ANGKASAWAN PERTAMA MALAYSIA

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/25/2007 01:05:00 AM | 0 Pandangan »

Penantian untuk mengetahui siapakah yang akan menjadi angkasan pertama daripada rakyat Malaysia yang akan ke angkasa lepas terjawab sudah. Tahniah kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor kerana terpilih sebagai angkasawan pertama Malaysia yang akan berlepas ke stesen angkasa antarabangsa (ISS) dengan kapal angkasa Russia Soyuz pada 10 Oktober depan.

Sheikh Muszaphar dan seorang lagi calon angkasawan Malaysia, Dr Faiz Khaleed, 27, telah menjalani latihan di Russia apabila negara itu bersetuju menghantar seorang rakyat Malaysia ke ISS sebagai sebahagian daripada pembelian 18 jet pejuang Sukhoi 30-MKM bernilai RM3.4 bilion buatan Russia oleh Malaysia. Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz dipilih daripada sejumlah 11,275 calon sejak Agensi Angkasa Negara Malaysia (Angkasa) memulakan kempen saringan untuk program itu pada 2003.
Semoga Berjaya!

0 Pandangan