaah sejarah lampau daripada pelbagai kacamata yang wujud pada ketika ianya berlaku. Mudah-mudahan kita menjadi warganegara yang lebih celik akan hak dan tangungjawab sendiri.
-------------------------------------------
Melalui Lajnah Perpaduan Nasional, pemuda PAS akan terus cuba mendekati pelbagai golongan yang ada dalam negara ini. Mungkin menjadi satu perkara yang agak janggal dengan pendekatan yang dilakukan oleh LPN tetapi kami yakin bahawa dengan pendekatan seperti ini akan memudahkan golongan lain untuk memahami PAS yang sebenarnya.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DPPP.
Kebangkitan Rakyat Telah Mula Dirasai, Segera Sedarkan Mereka Yang Masih Lena.
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/28/2007 01:51:00 AM | 0 Pandangan »“Sekarang semua orang sudah tidak senang, sana-sini orang marah-marah, tengok semalam ‘lawyer’ pun sudah marah-marah” kata beliau.
Beliau merujuk kepada lebih 1,000 peguam telah berarak dari Istana Keadilan ke Jabatan Perdana Menteri bagi mendesak Perdana Menteri agar menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal klip video VK Lingam.
Begitulah pekanya masyarakat khususnya daripada masyarakat Cina terhadap perkembangan negara.
Sebentar tadi saya singgah di sebuah kedai makan di Bandar Simpang Renggam, Johor. Ketika itu televisyen sedang menayangkan rancangan gusti yang menarik minat pengunjung-pengunjung yang sedang menjamu selera. Saya sempat menyapa seorang lelaki melayu yang agak berumur yang terlalu bersungguh memberikan komentar terhadap perlawanan tersebut.
Dalam perbualan ringkas tersebut saya cuba bertanya kepada beliau tentang tindakan ribuan peguam yang menyerahkan memorandum kepada PM tentang isu klip video Linggam. Lelaki tersebut tercengang lalu berkata,
“Betul ke? Saya dengar-dengar jugak tapi semua kerja pembangkang la tu. Suka sangat cari masalah” sambil memandang saya dengan wajah yang penuh sangsi.
Dua pernyataan di atas bukanlah membayangkan realiti yang sebenarnya berlaku kepada masyarakat kita tapi begitulah yang selalunya berlaku. Masyarakat Melayu menjadi mangsa kepada pemimpin-pemimpin mereka yang mahu menyorokkan keadaan yang sebenar berlaku disekeliling mereka.
Dalam lawatan kerja Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (LPN DPPP) ke sebuah syarikat media cetak berbahasa Cina baru-baru ini di Kuala Lumpur, wakil media tersebut bertanya kepada saya tentang berita yang dilaporkan dalam media dalam negara sama ada telus ataupun tidak.
Saya menyatakan bahawa media arus perdana berbahasa melayu seringkali menutup segala kebenaran berita yang berlaku melainkan sekiranya berita tersebut memberikan impak yang positif kepada pemerintah maka ia akan di’highlight’kan malah ditokoh-tambah agar ianya akan menampakkan kebaikan parti pemerintah dan parti pembangkang yang lain akan diburuk-burukkan.
Saya memberikan contoh yang terbaik kepada beliau bagaimana peristiwa berdarah di Batu Buruk yang tidak dilaporkan dengan telus sehingga PAS dianggap pencetus kepada keganasan.
Terkini, lihatlah bagaimana peranan yang dimainkan oleh pemimpin UMNO khususnya dalam isu perarakan peguam-peguam kelmarin. Pertamanya berkaitan usaha untuk menyekat maklumat untuk disebarkan.
Agak memaranjatkan apabila media massa khususnya media bahasa melayu dengan beraninya membuat liputan terhadap perarakan dan penyerahan memorandum tersebut dan ianya disiarkan dengan penuh tanggungjawab. Persoalan timbul, adakah media dalam negara ini sudahpun mula berani seperti mana yang diamalkan oleh media bahasa yang lain?
