Pak Lah Mahu Terus Kekal Sebagai PM

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 4/14/2008 07:15:00 PM | 0 Pandangan »

Bila membaca berita di bawah ini, teringat kepada kata-kata yang pernah Dr Mahathir suarakan kepada Anwar Ibrahim satu ketika dahulu...


"Anwar penganti saya..."

Pak Lah sudah pun mengumumkan bahawa akan berlaku peralihan kuasa tetapi nampaknya peralihan kuasa hanya akan berlaku apabila parti UMNO dalam keadaan selesa.

Apa makna 'selesa' yang Pak Lah maksudkan? Selesa selepas kelima-lima negeri PR dirampas semula oleh BN? Kalau itulah maksud Pak Lah maka Najib perlu tunggu sehingga pilihanraya umum yang akan datang, lama tu...

Pak Lak sebelum ini menegaskan bahawa beliau akan berbincang dengan Najib untuk menentukan proses peralihan kuasa, adakah Najib akan sanggup menunggu sehingga pilihanraya umum yang akan datang?

Kesimpulannya, Pak Lah masih lagi mahu meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri. Peralihan kuasa hanyalah satu dongengan yang sengaja dibuat supaya semua pihak tidak meneruskan desakan supaya Pak Lah berundur.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
14 April 2008. 7.09 malam


PM: I'll contest in Umno polls, succession can wait - Malaysiakini
Apr 14, 08 5:32pm


Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi today said he would hand over power to his deputy Najib Abdul Razak when the time is right.He said that there is still unfinished business to do before he steps down to allow Najib to take over.

However, he did not give a time frame as to when this could happen.Abdullah was speaking to reporters after a closed-door meeting with all BN elected representatives at the Putra World Trade Centre today.

According to Abdullah, he could not just leave Umno in a mess and added that he has to put the party in order before handing the rein over to his deputy.

The embattled premier was also confident that all BN members of parliament were loyal to him and would not initiate a vote of no confidence against him when the Parliament convenes at the end of this month.Why should I not contest?

He added that those calling for his resignation does not represent the grassroots and vowed that he would be contesting the party elections in December if there is a challenge to his post.

"Delegates will continue to give me support during the party election and they will put me as president and Najib as deputy," he told reporters.
"After that Pak Lah and Najib will discuss issues related to transfer," he said, referring to himself by his nickname. "Why should I not contest the December party polls?"

The prime minister also believed that that he would get the support of all BN component parties. Abdullah has come under severe pressure from within his own party to step down and let Najib to take over. His detractors are blaming him for the BN and Umno’s unprecedented setback in the March 8 general election.

Former Umno vice-president Tengku Razaleigh Hamzah has indicated that he would contest for the top post to “heal the party”.

PM: Desakan bukan suara majoriti - Malaysiakini
Muda Mohd Noor Apr 14, 08 5:36pm

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pihak yang mendesak supaya dilakukan segera peralihan kuasa dalam Umno bukan suara majoriti.

Sebaliknya, beliau yang juga presiden Umno berkata, ia merupakan "pandangan sesetengah pihak dalam parti tersebut".

"Biarlah mereka bercakap, saya ada dua telinga dan mendengarnya. Kalau kita tidak mahu membenarkan dia bercakap, macam-macam mereka kata pada kita...," katanya dalam sidang akhbar selepas pertemuan dengan wakil-wakil rakyat BN hari ini.

Menurut Abdullah, beliau mendapat sokongan ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN.

Mengenai peralihan kuasa tersebut, Abdullah berkata, beliau akan menyerahkannya kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak "apabila parti dalam keadaan selesa".

Menurutnya, peralihan seumpama itu juga yang pernah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno sebelum itu, contohnya ketika Tun Hussein Onn menyerahkan kuasa kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1981 dan ketika Dr Mahathir menyerahkan kuasa kepadanya pada 2003.

"Tidak perlu mendesak-desak kerana saya akan menyerahkan jawatan apabila semuanya dalam keadaan elok dan baik," tambahnya.

Ekoran kekalahan teruk BN dan Umno dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, pelbagai pihak dalam Umno telah mendesak supaya Abdullah berundur dan menyerahkan kuasa kepada Najib bagi memulihkan semula parti.

Abdullah juga berkata beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong minggu ini mengenai pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan tiga timbalan menteri.

0 Pandangan