Subsidi Diesel Bas Sekolah Perlu Ditambah

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/26/2008 02:39:00 AM | 1 Pandangan »

Saya sangat menyokong dengan permohonan Persatuan Bas Sekolah Johor Selatan agar KPDNHEP menambahkan subsidi diesel bagi perkhismatan bas sekolah.


Sebelum ini, saya pernah menerima aduan daripada seorang pemuda India yang mendakwa bahawa terdapat kes bas sekolah tidak mahu masuk ke kawasan ladang kerana masalah subsidi minyak diesel yang tidak mencukupi sehingga menyebabkan beberapa puluh murid tidak dapat ke sekolah disebabkan kekangan ini.

Saya menyarankan agar Persatuan BAS Sekolah dapat mengadakan sesi pertemuan dengan KPDNHEP dalam masa terdekat agar masalah ini dapat di atasi dengan segera.

KPDNHEP perlu melihat perkara ini dengan serius kerana kos penyelenggaraan bas sekolah juga semakin meningkat.

Pemuda PAS Johor bersedia bersemuka dengan persatuan-persatuan BAS sekolah untuk membantu menyelesaikan masalah seumpama ini.

-----------------------------------------------

Persatuan bas rayu tambah subsidi diesel - Utusan Online

JOHOR BAHRU 25 Mei - Persatuan Bas Sekolah Johor Selatan memohon agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menambah jumlah subsidi diesel bagi perkhidmatan bas sekolah.
Naib Pengerusi persatuan tersebut, Lee Sin Min berkata, permohonan tersebut bagi mengurangkan beban kos operasi ekoran kenaikan harga diesel di pasaran.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak bercadang untuk menaikkan tambang bas sekolah ekoran masalah itu.
"Buat masa kini, subsidi yang diberikan oleh kerajaan adalah 570 liter sahaja.
"Namun, kami berharap ia dapat ditambah kepada 1,200 liter bagi bas sekolah dengan muatan 30 hingga 45 murid, manakala untuk muatan murid seramai 45 hingga 60 orang dinaikkan kepada 2,500 liter," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia selepas selesai Mesyuarat Tahunan Kali Ke-42 Persatuan Bas Sekolah Johor Selatan di Hotel Mutiara di sini hari ini.
Mesyuarat yang dihadiri 200 ahli persatuan turut membincangkan rungutan dan keluhan ahli mengenai lesen bagi bas sekolah berusia lebih 20 tahun.
Mengenai perbincangan dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) beliau memberitahu, keputusan yang diterima nyata meresahkan pihaknya.
"Dalam perbincangan tersebut, LPKP telah membuat keputusan lesen bas sekolah berusia lebih 20 tahun perlu diperbaharui setiap tahun," katanya.
Tambahnya, alasan yang diberikan oleh LPKP bahawa usia bas sekolah itu sudah melebihi 20 tahun tidak wajar.
Ini kerana, jelasnya, semua bas sekolah tidak mengira usia perlu menjalani ujian pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sekali setiap enam bulan.
"Sekiranya pihak Puspakom meluluskan pemberian lesen baru bermakna bas berkenaan masih lagi dalam keadaan yang baik dan boleh beroperasi.
"Jadi, kami harap agar tempoh pemberian lesen bas berkenaan dijalankan seperti sebelumnya iaitu sehingga lima tahun," katanya lagi.

1 Pandangan

  1. Anonymous // May 27, 2008 at 9:08 AM  

    makan pisang jer lah kita jawabnya