Kita Semakin Tidak Selamat!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/24/2008 10:30:00 PM | 1 Pandangan »

Entahlah, semakin lama semakin tidak selamat nampaknya kita. Kes kehilangan kanak-kanak semakin menjadi-jadi dan kini sindiket jual beli bayi pula dibongkar di Johor.

Saya tertanya-tanya, di mana perginya slogan Selamat, Aman dan Makmur? Ketika kempen pilihanraya umum ke 12 dahulu, slogan ini cukup sinonim di kalangan pendokong dan penyokong UMNO/BN tetapi nampaknya slogan tersebut telah menyepi tanpa dipaksa oleh sesiapapun.

Ya Allah, selamatkanlah kami daripada segala mara bahaya yang tidak kami sanggup untuk menghadapinya.

--------------------------------------------------

Sindiket jual beli bayi dibongkar di Johor Bahru - UtusanOnline

24/05/2008 3:13pm

JOHOR BAHRU 24 Mei — Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibupejabat Polis Bukit Aman dan Kontinjen Johor berjaya membongkar satu sindiket jual beli bayi di sini pada hari Khamis lalu, dan menyelamatkan empat orang bayi berusia antara tujuh bulan dan setahun.

Polis turut menahan 14 wanita termasuk dua warganegara jiran dan sembilan lelaki termasuk seorang warganegara jiran berumur antara 20 dan 60 tahun, yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu.

Ketua JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor SAC II Amer Awal berkata semua mereka ditahan selepas JSJ Bukit Aman dan Johor menyerbu sebuah klinik swasta dan empat buah rumah di sekitar bandar raya Johor Baharu pada petang Khamis lepas, selepas mendapat maklumat orang ramai.

"Dalam serbuan ke atas empat rumah berkenaan, polis menemui tiga bayi lelaki dan seorang bayi perempuan berusia antara tujuh bulan dan setahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

1 Pandangan

  1. Mujahidah Fie Sabilillah // May 25, 2008 at 9:06 PM  

    ya benar, situasi juga lingkaran kita dewasa ini tidak terjamin lagi. satu-satu isu mahupun perkara dihuraikan, dan kesimpulannya kita tidak selamat kini. dengan pelbagai rentetan yang seakan virus kencang merebaknya.tak dapat disangkal lagi perkara ini tidak boleh dipandaang remeh oleh mereka-mereka yang berani melaung dan melontarkan slogan selamat aman dan makmur. ke manakah kalian menghilang? setakat meraih empati rakyat, dan akhirnya kalian selesa dan yang empati menjadi mangsa.

    moga mereka yang berkenan mengambil langkah juga inisiatif bagi menangani segala gejala mahupun kes ini.

    jangan sampai pelancong pun gentar nak melancong ke Malaysia...

    mungkin ada kebenarannya. fikirkanlah