Lanjutan Isu Ugutan Bunuh Terhadap Karpal Singh.

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 4/29/2008 01:31:00 PM | 3 Pandangan »

EMAIL SAYA KEPADA MALAYSIAKINI.COM

Tue, 29 Apr 2008 13:31:31

Alhamdulillah,

Saya telah membaca dan meneliti maklumat yang disertakan dalam email ini dan saya mengucapkan terima kasih di atas tindakan segera yang diberikan oleh tuan dan Malaysiakini.com.

Saya juga akan membuat susulan kepada pengurusan Bernama untuk meminta penjelasan terhadap isu ini agar kekeliruan tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Segala kerjasama saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830

------------------------------------------------------------------------

SURAT DARIPADA MALAYSIAKINI.COM
Tue, 29 Apr 2008 12:17:32

Salam,

Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil,
E-mel dan penafian Sdr seperti di bawah dirujuk.
Untuk makluman Sdr, berita Malaysiakini.com semalam (28 April) diambil daripada teks asal berita agensi Bernama seperti yang kami lampirkan di bawah.

Malaysiakini.com akan menulis berita penafian Sdr itu hari ini (termasuk kenyataan Sdr yang dikirim di bawah), dengan menyatakan keadaan sebenar agar dapat memulihkan kekeliruan yang muncul.

Kami sangat mengalu-alukan reaksi pembaca, termasuk pemimpin-pemimpin politik seperti Sdr, terhadap sebarang perkembangan dan isu yang berbangkit.

Tindakan segera Sdr ini kami hargai.

Sekian, berbanyak-banyak terima kasih.

Yang benar,

Fathi Aris Omar
Pengarang berita Malaysiakini (edisi bahasa Melayu)

(Berikut teks lengkap berita Bernama yang menjadi rujukan Malaysiakini.com)

-----------------------------------------
KARPAL-HASUT/I

PELAJAR KOLEJ SERAH DIRI PADA POLIS BERHUBUNG DAKWAAN HASUT BUNUH KARPAL

JOHOR BAHARU, 28 April (Bernama) -- Seorang pelajar kolej berumur 19 tahunhari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhanpengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh dalam laman web PAS Johor.

Diiringi bapanya dan empat anggota Pemuda PAS Johor yang diketuai pemimpinnya Khairul Faizi Ahmad Kamil, pelajar lelaki itu tiba di ibu balaipolis Johor Baharu selatan pada pukul 1 tengah hari.

Selepas keterangannya direkodkan oleh polis, pelajar itu pergi ke pejabat naib pengerusi DAP Johor Norman Fernandez pada 4 petang.

"Semasa di pejabat saya, beliau menulis surat memohon maaf dan menyatakanrasa kesal kepada Karpal kerana memuatkan komen itu dalam laman web itu.

"Pelajar itu juga berjanji tidak akan memuatkan mesej seumpama itu lagi dimasa depan," kata Fernandez.

KARPAL-HASUT 2 (AKHIR) JOHOR BAHARU

Fernandez juga berkata pelajar itu, yang namanya dirahsiakan mengharap Karpal akan memaafkannya dan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Katanya DAP Johor akan bertemu Karpal esok untuk menyampaikan surat itu."Terserah kepada Karpal untuk membuat keputusan mengenai perkara itu,"katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC II Amer Awal semasa dihubungiberkata polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi ugutan jenayah.
Polis juga dijangka merekodkan kenyataan daripada beberapa orang lagi.

Dalam laporan polis pada Sabtu lepas di Pulau Pinang, Karpal mendakwa komenpengulas yang dikenali sebagai "Alif" dalam laman web PAS, berbaur ugutan bunuh.

Katanya komen itu mendakwa beliau (Karpal) telah menghina Islam dan"darahnya halal dibunuh." – BERNAMA

Pemuda PAS nafi terlibat kes ugut Karpal

Jimadie Shah Othman Apr 29, 08 11:37am

Ketua Pemuda PAS Johor menafikan beliau turut mengiringi seorang pelajar menyerah diri ke balai polis semalam berhubung isu ugutan bunuh terhadap pengerusi DAP Karpal Singh.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kluang pada jam 1 tengah hari sewaktu pelajar itu dilaporkan berbuat demikian.

"Saya tidak faham bagaimana saya telah dikaitkan dalam perkara ini bersama-sama dengan pemuda-pemuda PAS Johor," katanya hari ini.

Menurut agensi berita Bernama, yang dipetik Malaysiakini malam tadi, pelajar kolej berumur 19 tahun itu menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan ahli parlimen Bukit Gelugor dalam laman web PAS Johor.

