DMEN'C - Kumpulan Nasyid Baru Di Malaysia!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 4/04/2008 12:32:00 PM | 0 Pandangan »


Pada pagi tadi saya berkesempatan bertemu dengan seorang artis daripada kumpulan Dimensi (DMEN'C) yang saya kenal semasa Malam kesenian Islam bersama Nazry Johani (x-Raihan) pada bulan Disember 2007.

Sdr Jalil yang merupakan salah seorang penyanyi dalam kumpulan ini telah memberikan saya sekeping CD sempena album baru yang telah berada di pasaran pada 29 Mac 2008 yang lalu.

Setelah saya mengambil masa untuk mendengar kesemua lagu dalam album ini, saya boleh membuat gambaran bahawa album ini amat sesuai diketengahkan dalam masyarakat anak muda masa kini.

Lagu yang berkonsepkan hiburan alternatif dengan mesej yang mudah untuk difahami oleh generasi muda. Pelbagai konsep lagu yang dihidangkan dalam album ini termasuklah lagu berentak balada, balada nusantara, pop sentimental, rap, dan rock.

Lagu pilihan saya adalah lagu Sejernih Air. Lagu ini mengingatkan kepada pendengar bahawa hidup ini adalah sementara sahaja sedangkan hari Akhirat adalah tempat kekal selamanya. Di antara liriknya :-

Sesungguhnya dunia sementara,
Yang kekal hanyalah di akhirat sana,
Bersyukurlah kita dengan pemberiaanNya,
Harta kekayaan bukanlah jaminannya...
Rahmatilah kami.

Lagu Bangkit Tekadmu boleh dikategorikan sebagai lagu berentak rock. Sesuai untuk disajikan kepada anak-anak muda yang berjiwa 'rock' dan keras. Lirik lagu ini dapat menarik anak-anak muda untuk berada dalam perjuangan.

Lagu Cinta Realiti pula diselitkan dengan alunan rentak 'rap' seperti mana yang pernah dinyanyikan oleh Yassin dalam lagu "Alhamdulillah".

Secara keseluruhan, kumpulan ini mampu pergi jauh dalam dunia hiburan. Namun, saya menasihatkan adik-adik saya ini yang masih baru dalam alam ini agar jangan mudah leka dengan dunia glamour yang nanti akan menjerat kita.

Untuk tempahan album atau persembahan, anda boleh hubungi sdr Jalil di talian 012-7969271.

All the best!

0 Pandangan