Pakatan Rakyat - Cari Titik Persamaan

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 4/05/2008 04:59:00 PM | 2 Pandangan »



DAP: Ingat punca BA retak - Malaysiakini
Fathi Aris Omar Apr 5, 08 11:06am


ulasan Pakatan Rakyat, nama yang dicadangkan untuk gabungan tiga parti pembangkang, wajar berlajar punca keretakan Barisan Alternatif (BA), kata tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

"Kenyataan-kenyataan dalam tempoh tiga hari ini membangkitkan persoalan sama ada ketiga-tiga parti ini benar-benar telah mengambil iktibar daripada krisis BA pada 2001, ketika DAP meninggalkan gabungan itu kerana sikap tidak berganjak PAS untuk menunaikan matlamat negara Islam, yang tidak termasuk dalam manifesto BA," kata Lim dalam satu kenyataan, semalam.

Kenyataan yang dimaksudkannya termasuklah yang dibuat timbalan menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakub bahawa "PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah Negara Islam."Ahmad dilaporkan berkata "memang ideologi PAS, DAP dan PKR tidak sama, tetapi kita yakin masih ada ruang yang mampu mewujudkan persefahaman bagi memastikan Pakatan Rakyat ini dapat dilaksanakan."Ahmad juga berkata tidak timbul halangan untuk PAS mewujudkan kerajaan Islam walaupun pakatan itu turut dianggotai oleh parti bukan Islam.

"Tiada halangan untuk PAS wujudkan kerajaan Islam kerana Islam tidak akan mengabaikan mana-mana pihak, apa yang penting ialah kita saling memahami dan sekali gus menjadikan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada BN," katanya seperti laporan Bernama.

Keputusan menubuhkan pakatan tersebut dibuat dalam satu perjumpaan awal minggu ini yang dihadiri oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim sendiri.

"Dalam perjumpaan hari ini, kami telah mencadangkan untuk menggabung kerjasama antara ketiga-ketiga parti tersebut di bawah nama Pakatan Rakyat," kata para pemimpin berkenaan dalam satu kenyataan bersama.Mereka berkata, nama tersebut dicadangkan sementara menunggu pengesahan parti-parti terbabit.

Selain itu, tambah Lim dalam kenyataan di blognya, setiausaha akhbar presiden PAS Roslan Shahir Mohd Shahir pula berkata "nilai-nila negara Islam sedia terjalin dalam (manifesto) Negara Berkebajikan" dan "di negeri-negeri PAS sebagai parti (pemerintah) utama, kita akan cuba menegakkan negara Islam.

"Menyedari gabungan tiga parti berlainan ideologi dan sasaran pengundi, Lim berkata cadangan Pakatan Rakyat itu harus bergerak kedepan dengan berhati-hati dan semua lapisan kepemimpinan parti-parti itu memahami sepenuhnya asas kerjasama antara mereka bagi mengelak timbul perselisihan dalaman dan antara parti. Beliau juga berkata usaha mencetuskan Pakatan Rakyat wajar menyedari wujud "eksploitasi oleh musuh-musuh politiknya, selain cuba mengelak berulang lagi keretakan BA pada 2001.

"Daripada tiga parti ini, DAP dan PAS mempunyai sejarah perbezaan ideologi yang paling jauh jaraknya - dan sekali gus mudah dilaga-lagakan, antaranya akibat kecuaian mengeluarkan kenyataan, keinginan melayan kehendak penyokong tegar serta pengikut bawahan dan kegagalan membaca sentimen politik.

Tidak lama selepas kejayaan besarnya pada 1999 khususnya merampas Terengganu, PAS mula membuka wacana Islam (baca: PAS) lawan sekularisme (BN) tanpa menyedari lingkungan krisis politik dalaman Umno pada tahun-tahun sebelumnya bukanlah digerakkan sepenuhnya oleh ideologi parti Islam itu.

Era laungan reformasi sejak 1998 - susulan pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno - ditandai gerakan bantahan popular yang disertai secara meluas oleh pelbagai latar belakang organisasi, khususnya badan bukan kerajaan (NGO), ideologi dan wawasan demi melihat ruang demokrasi yang lebih terbuka.

PAS memberi sumbangan dalam gerakan itu tetapi bukan penafsir utama gerakannya - kecuali mengambil kesempatan atas kemarahan orang Melayu terhadap layanan yang diterima Anwar.

Bagaimanapun PAS gagal (atau enggan?) melihat sudut pandang yang luas walaupun DAP kemudiannya meninggalkan BA. Dalam keadaan BA hanya didukungi dua buah parti, PAS terus melancarkan keyakinan awalnya itu dalam pilihanraya umum 2004 - dokumen negara Islam.

Keputusan pilihanraya itu akhirnya menunjukkan DAP membuat pilihan yang tepat - setidak-tidaknya berjaya mengembalikan Lim dan pengerusi DAP Karpal Singh ke Dewan Rakyat. Kedua-dua pemimpin kanan itu tewas pada 1999 - padah akibat menubuhkan BA.

Kenyataan Ahmad itu, jika benar seperti dilaporkan, tidaklah sepenuhnya "salah" memandangkan wujud "keresahan" dalam kalangan orang Melayu, termasuk penyokong dan simpatisan PAS dan PKR, selepas 8 Mac apabila melihat pakatan pembangkang "didominasi" (sama ada benar atau salah) oleh "wakil-wakil rakyat Cina".

