Ezam, Marilah Bersama PAS!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/26/2008 02:09:00 AM | 0 Pandangan »

Saya tidak berpeluang panjang untuk menulis tentang Ezam, cukuplah dengan kenyataan daripada YB Husam Musa untuk mempelawa Ezam menyertai PAS.

Ezam masih ada peluang untuk menentukan masa depan beliau dalam politik. PAS adalah wadah yang terbaik untuknya.

Beliau adalah tokoh yang cukup saya kagumi dalam era kepemudaan selain daripada YB Salahuddin Ayub yang telah saya kenal sejak daripada keterlibatan saya dengan Pemuda PAS Johor bermula tahun 1997.

Namun Ezam adalah tokoh muda yang saya cukup hormati dalam era reformasi.

Gunakanlah peluang yang hadir ini, mungkin ia akan hadir sekali dan sekali ini ia adalah sangat-sangat berharga.

Ya Allah, bukakanlah hatinya untuk bersama PAS, ameen...

-------------------------------------------

Husam ajak Ezam sertai PAS - Malaysiakini
May 25, 08 3:09pm


Naib presiden PAS mengundang bekas ketua Angkatan Muda PKR Mohamad Ezam Mohd Noor menyertai parti itu.

Datuk Husam Musa, yang mengakui rapat dengan Mohamad Ezam berkata, pelawaan itu kerana bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu belum lagi mengumumkan untuk menyertai Umno.

"Dia belum buat keputusan hanya media Umno yang buat bising. "Biarlah Ezam buat keputusan dulu. Mana tau esok dia masuk PAS," katanya, lapor Bernama.

Pas sedia terima Ezam - Utusan Online
KOTA BHARU 25 Mei - Pas turut sedia menerima bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ezam Mohd Noor sekiranya beliau memilih untuk menyertai parti tersebut.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, parti itu mengamalkan dasar yang terbuka dan menerima sesiapa sahaja untuk bersama-sama berjuang demi Islam.
Beliau yang mengakui rapat dengan Ezam bagaimanapun berkata, bekas pemimpin kanan PKR itu masih belum membuat sebarang keputusan dan perkara itu tidak wajar untuk dibincangkan.
"Ezam kawan baik saya, dia belum buat keputusan lagi hanya media UMNO sahaja yang buat bising, mana tahu esok dia sertai Pas.
"Kita terbuka, bukan saja Ezam, kalau Tun Dr. Mahathir Mohamad hendak masuk (Pas) pun kita nak buat macam mana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Menceburi Industri Gaharu di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan Ezam akan menyertai semula UMNO selepas keluar daripada parti yang diasaskan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR.

0 Pandangan