Dalam laporan Malaysiakini.com berkaitan dengan isu penyiaran berita perarakan tersebut, difahamkan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada editor media cetak supaya berita tersebut tidak disiarkan dimuka hadapan atau muka belakang akhbar-akhbar tetapi pada muka empat dan seterusnya. Itupun, banyak lagi laporan tidak dapat disebarkan kepada masyarakat seperti sekatan terhadap bas yang membawa penumpang untuk ke Putrajaya.
Bermakna, usaha untuk mengelakkan berita ini diketahui oleh rakyat masih tetap dilakukan oleh pemerintah. Tidak mustahil selepas daripada ini, pelbagai arahan akan dikenakan kepada media agar berita ini ‘dilenyapkan’ dalam keluarkan seterusnya.
Keduanya, pemimpin pemerintah khususnya pemimpin UMNO sedaya upaya untuk mengakui bahawa tiada krisis yang melanda badan kehakiman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz bukan sahaja berkata tidak ada krisis dalam badan kehakiman sebaliknya beliau mendakwa berlaku krisis dalam badan kehakiman adalah perbuatan parti-parti pembangkang yang ingin mempengaruhi rakyat supaya hilang keyakinan terhadap badan tersebut.
Inilah mentaliti pemimpin yang dilantik rakyat untuk memerintah negara. Maka tidaklah memeranjatkan kalau lelaki melayu yang agak berumur tadi memberikan jawapan yang hampir serupa dengan pemimpinnya.
Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada Majlis Peguam Malaysia yang berani memperjuangkan hak dan keadilan dan mendesak mendesak penubuhan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video tersebut.
Hanya dengan penubuhan sebuah suruhanjaya diraja yang di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman negara yang sudah lama diperlekehkan.
KUIH BULAN TERUS DIEDAR
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/26/2007 12:19:00 PM | 0 Pandangan »Kuih bulan juga diminati oleh kaum melayu, penghasilan kuih bulan HALAL memudahkan mereka untuk menikmatinya.
-------------------------------------------------
Azamin Amin Foto Nasir Sudin Wed Sep 26, 07 9:19:19 am MYT
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - "Saya akan mengadap Tuanku Sultan Perak yang merupakan Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Malaysia dan akan majukan memorandum ini kepada baginda sewaktu pre-council Mesyuarat Majlis Raja-Raja Malaysia nanti."
Demikian janji yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Dato' Ibrahim Engku Ngah sewaktu bertemu rombongan Pemuda PAS Pusat yang hadir ke pejabat beliau semalam bagi menyampaikan memorandum berkaitan pelantikan Tan Sri Dato' Zaki Tun Azmi yang penuh kontroversi sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.
Rombongan Pemuda itu diketuai oleh Ketua Pemudanya Salahuddin Ayub, Timbalannya Ustaz Nasruddin Tantawi, Setiausaha Pemuda Sabkly Latif dan beberapa AJK dan pimpinan pemuda yang lain dan turut hadir sama mengiringi Engku Ibrahim ialah Penolong Setiausaha Dato' Sabtu Awab.
Pelantikan Zaki sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sangat kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak termasuk pengamal undang-undang, kata Salahuddin ketika satu sidang media yang diadakan di ruang legar pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
"Lantikan secara terus Zaki yang merupakan seorang peguam menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan yang mana mahkamah tertinggi ini mengundang pelbagai persoalan kepada sistem kehakiman negara ini.
"Merujuk kepada amalan biasa pelantikan biasanya dibuat berdasarkan kepada hakim-hakim ini akan melalui proses pelantikan dari Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan seterusnya menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Sebelum ini, beliau telah membawa usul di Parlimen bagi membahaskan pelantikan Zaki Tun Azmi itu namun ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib.
