ADUN Buntong Buat Kejutan!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 4/01/2008 12:37:00 AM | 0 Pandangan »

Terkini: Kejutan pengunduran wakil rakyat Buntong, A Sivasubramaniam, daripada DAP berakhir petang ini apabila beliau menarik balik surat itu selepas enam jam.

Berita asal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong, A Sivasubramaniam, hari ini keluar daripada DAP sebagai membantah pengagihan barisan exco negeri Perak yang membelakangkan wakil rakyat India.

Dalam suratnya kepada setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, Sivasubramaniam mendakwa, pengerusi DAP Perak, Ngeh Khoo Ham gagal menunaikan janjinya untuk melantik dua wakil rakyat kaum India menganggotai barisan exco negeri itu."Ini merupakan satu tamparan hebat dan satu pembohongan kepada masyarakat India di Perak," katanya dalam surat tersebut.

Di majlis angkat sumpah Sabtu lepas, hanya seorang wakil DAP A. Sivanesan (Sungkai) dilantik sebagai exco.

Tindakan Sivasubramaniam memberi goncangan besar kepada negeri pakatan pembangkang itu yang memerintah dengan kelebihan tiga kerusi sahaja, 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Malaysiakini mendapat satu salinan surat tersebut.

Berikut teks lengkap:(dialamatkan kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng)

Peletakan semua jawatan dalam parti dan keluar dari parti Sivasubramaniam a/l Athinarayanan

Adalah merujuk perkara di atas,Sehubungan dengan pengumuman seperti di atas, saya dengan ini meletakkan semua jawatan yang saya menjawat selama ini dalam parti termasuk keluar dari parti. Saya mengambil keputusan ini berdasarkan rasa tidak puas hati dan hilang kepercayaan terhadap pimpinan pengerusi DAP Perak.

"DAP tidak menghormati suara Makkal Sakti" Agihan kerusi ahli exco kerajaan negeri kepada dua pemimpin India tidak dilaksanakan seperti dijanjikan oleh pengerusi Perak sebelum ini.

Keputusan ini adalah satu tamparan besar dan juga penipuan kepada masyarakat kaum India di negeri Perak. Kemenangan parti DAP pada pilihanraya yang lepas adalah melalui suara Makkal Sakti.

Kemenangan saya di kawasan Buntong pada pilihanraya ke-12 adalah satu mandat dan kepercayaan yang diberi oleh masyarakat kaum India (Makkal Sakti) di kawasan yang saya tandingi.

Satu ketika kubu kuat Barisan Nasional. Kemenangan saya adalah kemenangan rakyat kawasan Buntong, saya tidak boleh menerima keputusan yang dibuat oleh pemimpin DAP Perak.

"Divide and rule"

Justeru dengan pengumuman ini segala keputusan yang saya ambil dalam surat ini adalah muktamad.

Sekian.

(tanda tangan)

Sivasubramaniam

Salinan kepada: Ngeh Khoo Ham, pengerusi DAP Perak

0 Pandangan