Masa Depan Pak Lah & UMNO Terus Malap

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 3/27/2008 07:45:00 AM | 3 Pandangan »

Dalam suasana muram politik UMNO/BN setelah menghadapi pilihanraya umum terburuk dalam sejarah mereka, pelbagai isu yang berlaku berterusan menikam UMNO/BN daripada pelbagai arah.

UMNO yang menjadi tunjang kekuatan BN selama ini sedang menghadapi krisis yang cukup hebat. Sebagai contoh mudah, Datuk Mukhriz Mahathir telah m
enghantar
surat kepada Pak Lah menuntut beliau berudur daripada takhta Perdana Menteri. Pak Lah dengan tegasnya menyerahkan kes Mukhriz kepada Pemuda UMNO Malaysia dengan harapan Pemuda UMNO akan mengajar Mukhriz yang biadap terhadap Pak Lah. Sebaliknya, Pemuda UMNO membuat keputusan bahawa bukan sahaja Mukhriz tidak dikenakan apa-apa tindakan malah kes ini diserahkan semula kepada Presiden UMNO, beliaulah yang sepatutnya mengambil tindakan terhadap Mukhriz. Sehingga ke hari ini Pak Lah masih belum mengambil apa-apa keputusan terhadap isu ini.

Tiba-tiba isu pemilihan parti yang sepatutnya dilalui oleh UMNO pada tahun ini akan ditangguhkan kerana ramai rakyat pada hari ini
berfikiran tidak waras, kata Tan Sri Muhammad Mohd Taib. Mat Taib mendakwa dalam pertemuan dengan Perhubungan UMNO negeri-negeri dengan Pak Lah telah mencadangkan agar pemilihan parti ditangguhkan atas pelbagai alasan. Namun, dakwaan Mat Taib ini telah ditepis oleh Pengerusi UMNO Negeri Sembilan yang masih mahukan pemilihan parti diteruskan. Pemuda UMNO dan Puteri UMNO juga bersetuju agar pemilihan parti diteruskan.

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang sebelum ini cukup kebal untuk tidak dipertandingkan mula mendapat pandangan daripada pimpinan UMNO agar ianya dibuka semula untuk pertandingan dan kuota pencalonan dihapuskan.

Perlantikan
Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Trengganu yang baru cukup mencalar kewibawaan Pak Lah. Pada mulanya Pak Lah mendakwa bahawa perlantikan Datuk Ahmad Said tidak mengikut perlembagaan namun kenyataan ini telah dperdebatkan. Calon MB Trengganu yang dicadangkan oleh Pak Lah ditolak istana sehingga timbul isu penyokong UMNO di Trengganu menaikan kain rentang dengan tulisan “Kami Nak Idris, Nantang” dalam demonstrasi dihadapan kediaman rasmi MB Trennganu. Protes ini dilakukan kerana Sultan telah melantik Datuk Ahmad Said sebagai MB Trengganu bukannya Datuk Idris Jusoh.

Krisis ini juga telah
retakkan hubungan di antara UMNO dengan istana. Agak mengejutkan kerana sultan-sultan telah mula berani membuat keputusan tanpa terikat dengan kehendak daripada pemimpin UMNO.

Kemelut dalam UMNO juga telah dilihat oleh Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li sebagai amarah rakyat yang cukup berat dan mencadangkan agar Umno menganjurkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membincangkan kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya 8 Mac. Cadangan Kuli ini telah mendapat banyak sokongan termasuklah daripada
Tun Dr Mahathir.

Ahli Parlimen Kangar
Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad pula telah melepaskan jawatan setiausaha agung Umno dan BN susulan penggugurannya daripada kabinet manakala ramai dikalangan Menteri daripada UMNO digugurkan termasuklah Datuk Seri Rafidah Aziz, wakil Kuala Kangsar. Pengguguran mereka daripada kabinet telah mencetuskan suasana tidak senang dalam UMNO apabila terdapat dakwaan bahawa Pak Lah mengetepikan orang lama ini kerana mereka bukan daripada kem Pak Lah tetapi penyokong Datuk Najib Razak.

Paling terbaru, Datuk Abdul Ghapur Salleh telah
meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Walaupun sebab-sebab perletakkan jawatan tidak diumumkan tetapi ia mengambarkan betapa ketidak keyakinan pemimpin BN terhadap masa depan mereka di bawah tampok pemerintahan Pak Lah. Sebelum itu Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, menolak jawatan timbalan menteri pengangkutan dan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, menolak jawatan Timbalan Menteri Luar.

Kemelut politik dalaman UMNO semakin meruncing dan sudah pasti hanya menanti untuk terbelah. Perpecahan dan perbalahan ini mungkin berpunca daripada kelemahan Pak Lah dalam mencaturi masa depan UMNO dan mungkin juga sememangnya UMNO sudah tidak relevan lagi dalam arus perdana politik negara.

Kemelut ini sebenarnya menjadi peluang untuk kita memberikan kesedaran kepada penyokong UMNO khususnya di peringkat bawahan untuk berhijrah kepada kita.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam
27 Mac 2008, 9.14 pagi
http://minda-kembara.blogspot.com/

3 Pandangan

  1. Unknown // March 27, 2008 at 10:01 AM  

    bagus perjuangan saudara ni. yang saya suka cara saudara ni sebab tak nampak over sgt. bukan tak suka dgn cara pakai serban, takbir dan sebagainya. tapi sebagai generasi muda saya rasa lebih selesa berdamping dengan org yg sempoi dan beriman. islam bukan diukur pada pakaian sahaja.

    imej berserban dan berjubah kadang2 menakutkan org bukan islam untuk menghampiri kita. this is global world.

    atas kesempatan ini jugak saya ingin memohon jasa baik saudara untuk kongsikan blog yang saya buat mengenai wpi. harap dapat tolong saya hebahkan demi kebaikan bersama. tiada lagi medium yg boleh saya kongsikan tentang wpi ni:

    http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com

    terima kasih

  2. Edyes // March 27, 2008 at 10:47 AM  

    exchange?

    http://edyesdotcom.blogspot.com/

    TQ

  3. Hasbullah Pit // March 27, 2008 at 10:50 AM  

    Blog saudara menarik dan penuh dengan originaliti
    maka saya masukkan blog saudara ke Beras Padu.
    http://taman-pitis.blogsite.org

    Sudi-sudikanlah menambahkan pautan ke blog saya http://sebolku.blogspot.com