Salahuddin berkata beliau pernah menyemak rekod-reokd prosedur pelantikan hakim di negara-negara Komanwel dan tidak pernah berlaku sebagaimana yang terjadi di Malaysia ini, malah dianggap adalah sesuatu yang luar biasa dan memeranjatkan banyak pihak.
Tambahan pula katanya umum mengetahui beliau adalah pemegang jawatan penting dalam Umno, kata Salahuddin dan dikhuatiri pelantikan beliau ini akan mewujudkan 'trend' yang kurang baik dalam amalan kehakiman di negara ini.
"Kita hantar memorandum ini supaya Majlis Raja-raja membincangkan semula pelantikan beliau yang dilihat boleh menjatuhkan kredibiliti dan integriti badan kehakiman di negara ini," katanya kepada para pemberita yang hadir di sidang media itu.
Peguam terkemuka, Tan Sri Zaki Azmi menjadi orang pertama yang dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, dan tidak mengikuti urutan kebiasaannya di mana seseorang itu terlebih dahulu dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Zaki mempunyai rekod 'yang masih segar' terlibat dengan perbagai syarikat korporat, firma guaman, parti politik malah juga masih segar dalam melakukan kesalahan secara sedar melanggar undang-undang dalam perkahwinan beliau.
Beliau juga pernah dilantik menganggotai Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis pada 2004. Zaki juga merupakan Penasihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Majlis Sukan Negara.
Zaki juga pernah menjadi pengerusi jawatankuasa disiplin Umno, setiausaha jawatankuasa pemilihan Umno dan timbalan pengerusi lembaga rayuan disiplin Umno.
Kontroversi perceraian
LAWATAN KERJA KE MEDIA BERBAHASA CINA DI JOHOR
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/26/2007 09:53:00 AM | 0 Pandangan »Pertemuan Muhibbah Dengan Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa & Pustaka
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/25/2007 11:51:00 PM | 0 Pandangan »LAWATAN MUHIBBAH KE ORIENTAL DAILY SDN BHD
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/25/2007 11:37:00 PM | 0 Pandangan »"PAS for All": Pemuda PAS edar kuih bulan di Rumah Orang Tua Ampang
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/25/2007 11:28:00 PM | 0 Pandangan »Rombongan yang diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Tantawi dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil disambut baik oleh penghuni-penghuni yang terdiri daripada warga emas berusia 60 tahun ke atas.
Pada masa yang sama mereka turut mengedarkan buletin 'Rhe Min She She' iaitu buletin berbahasa Cina terbitan LPN.
Ustaz Nasaruddin yang ditemui selepas mengedarkan kuih bulan tersebut, menyatakan langkah ini bersesuaian dengan slogan 'PAS For All' yang dilancarkan baru-baru ini, selain membentuk persepsi yang positif masyarakat bukan Islam terhadap perjuangan PAS.
Justeru katanya aktiviti mengedarkan kuih bulan ini akan dijadikan aktiviti tahunan LPN.
Dalam pada itu, jelas Khairul Faizi, sebelum ini, pengedaran kuih bulan dianjurkan oleh LPN PAS Pusat. Manakala tahun ini, LPN Pemuda PAS Pusat, selain mengedarkan di peringkat pusat, mereka juga mengambil inisiatif mngedarkan di peringkat negeri di mana sasaran mereka ialah di pejabat-pejabat akhbar berbahasa Cina.
"Pengedaran kuih bulan ini telah menjadi agenda untuk kita merapatkan hubungan dengan masyarakat Cina," jelasnya.
Sementara itu, Setiausaha Rumah Orang Tua Ampang, Chea Soon Seong menyatakan sukacita dengan kunjungan PAS. Tambahan pula, pemberian kuih bulan memang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan warga emas setiap tahun.
"Mereka memang sungguh seronok apabila ada individu atau kumpulan yang menghulurkan kuih bulan untuk mereka. Memperolehi kuih bulan seolah-olah mereka menyambut 'bulan yang sudah tiba', katanya yang mengharapkan kunjungan seperti ini akan diteruskan pada tahun akan datang.
