Saya telah berceramah bersama Ust Nik Abduh Bin Nik Mat di Kampung Lurah, Kempas malam tadi. Memandangkan kawasan tersebut adalah merupakan kawasan baru untuk PAS mengadakan ceramah maka saya hanya menyentuh dua perkara sahaja dalam tempoh sejam.
.
Pertamanya, saya menceritakan sejarah sejak penubuhan PAS di Malaysia dan di Johor. Saya memberikan gambaran bagaimana PAS yang telah ditubuhkan pada tahun 1954 telah mengalami zaman peningkatan dan zaman kejatuhan.
.
Keduanya, saya menyampaikan berita mengenai Pulau Batu Putih yang sangat-sangat dinantikan oleh para hadirin. Nampaknya, sambutan sangat baik kerana masing-masing masih kabur dengan perkara ini.
.
Tetapi, yang paling mengejutkan para hadirin adalah apabila melihat sekeping surat dalam tayangan slide yang membuktikan bahawa kerajaan Johor tidak mengakui bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Malaysia.
.
Surat ini telah menutup peluang Malaysia untuk memiliki Pulau Batu Putih.
.
Saya akan membuat ulasan panjang terhadap perkara ini, insya Allah.
Sumber :- http://almuslimin2.blogspot.com/2008/05/pulau-batu-putih-menjadi-milik-orang.html
yang aku nampak ada 2 faktor utama.
1. surat itu
2. soal seolah-olah kita taknak pulau itu.
ada kemalangan di sekitar situ, kita tak siasat, singapura yg siasat.
kita tak buat rondaan
bendera pun tak pacak.
Jadi kalau Pemuda PAS Johor nak pacak bendera kat pulau pisang, aku nak ikut.
Suruh BPR siasatlah orang yang tandatangan surat tu. Semua tu tak ada kena mengena dengan kerajaan yang ada sekarang. Benda tu dah lama berlaku. Sebelum merdeka lagi. Dah berapa orang Sultan, menteri besar atau penjajah yang terlibat. Masa merdeka dulu kenapa tak claim. Saya harap Pas biarkan sahaja pulau tu. Memanglah itu modal politik yang baik untuk Pas tapi takut pulak Pas dimalukan lagi. Pulau Pisang memang milik kita dan tak akan dapat diambil oleh Singapura. Kalau Pas nak, desaklah kerajaan supaya suruh Singapura keluar dari Pulau Pisang. Satu lagi, Kerajaan Rakyat harus pertahankan Pulau Pinang dan bukannya cakap pasal Pulau Batu Puteh.