Kenyataan Maaf Diterima Dengan Hati Terbuka

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/02/2008 10:34:00 AM | 3 Pandangan »


KENYATAAN MEDIA
(2 Mei 2008, 25 Rabiul Akhir 1429)
No Rujukan : PAS/DPP.12/2.07(02/08)

TAJUK :

KENYATAAN MAAF BERNAMA DITERIMA DENGAN HATI YANG TERBUKA

Saya telah dihubungi oleh Encik Mohd Fisol Jaafar, Editor Bernama pada 1 Mei 2008 bagi menjelaskan keadaan sebenar bagaimana nama saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah dikaitkan dengan seorang pelajar kolej yang telah menyerahkan diri ke balai polis kerana telah membuat mesej ugutan terhadap Pengerusi DAP Kebangsaan, YB Encik Karpal Singh.

Beliau menyatakan bahawa wakil Bernama Johor telah membuat kesilapan dengan mengandaikan bahawa saya telah mengiringi pelajar tersebut sedangkan maklumat tersebut adalah tidak tepat sama sekali.

Beliau telah memaklumkan bahawa Bernama sangat kesal dengan perkara tersebut kerana ia secara tidak langsung mengeruhkan keadaan sedangkan pada hari yang sama, Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Bernama pada hari yang sama dengan laporan tersebut disiarkan.

Beliau juga berjanji bahawa Bernama akan menyiarkan berita untuk membetulkan kesilapan tersebut dan akan disiarkan di dalam laman web Bernama dan seterusnya akan dihantar kepada semua media cetak untuk memaklumkan kesilapan tersebut.

Berikut adalah kenyataan yang telah disiarkan oleh Bernama semalam :-

Ugut Bunuh Karpal: Ketua Pemuda PAS Johor Tidak Temani Penuntut Beri Keterangan Polis
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Ketua Pemuda PAS Johor Khairul Faizi Ahmad Kamil TIDAK menemani penuntut kolej ke Ibupejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan untuk memberikan keterangan berhubung ugutan bunuh terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh, seperti yang dilaporkan Bernama pada 28 April lepas.
Kesilapan itu adalah dikesali.

Saya juga telah memberikan beberapa pandangan kepada Encik Mohd Fisol termasuklah meminta agar Bernama akan lebih berhati-hati dalam membuat penyiaran berita pada masa akan datang agar peristiwa seperti yang berlaku terhadap saya tidak akan berulang lagi.
Maka dengan penyiaran makluman kesilapan Bernama ini, saya menerimanya pembetulan ini dengan hati yang terbuka.
Sekian.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://minda-kembara.blogspot.com/

Rujukan Berita :-

1.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=330132
2. http://www.malaysiakini.com/news/82215
3. http://www.malaysiakini.com/news/82178
4. http://www.malaysiakini.com/news/82080
5. http://www.malaysiakini.com/news/82068
6. http://minda-kembara.blogspot.com/2008/05/lanjutan-isu-mengaitkan-saya-mengiringi.html
7. http://minda-kembara.blogspot.com/2008/04/sidang-media-dewan-pemuda-pas-negeri.html
8. http://minda-kembara.blogspot.com/2008/04/lanjutan-isu-ugutan-bunuh-terhadap.html
9. http://minda-kembara.blogspot.com/2008/04/pembetulan-terhadap-berita-daripada.html

3 Pandangan

  1. Unknown // May 2, 2008 at 4:07 PM  

    Baguslah kalau demikian. Di dalam dunia politik kita akan sentiasa rasa orang cuba menjatuhkan kita. Tapi ianya tidak sentiasa begitu kerana kesilapan adakalanya akan terjadi kerana ignorance.

  2. abe MIE 'TERJAH' // May 4, 2008 at 12:58 AM  

    salam...

    kenapa tak teman budak hingus dalam PAS? Takut tak dapat undi india dan cina ke? masya allah... takut kat DAP daripada Allah..

    kalau ikut cara islam osama laden betul juga cara budak tu... yang saya hairan kenapa dia takut kat website budak tu?

    tengok

  3. abe MIE 'TERJAH' // May 4, 2008 at 12:59 AM  

    salam...

    kenapa tak teman budak hingus dalam PAS? Takut tak dapat undi india dan cina ke? masya allah... takut kat DAP daripada Allah..

    kalau ikut cara islam osama laden betul juga cara budak tu... yang saya hairan kenapa dia takut kat website budak tu?

    tengok cerita nie kat abe MIE website
    http://malaysialoni.blogspot.com