Rumah orang Tua Ampang yang terletak di Jalan Merdeka Kampung Bahru, Ampang telah dibina kira-kira 60 tahun yang lalu atas ihsan orang ramai. Kebanyakan penghuninya terdiri daripada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas, yang tidak mempunyai keluarga serta sanak saudara. - mns
KENYATAAN MEDIA DPPN JOHOR
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/25/2007 04:30:00 AM | 0 Pandangan »Kempen yang dijangka akan disambut oleh tiga juta ahli gabungan kedua-dua kesatuan ini bertujuan untuk mengembalikan hak pengguna dalam menentukan harga barang serta menundukkan kuasa pembekal dan peniaga menjelang musim perayaan.
Ahli kedua-dua pertubuhan itu disarankan tidak ke pasar selama dua hari dalam seminggu bagi menyokong langkah tersebut kerana ianya akan memberikan kesan yang besar terhadap peniaga dan pembekal barangan keperluan.
Presiden CUEPACS, Omar Osman bersama dengan Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud telah bersama-sama dalam kempen Boikot Harga Barangan Keperluan di Plaza Tol Sungai Besi arah Seremban telah menyebarkan sebanyak 30 ribu risalah kepada pengguna.
Kempen ini telah mendapat sokongan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd. Shafie Apdal walaupun beliau tidak dapat menyertai kempen tersebut walaupun telah dijemput oleh kesatuan-kesatuan tersebut. Beliau mengingatkan agar orang ramai tidak memboikot semua peniaga kerana ia secara langsung akan memberi kesan tidak baik kepada ekonomi negara tetapi hanya memboikot peniaga yang menaikan harga barangan.
Sebelum itu, Presiden CUEPACS telahpun membuat kenyataan supaya penguna memboikot membeli ayam sebagai tanda protes terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan sewenang-wenangnya harga siling ayam menjelang musim perayaan.
Sebelum daripada bermulanya bulan Ramadhan, kebimbangan penguna bahawa pesta menaikan harga barang akan bermula. Pengumuman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai pemantauan harga 17 jenis barang kawalan sebenarnya bukan melegakan pengguna tetapi menambahkan kebimbangan bahawa harga barangan ini akan dinaikkan oleh pembekal dan peniaga.
Bermula dengan pengumuman kerajaan pada 21 Mei 2007 bahawa akan berlakunya kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus berkuatkuasa 1 Julai 2007, Gesaan agar KPDNHEP terus mengadakan pemantauan terhadap kenaikan harga barang kerana kebimbangan tersebut adalah berasaskan kepada pengalaman terdahulu dan dilihat seperti memberikan impak yang baik kepada pengguna.
Namun, sikap pemantauan bermusim yang cukup sinonim dengan KPDNHEP berterusan ditambah lagi dengan pelbagai isu yang melanda seperti masalah disiplin pelajar, masalah cuti bersalin, kemalangan jalan raya membabitkan bas ekspres di Bukit Gantang Perak, kehilangan Nurin Jazlin dan masalah keselamatan yang menimpa negeri Johor serta seluruh negara telah melenyapkan seketika isu kenaikan dan pemantauan harga barangan.
Apabila hampir tiba bulan Ramadhan barulah usaha untuk memantau harga barangan dipergiatkan semula sedangkan sebelum daripada Ramadan lagi terdapat barangan kawalan telahpun dinaikan harga.
DPPNJ menyokong kempen yang dilancarkan oleh gabungan kesatuan ini tetapi tindakan susulan yang proaktif mestilah disusun dengan lebih baik agar ianya memberikan kesan kepada peniaga-peniaga yang masih berdegil untuk menaikkan harga barang.
Kempen kesedaran kepada pengguna mestilah berterusan agar mereka memahami kenapa kempen untuk tidak ke pasar basah selama 2 hari seminggu dilancarkan.
