Pemberian biasiswa kepada pelajar Melayu termaktub dalam perlembagaan
17/05/2008 6:17pm
.
17/05/2008 6:17pm
.
KUALA LUMPUR 17 Mei — Pelajar Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti yang diiktiraf, berhak mendapat biasiswa seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Pengerusi Institut Profesional Baitulmal (IPB) Tan Sri Hanafiah Ahmad.
.
.
Beliau berkata pemberian biasiswa pelajaran adalah antara hak keistimewaan bagi orang Melayu.
.
.
Pemberian pinjaman di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada pemberian biasiswa, katanya semasa berucap pada majlis konvokesyen ke-6 IPB di sini hari ini.
.
.
“Pinjaman PTPTN adalah untuk kemudahan semua rakyat Malaysia. Jika pinjaman ini menggantikan pemberian biasiswa untuk pelajar Melayu Bumiputera, maka hak keistimewaan orang Melayu telah diketepikan.
.
.
“Sekiranya ada pelajar Melayu bumiputera yang berjaya ke universiti tetapi tidak memperolehi biasiswa, bermakna perkara ini bertentangan dengan semangat dan hasrat yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai Hak Keistimewaan Orang Melayu,” katanya.
.
.
Pada sidang akhbar kemudiannya, Hanafiah berkata pandangan tersebut merupakan pandangan peribadi beliau semata-mata.
.
.
Menurutnya, hanya 30 peratus orang Melayu terlibat di dalam bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan dan perakaunan.
.
.
Pemberian biasiswa kepada mereka adalah bertujuan untuk menyeimbangkan bilangan orang Melayu di bidang tersebut, katanya.
.
.
“Oleh itu berilah kepada seberapa ramai pelajar Melayu terutama dalam kursus profesional,” katanya.
.
.
Pada konvokesyen itu yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, seramai 534 graduan menerima diploma melalui program usahasama dengan Universiti Teknologi Mara, Certified Accounting Technician dan London Chamber of Commerce and Industry International Qualifications.
.
.
— BERNAMA
0 Pandangan
Post a Comment