UMNO PUPUS!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/26/2008 01:06:00 PM | 0 Pandangan »

Umno pupus tahun 2013 jika Abdullah masih PM - Sanusi Junid
Azamin Amin Mon May 26, 08 9:25:40 am MYT

Eksklusif KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid mendakwa bahawa Umno bakal pupus dan lenyap pada tahun 2013 sekiranya tampuk pemerintahan negara masih dipegang oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menegaskan, kerana alasan itulah juga yang menyebabkan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bertindak keluar daripada Umno.

"Tun Mahatir tidak mahu lihat Umno ini hapus. Kalau macam sekarang, habis pilihan raya kita tengok macam mana perlantikan menterinya, kita lihat bahasa-bahasa yang digunakan dan komentar-komentar mereka.

"Jika ianya berlanjutan, pada tahun 2013, Umno akan pupus," katanya kepada Harakah dalam wawancara eksklusif dengan beliau di kediamannya dekat sini petang semalam.

Di tanya alasan beliau yang turut mengisyhtiharkan diri keluar parti, Sanusi berkata, tidak ada faedahnya beliau terus dalam Umno, jika tidak ada menampakkan sebarang perubahan bahkan beliau tidak sanggup berada dalam parti yang mencaci bekas pemimpinnya seperti Tun Mahathir.

"Kalau dia (Mahathir) tunggu dalam Umno dan tunggu sehingga 2013, maka dia adalah sebahagian daripada kemusnahan Umno dan dia adalah sebahagian daripada pemimpin yang tak mampu pertahankan Umno," kata Sanusi yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Menteri Besar Kedah.

Beliau menegaskan, lebih baik pihak lain (merujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah) yang menggalas tugas sebagai Perdana Menteri berbanding Abdullah kerana individu tersebut masih belum ada kepentingan keluarga dan peribadi.

Katanya, sudah terbukti dalil-dalil yang menunjukkan dasar kepimpinan Abdullah begitu lemah sehingga situasi terkini orang mula mempersoalkan Raja-raja Melayu dan Dasar Ekonomi Baru.

"Waktu Tun lantik itu sebab nampak dia baik, bersih. Itu tak salah Tun Mahahtir. Rakyat juga percaya di 'Mr Clean' sehingga 2004, kita menang rekod kemenangan manakala pada 2008 kita pegang rekod kekalahan pula.

"Masa menang 2004, dia kata faktor dia sahaja tetapi bila kalah 2008, dia kata bukan salah dia seorang. Kenapa dia tak mengaku pula?" kata Sanusi.

(Wawancara penuh Tan Sri Sanusi yang membicarakan soal masalah dalaman Umno, Faktor Anwar, PAS dan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat akan disiarkan di dalam Harakah akan datang pada Rabu 28 Mei ini)


Sanusi: Umno 'pupus' jika Abdullah kekal - Malaysiakini
May 26, 08 11:30am

Bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid meramalkan Umno akan mengalami "kepupusan" pada pilihanraya umum akan datang jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus memimpin parti itu.

Sanusi, yang keluar Umno bersama Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas, berkata kebimbangan itulah yang menyebabkan bekas presiden Umno itu meninggalkan parti. "Tun Mahatir tidak mahu lihat Umno ini hapus.

"Kalau macam sekarang, habis pilihanraya kita tengok macam mana pelantikan menterinya, kita lihat bahasa-bahasa yang digunakan dan komentar-komentar mereka.

"Jika ia berlanjutan, pada tahun 2013, Umno akan pupus," katanya, seperti laporan Harakahdaily.net hari ini.

Mengulas sebab beliau mengisyhtiharkan keluar parti, Sanusi berkata, tiada faedahnya terus kekal dalam Umno jika tidak menampakkan sebarang perubahan memulihkan kemerosotan Umno sejak pilihanraya umum lalu.

"Kalau dia (Mahathir) tunggu dalam Umno dan tunggu sehingga 2013, maka dia adalah sebahagian daripada kemusnahan Umno dan dia adalah sebahagian daripada pemimpin yang tak mampu pertahankan Umno," Sanusi dipetik sebagai berkata.

Beliau juga dilaporkan berkata lebih baik Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih tugas perdana menteri berbanding Abdullah kerana ahli parlimen Gua Musang masih belum ada kepentingan keluarga dan peribadi.

0 Pandangan