Dunia Baru The Movie - Menghina ISLAM!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 4/28/2008 08:28:00 PM | 1 Pandangan »



Masya Allah, apa kena dengan pengarah Filem ini? Adakah dengan secara sengaja atau tidak lagu Sepohon Kayu yang cukup sinonim dalam medan dakwah ini dinyanyikan dengan cara seperti ini?

Penyanyi perempuan Elyana seperti tidak memahami apa yang dia nyanyikan. Lirik nasyid yang mengajak pendengar supaya kembali kepada Islam dinyanyikan dengan rentak dan tarian yang memalukan dan Elyana juga 'tidak cukup syarat' untuk mengajak pendengar supaya beribadah kepada Allah.

Apakah ini tidak dinamakan menghina Islam? apakah trend filem melayu sekarang ini sudah tidak sensitif lagi untuk menjaga Islam?

Pemuda PAS Pusat baru sahaja menghantar memorandum berkaitan dengan filem Akhirat yang mengandungi unsur-unsur menghina Islam, kini timbul lagi isu seperti ini.

1 Pandangan

  1. miss arizona // April 29, 2008 at 9:36 AM  

    setelah saya melihat video itu, saya rasa tidak bersetuju dengan pendapat Dunia Baru The Movie - Menghina Islam

    kenapa?
    Ya, lagu sepohon kayu adalah lagu nasyid berunsur keislaman. tetapi ia bukan hukum hakam islam. Kalau merancakkan irama lagu nasyid di kira menghina Islam..alamak parahlah..sebab kebanyakkan lagu nasyid malaysia yang lain juga sudah tidak hanya menggunakan alatan musik yang dibenarkan oleh Islam...banyak yang melalaikan juga. Rabbani contohnya...siap menggunakan irama rock lagi..begitu juga dengan In Team yang mendayu-dayu ala-ala nasyid...dengan penampilan ala-ala muslim sejati.. TETAPI menyampaikan lagu cinta seperti cinta kepada Allah tetapi menggunakan model perempuan seolah lagu cinta duniawi..

    sekadar menyuarakan pendapat..
    :)