Ramailah selepas ini pemimpin UMNO di pecat...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 4/06/2008 11:24:00 AM | 0 Pandangan »

Saya cukup tertarik dengan berita ini yang melibatkan Setiausaha UMNO Negeri Pahang yang berkemungkinan anak dipecat daripada UMNO kerana telah membuat kenyataan bahawa MT UMNO perlu meletakkan jawatan.
Nampaknya kebebasan bersuara untuk membetulkan kelemahan UMNO sememangnya disekat dan bukan sahaja disekat tetapi berkemungkinan akan dipecat daripada parti.

Tak sabar rasanya untuk menunggu keputusan kes Datuk Ahmad Tajuddin ni...


-------------------------------------------------


Ahmad Tajuddin belum terima surat pemecatan - Utusan Online


KUANTAN 5 April - Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, beliau belum menerima sebarang surat pemecatan ekoran kenyataannya semalam yang meminta semua ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO meletak jawatan.


Menurutnya, sehingga lewat petang ini, pihaknya masih menunggu keputusan daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung perkara tersebut.


''Saya tunggu sahaja apa keputusan yang dibuat Menteri Besar," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Semalam, Ahmad Tajuddin memberitahu, beliau akan dipecat setelah kenyataan lantangnya itu disiarkan dalam Utusan Online.


Dalam kenyataannya semalam, Ahmad Tajuddin berkata, langkah ahli-ahli MT UMNO meletak jawatan sejajar dengan Fasal 9.11 Perlembagaan UMNO iaitu jika semua ahli MT berhenti serentak Pengerusi Tetap atau timbalannya perlu mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula MT dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari.


Menurutnya, gesaan itu dilakukan berikutan kegagalan pucuk pimpinan parti dan ahli MT mempertahankan empat daripada lima negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya lalu.


Difahamkan, Adnan akan merujuk kes tersebut kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum sebarang tindakan diambil ke atas Ahmad Tajuddin berhubung kenyataannya itu.

0 Pandangan