Media Sudah Berani?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/18/2008 11:31:00 AM | 0 Pandangan »

Saya telah membaca beberapa laporan berita dalam media pada hari ini bagaimana rasa kekesalan kerajaan terhadap media yang telahpun menyiarkan laporan Suruhanjaya Siasatan berkaitan dengan Klip Video VK Linggam sebelum sempat kabinet membuat apa-apa keputusan.

Memang bukanlah menjadi perkara yang agak pelik bagaimana media mampu menyiarkan laporan tersebut sebelum kabinet mengumumkannya kerana itulah kerja wartawan yang sudah pastinya mahukan sesuatu maklumat dengan lebih awal untuk dipaparkan kepada umum.

Lihatlah berita hari ini yang disiarkan oleh beberapa media terhadap kekesalan daripada pemimpin kerajaan;

Isu laporan video Lingam bocor - * Editor akan dipanggil

Isu laporan video Lingam bocor - * Jangan dahului Kabinet

S'jaya video: Akhbar boleh kena OSA

Saya bukannya ingin menyokong media-media yang menyiarkan laporan ini lebih awal daripada kabinet tetapi saya dapat merasakan bahawa media massa terutamanya media cetak sendiri sudah mula rasa hilang kepercayaan bahawa kabinet akan menyiarkan laporan tersebut.

Mungkin, sekiranya laporan awal tidak disiarkan oleh media, kerajaan tidak akan membuat keputusan seperti yang kita lihat pada hari ini.

Kalau sebelum ini media dijadikan alat kepada UMNO/BN untuk menghentam dan memburukan parti politik pembangkang , tapi dengan prestasi parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu maka media sudah tentu melihat bahawa mereka sudah tidak perlu takut untuk bersikap lebih bebas.

Apapun, kita tunggu dulu jawapan daripada para media yang akan dipanggil oleh pihak kerajaan nanti.
.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
18 Mei 2008, 11.33 pagi

0 Pandangan