Siaran Langsung Debat Parlimen!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 4/04/2008 12:47:00 AM | 1 Pandangan »

Memang inilah yang rakyat impikan selama ini untuk melihat bagaimana wakil rakyat yang mereka pilih bersidang di dalam sidang dewan rakyat.

Jika sebelum ini hanya slot tertentu sahaja yang disiarkan namun pada kali ini ia lebih terbuka kerana ia akan disiarkan secara langsung.

Tahniah kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mengambil langkah yang sangat baik. Selepas ini dapatlah kita lihat wakil rakyat yang betul-betul wakil rakyat atau wakil rakyat yang selalu tertidur atau ponteng sidang dewan.


Siaran langsung debat Parlimen - Malaysiakini
Apr 3, 08 10:07pm


Kabinet telah meluluskan siaran langsung, tanpa tapisan, persidangan Dewan Rakyat bermula 30 April ini, kata menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Siaran sesi soal jawab itu akan bermula jam 10 hingga 10.30 pagi.

"Tidak akan ada tapisan. Mereka yang berucap di Dewan Rakyat semuanya ahli parlimen," katanya, seperti dilaporkan laman web The Star Online.

"Apa yang mereka hendak katakan, itu di luar kawalan kita. Tetapi yang penting, rakyat telah memilih wakil-wakil mereka. Pastilah mereka mahu tahu apa yang berlaku di Parlimen."

Bercakap di sidang media di Angkasapuri, Ahmad Shabery berkata,

"jika mereka bercakap kasar, atau mengetuk-ngetuk meja, itu di luar kawalan kita. Saya tidak fikir ahli parlimen kita akan bertindak begitu, kalau tidak mereka tidak akan dipilih sebagai anggota parlimen."

1 Pandangan

  1. Letting the time pass me by // April 4, 2008 at 7:17 AM  

    Elokla diadakan siaran langsung...

    At least kita dapat first hand info... Cuma jangan jadi macam sesetengah sidang tu yang siap ada Royal Rumble ke, flying kick ke, lawan carut ke...