Pak Lah Masih Takut Nak Berundur!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 4/28/2008 11:45:00 PM | 0 Pandangan »

Pak Lah mahu dihentikan EGM - Malaysiakini
Apr 28, 08 11:00pm


Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua Umno Bahagian menghentikan tindakan mengadakan mesyuarat tergempar (EGM) untuk mendesak peralihan kuasa dalam parti dilaksanakan sebelum Disember ini.

Sebaliknya, presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, parti harus memberi fokus kepada isu-isu rakyat seperti kenaikan harga minyak dan barang makanan, serta reformasi badan kehakiman.

"Ini semua (isu yang didesak dan menjadi keperluan rakyat) yang perlu dilihat, tapi nampaknya orang lebih melihat kepada soal pemilihan dalam parti," katanya.

Beliau menambah, Umno akan mengurangkan tumpuan pada isu-isu dalaman parti walaupun isu tersebut sering menarik minat ramai.

"Kita akan buktikan pada rakyat bahawa soal parti, kita akan uruskan hal parti. Bila tiba masanya nanti, semua ahli parti akan mengambil bahagian masing-masing dan menentukan kepimpinan parti," katanya.

Proses demokrasi dalam parti, tegas beliau, tetap akan berjalan semasa pemilihan Umno Disember ini, "pada masa itu kita undilah, kita tidak perlu gembar-gemburkan, tidak perlu. 'Tahu kemampuan mereka'

"Sebenarnya kita kenal semua dan semua orang tahu apa mereka buat, apa kemampuan mereka, apa kebolehan mereka, apa salah mereka, apa yang tidak elok dengan mereka. Bila tiba masanya kita buat mesyuarat dan masa itulah kita tentukanlah apa yang patut ditentukan.

"Tapi yang pentingnya kita memahami dan kita rasa bertanggungjawab untuk menggerakkan parti kita dan mendukung kerajaan terhadap perkara-perkara yang ada hubung kait dengan keperluan dan desakan rakyat.

"Beliau menyeru kepada Umno dan BN agar memberi dukungan kepada kerajaannya untuk memulihkan sokongan rakyat yang telah banyak terhakis seperti ditunjukkan dalam pilihanraya umum.
"Yang menjadi isu paling tinggi sekali, berkaitan dengan isu kenaikan harga minyak yang menyebabkan kenaikan harga barang.
Dan yang paling penting juga tentang masalah yang mungkin timbul dengan kekurangan makanan," katanya lagi.
Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang merangka cadangan penyediaan stok penimbal bagi menghadapi risiko krisis makanan negara dan ia akan dikemukakan kepada jemaah menteri.
Kerajaan, tambahnya, bercadang menyediakan kemudahan rumah berkualiti yang mampu dimilik oleh rakyat terbanyak.

--------------------------------------------
Hentikan EGM, kata Pak Lah kepada Umno bahagian
28-04-2008 09:44:57 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu bahagian-bahagian dalam Umno yang ingin mengikut jejak tiga bahagian lain yang telah mengadakan mesyuarat luar biasa (EGM) bagi membincangkan kemelut dalam parti agar membatalkan niat mereka.

"Tak Perlulah, lebih baik tindakan seperti ini dihentikan," kata Presiden Umno itu sebagai mengulas kemungkinan banyak lagi bahagian akan mengikut jejak bahagian-bahagian Gua Musang, Batu Pahat dan Cheras yang telah pun mengadakan EGMnya baru-baru ini.
Beliau yang juga Perdana Menteri berkata kerajaan lebih memahami kehendak rakyat yang mahukan Umno menumpukan perhatian kepada isu-isu lebih penting seperti kenaikan harga keperluan harian dan kekurangan bekalan makanan dan bukan kepada isu melibatkan parti.
"Kita menal semua, ahli politik semua orang kenal, semua tahu apa kemampuan mereka, apa kebolehan mereka, apa kesalahan mereka, yang tak elok tentang mereka, apabila tiba masanya kita semua bermsyuearat, tentulah apa yang perlu ditentukan.
"Nak kata nak hantar mesej lagi, tak perlulah, dah keluar dalam surat khabar, dah banyak dah orang buat kenyataan.

"Tetapi, tapi bila saya cakap, nanti orang akan kata, memanglah Pak Lah cakap macam tu kerana dia terlibat, tetapi saya nyatakan ini bagi semua pihak. Jika saya tidak cakap seperti ini, siapa lagi," tegas beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno lewat petang Isnin.

Beberapa isu utama yang dibangkitkan dalam mesyuarat di ketiga-tiga bahagian itu termasuk agar peralihan kuasa kepimpinan tertinggi Umno dipercepatkan dan gesaan agar sistem kuota dihapuskan bagi membolehkan pemilihan yang lebih demokratik.

Abdullah berkata, beliau tidak mahu Umno terlalu leka dengan isu-isu pemilihan pucuk pimpinan parti sehingga terlupa melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat yang telah memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk memerintah.

"Kita tidak mahu rakyat nanti kata, kamu sibuk hal parti sehinggakan tidak beri perhatian pada perkara lain yang kami ingin lakukan, kepada isu yang menghimpit rakyat seperti kenaikan harga barangan selain reform yang sedang kita lakukan.

"Kalau ini kita tidak laksanakan, parti kuat macam mana pun rakyat tidak akan terima kita. Rakyat pilih kita kerana kita ada program untuk dilaksanakan. Bukan kita tidak jalankan, tetapi rakyat kata tidak cukup. Baru-baru ini ini saya umumkan reform bidang kehakiman dan rasuah, ini yang rakyat hendak.

"Sebab itu bila saya umumkan mereka rasa senang hati. Soal masalah janganlah dibiarkan sampai kita tidak tumpukan pada desakan rakyat kerana proses demokrasi dalam parti akan berjalan apabila tiba masanya dan tidak perlu digembar gemburkan," tambahnya lagi.

Menurutnya, Umno akan mengadakan mesyuarat susulan minggu depan bagi membincangkan lebih lanjut masalah dan kemelut yang kini melanda parti itu.

Katanya, pada mesyuarat susulan itu nanti, sebanyak mungkin ahli MT akan diberikan peluang untuk mengutarakan pandangan dan pendirian mereka tentang masalah-masalah yang kini dihadapi Umno.

Pada Selasa petang, Abdullah dijangka mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi BN.

0 Pandangan