Carilah Sebab Ahli UMNO Sabotaj kerusi UMNO

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 4/06/2008 02:56:00 PM | 0 Pandangan »

Saya baru terbaca dengan satu berita di dalam Malaysiakini bahawa ahli UMNO telah mensabotaj 14 kerusi Parlimen dan 22 kerusi DUN diseluruh negara dalam pilihanraya Umum baru-baru ini. Sabotaj daripada ahli UMNO ini telah menyebabkan BN telah kehilangan negeri Perak dan Kedah.

Begitulah maklumat yang disampaikan oleh Pak Lah terhadap kekalahan buruk yang dialami oleh UMNO/BN. Namun Pak Lah tidak pula menyebut tentang kenapa ahli UMNO berani bertindak untuk mensabotaj parti yang mereka sayangi.

Kepada ahli UMNO yang telah berani untuk mensabotaj UMNO, marilah bersama-sama PAS untuk kita meneruskan perjuangan yang suci ini.

-------------------------------------------------
Ahli Umno sabotaj 14 kerusi Parlimen, 22 DUN
Nash Rahman Apr 6, 08 1:40pm

Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, tewas di 14 kerusi Parlimen dan 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu kerana perbuatan sabotaj ahli Umno sendiri.
Ketika mendedahkan demikan, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, jika tidak, BN dapat mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, Barisan Nasional mendapat 140 kerusi parlimen - kurang lapan kerusi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, Umno tewas 31 kerusi parlimen apabila hanya mampu mempertahankan 78 daripada 109 kerusi parlimen yang dimenanginya pada 2004.
Menurut Abdullah lalu, jika tidak berlaku sabotaj oleh ahli-ahli Umno di 22 kerusi DUN tersebut, BN tidak akan kalah di Kedah dan Perak.
Menurutnya, semua kerusi parlimen dan DUN terbabit merupakan "kawasan putih" dan BN tidak menghadapi masalah untuk memenanginya, jika tidak berlaku perbuatan sabotaj tersebut.
Jalan siasatan
Sehubungan itu, katanya, pihak parti akan menjalan siasatan dan membuat laporan kepada jawatankuasa disiplin parti untuk diambil tindakan terhadap mereka yang terbabit melakukannya.
Abdullah memberi demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri mengadakan perjumpaan semua ketua penerangan bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibunegara hari ini.

Beliau bagaimana enggan mengulas lanjut apabila ditanya pemberita punca ahli-ahli parti itu bertindak mensabotaj hingga calon-calon Umno kalah di 14 kerusi Parlimen dan 22 kerusi DUN tersebut.

Sebaliknya, kata Abdullah, Umno akan menjalankan siasatan terperinci mengenainya untuk diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti.Dalam pilihanraya umum lalu, barisan pembangkang memenangi 21 kerusi, iaitu PAS (16, PKR (4) dan DAP (1).

BN Kedah hanya menang 14 kerusi DUN.Di Perak pula, barisan pembangkang menang 31 kerusi, iaitu (DAP (18), PKR (7) dan PAS (6). BN pula menang 28 kerusi.
BN juga tewas di Selangor dan Pulau Pinang. PAS pula berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi - daripada 22 kepada 38 kerusi DUN. PKR pula menang satu kerusi DUN.

BN ditolak
Berapa ketua penerangan yang ditemui selepas majlis tersebut, Abdullah bercakap hampir dua jam memberi penjelasan kepada mereka punca-punca prestasi buruk BN, khususnya Umno dalam pilihanraya umum lalu.

Seorang daripadanya yang tidak mahunya disebut berkata, Abdullah memberitahu mereka bahawa di kawasan yang mempunyai lebih 60 peratus pengundi Melayu, 63 peratus calon BN mencapai kemenangan.

Manakala di kawasan yang mempunyai majoriti lebih 60 peratus pengundi bukan Melayu, BN hanya mencapai kemenangan 19 peratus.

"Pada keseluruhannya, BN ditolak secara drastik di kawasan bukan Melayu," katanya lagi.

0 Pandangan