Al-Fatihah Buat Allahyarham Nurin Jazlin

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/21/2007 11:06:00 AM | 0 Pandangan »

Sukar untuk diucapkan tetapi akhirnya Nurin Jazlin yang hilang sejak sebulan yang lalu ditemui mati dalam keadaan yang sunggup menyayatkan hati.
Petang semalam apabila saya mendengar berita ini dalam radio, terasa semacam tidak percaya bahawa anak kecil yang dijumpai dalam beg sampah baru-baru ini adalah adik Nurin Jazlin.
Orang pertama yang saya hubungi untuk memaklumkan berita ini adalah kawan baik saya yang bernama Nurin di utara semenanjung.
Tak sabar rasanya untuk mendengar berita tangkapan terhadap penculik dan pembunuh Nurin Jazlin.
Semoga keluarga Nurin Jazlin terus tabah dan bersabar. Al-Fatihah...






0 Pandangan