Kenyataan Media Terhadap Masa Depan Pulau Pisang

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/26/2008 11:53:00 AM | 2 Pandangan »

Gambar diambil daripada Google Map menunjukkan Rumah Api Pulau Pisang Rumah Api Pulau Pisang, gambar diambil daripada laman web Light House Deport

KENYATAAN MEDIA
(26 Mei 2008, 20 Jamadil Awal 1429)
No Rujukan : PAS/DPP.12/2.07(05/08)

TAJUK :

PULAU PISANG BAKAL TERLEPAS KE TANGAN SINGAPURA JIKA MALAYSIA TIDAK BERTINDAK SEGERA

Saya telah membaca satu kenyataan daripada Utusan Online yang bertajuk “Bangunkan P. Pisang - Bagi menjamin status kedaulatan pulau milik Malaysia” yang disiarkan pada hari ini (26 Mei 2008).

Laporan berita ini telah menyentuh cadangan daripada Ahli Parlimen Pontian, YB Ahmad Maslan supaya kerajaan Malaysia supaya segera merangka program untuk membangunkan Pulau Pisang bagi menjamin status kedaulatan negara ke atas pulau tersebut berkekalan, selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Ahmad Maslan juga mencadangkan Kerajaan Malaysia mengkaji untuk mengambil alih pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura kerana pulau tersebut mempunyai persamaan dari segi sejarah dengan Pulau Batu Putih.

Ahmad Maslan bimbang Pulau Pisang akan mengalami nasib yang sama seperti Pulau Batu Putih yang membawa kepada satu lagi tuntutan bertindih kerana Pulau Pisang kini menempatkan rumah api yang diuruskan oleh pemerintah Singapura seperti mana yang mereka jalankan ke atas Pulau Batu Putih sejak sekian lama.

Pulau Pisang yang terletak kira-kira 15 kilometer daripada Pontian Kechil, Johor di Selat Melaka telah diserahkan kepada kerajaan British di Singapura pada tahun 1900 oleh Sultan Ibrahim. Di atas pulau ini telah dibina sebuah rumah api (lighthouse) di atas puncak tertinggi pulau tersebut setinggi 16 meter yang menjadi navigasi kepada laluan laut. Rumah api ini telah ditadbir oleh Jabatan Perlabuhan dan Maritim Singapura di atas perjanjian pada tahun 1900 tersebut.

Saya melihat bahawa persoalan yang perlu diberikan perhatian dalam mempertahankan Pulau Pisang menjadi hak milik kedaulatan Malaysia, kerajaan perlu segera mengadakan pertemuan dengan kerajaan Singapura kerana maklumat yang diperolehi oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menunjukkan bahawa masa depan Pulau Pisang lebih berpihak kepada Singapura :-

1.
Jabatan Laut Semenanjung Malaysia tidak menyenaraikan Rumah Api di Pulau Pisang sebagai salah satu daripada 14 Rumah Api yang dikawal selia oleh Malaysia
.
2. Laman web yang dikendalikan oleh University of North Carolina di Chapel Hill menyatakan bahawa Rumah Api Pulau dipunyai dan dikendalikan oleh kerajaan Singapura
.
3. Laman web Lighthouse Depot mengesahkan bahawa Pulau Pisang terletak di bawah kawasan persempadanan Malaysia namun Singapura berhak untuk mengurus selia kawasan tersebut selagi mana rumah api tersebut masih berada di sana.
.
4. Laman web Maritim and Prot Authority of Singapore (MPA) menunjukkan bahawa Singapura masih berterusan mengawal selia Rumah Api di Pulau Pisang.

DPPNJ mendesak kerajaan Malaysia bertindak segera terhadap perkara ini agar Pulau Pisang tidak akan terlepas ke tangan Singapura.

Kerajaan Malaysia perlu segera :-

1. Mengadakan perbincangan dua hala dengan kerajaan Singapura seterusnya mengambil alih kawalan rumah api di Pulau Pisang,
.
2. Memastikan bahawa tidak pernah berlaku perjanjian menyerahkan Pulau Pisang kepada Singapura seperti surat yang bertarikh 21 September 1953 yang menyebut bahawa Johor tidak mengesahkan bahawa Pulau Batu Putih menjadi milik Johor,
.
3. Menyegerakan aktiviti pembangunan dan kawal selia Pulau Pisang secara keseluruhannya memandangkan ketika ini Singapura hanya mempunyai hak untuk

Kerajaan Malaysia perlu segera menyelesaikan perkara ini kerana rakyat Malaysia sudah tentunya tidak mahu peristiwa yang menimpa Pulau Batu Putih terjadi lagi.

Sekian.

2 Pandangan

  1. Hasbullah Pit // May 26, 2008 at 3:43 PM  

    Kalau Singapura nak sangat urus Rumah Api tersebut,, suruh dia angkat rumah api itu bawa balik.

  2. Unknown // May 26, 2008 at 8:00 PM  

    Betul tu...