Beliau yang dilaporkan diiringi bapanya dan empat anggota Pemuda PAS negeri yang diketuai Khairul Faizi tiba di ibu balai polis Johor Bahru selatan pada pukul 1 tengah hari.

Selepas keterangannya direkodkan oleh polis, lapor agensi berita itu lagi, pelajar itu pergi ke pejabat naib pengerusi DAP Johor Norman Fernandez pada 4 petang.

Khairul Faizi menambah, beliau "amat terkejut" apabila dikaitkan dengan isu kontroversi tersebut seperti diberitakan.

Dihubungi hari ini, Khairul Faizi berkata, Pemuda PAS negeri termasuk beliau tidak terlibat dalam laporan polis berhubung kes berkaitan. Ditanya pihak yang terlibat, beliau berkata "tidak tahu".

"Saya ada bertanya PAS negeri, tetapi PAS negeri juga tidak tahu-menahu tentang soal ini," katanya."Kemungkinan PAS (kawasan) Johor Bharu, kerana berita itu dimuatkan di laman web PAS kawasan tersebut.

"Manakala yang dipertua PAS kawasan itu Rosli Kemin ketika dihubungi berkata, pihaknya juga tidak terlibat ke balai polis Johor Bahru selatan untuk mengiringi pelajar tersebut menyerah diri kepada polis. Beliau menjelaskan, beliau bersama tiga pemimpin PAS kawasan menemui naib pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez.

"Saya bersama bendahari (PAS kawasan), ketua penerangan dan ahli jawatankuasa kawasan menemui Norman Fernandez," katanya lagi.Malaysiakini akan mendapat pandangan naib pengerusi DAP dalam masa terdekat.

3 Pandangan

  1. yatim // April 29, 2008 at 3:32 PM  

    Kalau apa yang saudara kata betul, tolong terangkan petikan bawah daripada blog Saudara Norman Fernandez.

    PAS and pemimpin PAS Johor mungkin belum sedar lagi reality sebenar dan cuba mutar belik isu ini.

    Saya benar-benar berharap PAS dapat keluarkan satu kenyataan berkenaan dengan isu tersebut oleh Saudara Norman Fernandez.

    "Minggu lalu, satu artikel Bahasa Inggeris yang membandingkan agama Islam dengan agama-agama bukan Islam dan secara khusus agama Kristian, Buddha dan Hindu telah dimuat papar dalam laman web PAS Johor Bahru.

    Saya telah menerima aduan daripada pihak awam berkenaan dengan artikel tersebut. Melayari laman web tersebut, saya mendapati bahawa aduan pihak awam adalah benar. Saya percaya tidak salah untuk pihak PAS meletakkan apa-apa artikel yang mengagungkan agama Islam ataupun bertujuan menegakkan syiar Islam tetapi adalah tidak sesuai untuk memuat pamer artikel yang rata-rata bertujuan dan berniat meremehkan, merendahkan dan menghina agama-agama lain.

    Saya telah terus memaklumkan kepada pimpinan PAS rasa ketidakpuasan saya terhadap tindakan pihak PAS memuat pamer artikel yang menghina agama-agama lain. Saya juga telah meminta agar artikel tersebut yang jelas telah di muat turun dari laman lain di keluarkan. Ini tidak dilakukan sehingga kontroversi mesej ‘darah Karpal halal dibunuh’.

    Belum isu ini reda, sekali lagi saya menerima panggilan talipon memaklumkan bahawa seorang lelaki telah meletakkan mesej dalam petilaung (shoutbox) laman web PAS Johor Bahru bahawa Karpal Singh telah menghina Islam serta darah Karpal halal dibunuh. Tergamak saya membaca mesej tersebut apatah lagi bila PAS-DAP-PKR kini bersama dalam Pakatan Rakyat.

    Sekali lagi saya telah memaklumkan kepada pimpinan PAS tentang mesej ini dan meminta untuk dikeluarkan serta merta. Namun mesej tersebut tidak dikeluarkan sehingga mesej tersebut mendapat perhatian umum dan media. Akhirnya Karpal Singh sendiri bertindak membuat lapuran polis."

  2. TOKY // April 29, 2008 at 5:49 PM  

    Karapal Tiu Nyiah Singh.....FUCK YOU!!!

  3. raspintar // May 1, 2008 at 6:34 PM  

    Berhati-hati apabila parti politik menjadi batu penghalang untuk sama-sama duduk semeja, bekerjasama, bergotong royong untuk membangunkan negara.

    Berhati-hati apabila pakaian kita -kemana jua kita pergi - memakai baju politik.

    Politiklah yang menyebabkan kita menggadaikan tanah dan air.

    Salam hormat dari saya.