Mereka melihat jumlah kerusi DAP di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlalu besar di Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan - kononnya, kuasa politik Melayu "telah lemah" kerana pembangkang ditunjangi wakil rakyat bukan Melayu. Jumlah wakil rakyat Umno - kini di barisan pembangkang DUN - di tiga negeri tersebut tidak pula dianggap "kuasa politik Melayu"!

Ahmad dan beberapa lapisan pemimpin PAS mungkin bermain dengan kad perkauman seperti itu tanpa menjelaskan kepada penyokong tegarnya bahawa dinamika politik sudah berubah, dalam beberapa hal, dan memerlukan "fekah baru" untuk memahaminya supaya serasi dengan paradigam keislaman PAS.

Contoh ketegaran penyokong itu termasuklah bantahan PAS kawasan Besut ketika kerjasama parti itu dengan DAP menjelang pilihanraya umum ke-10.Sekali pun tanpa permainan media arus perdana, atau "eksploitasi oleh musuh-musuh politik" seperti kenyataan Lim, memang selama ini sentiasa ada keresahan dalam kalangan orang Melayu tentang penguasaan bukan Melayu dalam politik. Sentimen kecurigaan ini disedari oleh Umno dan media arus perdana.

Sewaktu kempen pilihanraya baru-baru ini, apabila PAS tidak lagi memalu gendang slogan negara Islam dan hudud, parti itu dituduh telah meninggalkan ideologi keislamannya dan (secara tidak langsung bermaksud) menjadi kuda tunggangan PKR dan DAP.

Jumlah kerusi PAS yang sedikit di Perak dan Selangor, misalnya, membuktikan bahawa dakwaan pemimpin Umno itu ada benarnya.

Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan, "belum sampai seminggu cadangan penubuhan Pakatan Rakyat diumumkan, gabungan itu sudah mula retak apabila DAP dan PKR membantah hasrat PAS yang mahu menjadi tunjang kepada pakatan berkenaan serta merealisasikan penubuhan negara Islam."

"Beberapa pemimpin kanan DAP dan PKR semalam masing-masing membidas hasrat PAS itu dan menyifatkan kenyataan yang dibuat mengenainya tidak sesuai kerana boleh mengelirukan, selain menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Rakyat," laporan itu dipetik.

Karpal, menurut laporan itu, menggesa Abdul Hadi bertanggungjawab dan memberi penjelasan berhubungan isu berkenaan bagi mengelakkan wujud prasangka terhadap Pakatan Rakyat.

"Bagaimana mungkin PAS menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat jika kerusi parlimen yang dimenangi mereka adalah yang paling sedikit jumlahnya berbanding DAP dan PKR," beliau dipetik sebagai berkata.

Perang mulut antara DAP dan PAS melalui media pula tentunya menimbulkan kegusaran kepada pembangkang, khususnya Anwar - tokoh yang diuar-uarkan sebagai aktor politik utama menyatukan tiga parti itu menjelang 24 Februari sehingga membuahkan hasil cemerlang pada 8 Mac.

Sepanjang sebulan pasca pilihanraya umum ke-12, seorang sahaja pemimpin besar pembangkang yang menunjukkan sensitiviti apa yang digelar "tsunami politik": Menteri Besar Kedah.

Bercakap kepada media sewaktu lawatannya ke Kelantan, Azizan Abdul Razak berkata: "Kami (Kedah) tidak boleh terus menutup premis judi secara segera seperti yang Kelantan buat dan begitu juga masalah penjualan arak."Kedah tidak macam Kelantan kerana tukar kerajaan sudah perkara biasa di sini (Kelantan) tetapi di Kedah ini kali pertama PAS memerintah dan kerana sokongan bukan Islam juga PAS dapat menumpaskan BN.

"Beliau cuma berjanji kerajaan PAS di Kedah bersedia memperkenalkan dasar baru yang tidak dibuat era pentadbiran BN tetapi boleh diterima semua pihak.Pilihan kini di tangan Pakatan Rakyat sebelum ia dikembalikan ke tangan pengundi.

Bukan sahaja keretakan BA pada 2001, seharusnya tokoh utama DAP itu mengingatkan PAS bahawa Terengganu - yang berketuakan presiden PAS kurang lima tahun - juga terlepas daripada tangan pembangkang.

2 Pandangan

  1. Hasbullah Pit // April 5, 2008 at 5:24 PM  

    Langkah menggunakan 1 logo parti adalah seperti membarisannasionalkan Pakatan rakyat.

    Mereka tidak semestinya menjadi guru kita.

  2. Anonymous // April 5, 2008 at 8:24 PM  

    SATU SOALAN UNTUK HADI AWANG. BILA PULAK ADA NAS YANG MEMBOLEHKAN PARTI ISLAM BOLEH BERCAMPUR DENGAN PARTI ORANG CINA KAFIR HARBI MACAM DAP DAN INDIA HINDRAF UNTUK MEMIMPIN NEGARA ISLAM ? SUDAH LUPAKAH BELIAU KEPADA FATWA BELIAU SENDIRI YANG PERNAH MENGHUKUM UMNO KAFIR KERANA BERKAWAN DENGAN PARTI CINA DAN INDIA ? APAKAH STATUS MB PERAK SEKARANG YANG ADA 7 EXCO BUKAN ISLAM

    MAKNANYA SEKARANG NI PAS DAH BERUBAH PENDIRIAN BOLEH MAKAN SEMEJA DENGAN KAFIR HARBI

    MEMANG SEKARANG NI PAS BODOH SEBAB IKUT PARTI CINA BODOH SEPERTI DAP BABI DAN PKR LAKNAT YANG TERANG TERANG SUKAKAN YAHUDI DAN MINUM ARAK DENGAN YAHUDI