Pak Lah Masih Tidak Sedar Diri!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 4/14/2008 05:14:00 PM | 1 Pandangan »

Secara ringkasnya,

- Pak Lah mengaku bahawa dia adalah punca kekalahan BN dalam pilihanraya umum yang lalu.

- Pak Lah juga telah membuat pengakuan bahawa Najib adalah penggantinya.

- Pak Lah juga telah mengumumkan bahawa pelan peralihan jawatan akan diumumkan secepat mungkin selepas pertemuan dengan pimpinan UMNO Johor,

- Pak Lah tahu bahawa ahli UMNO diperingkat akar umbi sudah tidak dapat menerima kepimpinannya,

- Pak Lah tahu bahawa pimpinan UMNO di peringkat atasan dan bawahan telah berkira-kira kepimpinan baru UMNO selepas Persidangan Agong UMNO pada bulan Disember ini,

- Pak Lah pun sangat-sangat tahu dia sudah tidak berkemampuan untuk memimpin UMNO dan negara lagi,

Tetapi Pak Lah tetap akan MEMPERTAHANKAN JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO dalam pemilihan parti nanti.

Memang Pak Lah ini pemimpin yang tidak sedar diri!

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
14 April 2008, 5.20 petang

--------------------------------------


Abdullah umum tanding jawatan Presiden - Utusan Online
14/04/2008 5:05pm



KUALA LUMPUR 14 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan UMNO Disember ini.

Mengenai pelan peralihan kuasa, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan bila ia akan dilaksanakan. - Utusan

1 Pandangan

  1. Adi // April 14, 2008 at 7:21 PM  

    Salam perkenalan

    www.warisankini.blogspot.com