DPPNJ juga ingin mempertegaskan bahawa ketidakmampuan untuk mengawal kenaikan harga barangan kawalan dan bukan kawalan menambahkan lagi episod kelemahan dan kegagalan kerajaan yang memerintah ketika ini.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Pengerusi Lajnah Penguna & Alam Sekitar PAS Johor
http://dppnjohor.blogspot.com/
25 September 2007
KENYATAAN MEDIA DP PUSAT
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/25/2007 01:51:00 AM | 0 Pandangan »Kami melihat kelangsungan tradisi campurtangan yang langsung dan serius daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berterusan pada tahun ini dengan menghantar staf-staf khusus dengan misi memenangkan kumpulan ASPIRASI dalam pilihanraya kampus yang akan datang. Ternyata KPT dibawah Dato’ Mustafa Mohamad langsung tidak berminat untuk melihat para mahasiswa menunaikan hak mereka untuk memilih dan dipilih dalam pilihanraya kampus yang datang secara bebas dan adil. Kai melihat Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) yang ditugaskan sebagai SPR bagi pilihanraya kampus langsung tidak mempunyai kredbiliti untuk mengendalikan pilihanraya kampus. Para pegawai tertinggi HEP terbukti telah diprogramkan sebagai salah satu faktor memenangkan kumpulan ASPIRASI melalui siri pertemuan dengan Menteri dan Setiausaha Parlimen KPT dan dihadiri wakil tetap daripada UMNO. Bahkan berdasarkan laporan-laporan pilihanraya kampus yang lepas para pegawai HEP secara terang-terangan membuli kelompok mahasiswa bukan ASPIRASI dengan pelbagai sekatan yang tidak demokratik.
Justeru, kami menuntut agar jawatankuasa bebas pemantauan pilihanraya kampus ditubuhkan terdiri daripada wakil Persatuan Kakitangan Akademik Universiti (PKAU) untuk memantau perjalanan pilihanraya kampus yang akan datang. DPPP juga menuntut agar pihak SUHAKAM dibenarkan untuk mengawasi perjalanan pilihanraya kampus pada kali ini bagi memastikan wujudnya sedikit unsur ‘semak dan imbang’ dalam perlaksanaan pilihanraya kampus di seluruh negara.
HJ. NASRUDIN BIN HASSAN at TANTAWI
ANGKASAWAN PERTAMA MALAYSIA
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/25/2007 01:05:00 AM | 0 Pandangan »Sheikh Muszaphar dan seorang lagi calon angkasawan Malaysia, Dr Faiz Khaleed, 27, telah menjalani latihan di Russia apabila negara itu bersetuju menghantar seorang rakyat Malaysia ke ISS sebagai sebahagian daripada pembelian 18 jet pejuang Sukhoi 30-MKM bernilai RM3.4 bilion buatan Russia oleh Malaysia. Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz dipilih daripada sejumlah 11,275 calon sejak Agensi Angkasa Negara Malaysia (Angkasa) memulakan kempen saringan untuk program itu pada 2003.
Semoga Berjaya!
MEMORANDUM PEMUDA PAS PUSAT KEPADA PBB
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/24/2007 11:26:00 PM | 0 Pandangan »BERITA TENTANG ALLAHYARHAM NURIN
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/24/2007 11:05:00 AM | 0 Pandangan »PENGGUNA TERUS TERHIMPIT
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/24/2007 10:40:00 AM | 0 Pandangan »KESUNGGUHAN SOLAT DI TEMPAT ORANG
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/24/2007 10:23:00 AM | 0 Pandangan »SAJAK UNTUK ALLAHYARHAM NURIN JAZLIN JAZIMIN
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/22/2007 10:36:00 AM | 0 Pandangan »Ketika saya menghantarkan ucapan takziah kepada keluarga Nurin Jazlin (http://nurinjazlin.blogspot.com/) saya terjumpa dengan sajak yang indah ini. Sama-sama kita hayati...
DI LANGIT CINTA