Ali Rustam vs Samy Vellu - Isu Hindraf

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 4/01/2008 01:28:00 AM | 0 Pandangan »

Membaca berita Datuk Seri Samy Vellu menggesa agar pimpinan Hindraf dibebaskan daripada tahanan ISA sudah cukup membayangkan betapa tertekannya seorang pemimpin tertinggi parti yang mewakili kaum India di Malaysia ini. Walaupun beliau cukup dikenali sebagai pemimpin yang lantang bersuara tetapi ia sudah nampak berubah sejak akhir-akhir ini.

Walaupun pemimpin
Hindraf menjadi sasaran serangan oleh Samy Vellu sebelum ini tetapi hari ini mereka telah mula mendapat pembelaan daripada bekas Menteri Kerjaraya ini.

Apa yang Samy Vellu lakukan adalah untuk menyelamatkan masa depan politik beliau dan MIC yang semakin tidak mendapat sanjungan daripada kaum India.

Namun, ‘niat suci’ beliau telah ditentang oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengingatkan kembali Samy Vellu
sebab-sebab kelima-lima pimpinan Hindraf tersebut ditahan di bawah ISA.

Apa yang cuba dinyatakan oleh Mohd Ali Rustam, soal peri kemanusiaan perlu diletakkan ke tepi kerana yang paling utama adalah keselamatan negara walaupun Mohd Ali sendiri tahu bahawa kelima-lima pemimpin Hindraf ini disumbat ke dalam ISA tanpa melalui proses keadilan yang sewajarnya.

Hanya kerajaan pimpinan UMNO/BN yang memutuskan mereka bersalah termasuk Samy Vellu sendiri. Kini, Samy Vellu sudah terasa bahawa ‘penghakimannya’ terhadap pemimpin kesayangan rakyat kaum India perlu diperbetulkan.

Mungkin inilah ‘hikmah’ kekalahan. Bila telah kalah barulah nampak kesalahan yang dilakukan oleh mereka sebelum ini. Mohd Ali masih lagi menang sebagai ADUN dan masih lagi Ketua Menteri tetapi tidak bagi Samy Vellu yang terlepas kerusi Parlimen Sungai Siput dan Menteri Kerjaraya.

Silap-silap ada pula yang akan mencadangkan agar Samy Vellu pula ditahan di bawah ISA kerana cuba membebaskan tahanan ISA yang ganas! Memang sesuailah dengan lagu rap Samy Vellu :-

“Ini semua kerja orang gila punya la…”
“Ini semua kerja orang gila punya la…”
“Ini semua kerja orang gila punya la…”
“Ini semua kerja orang gila punya la…”
“Ini semua kerja orang gila punya la…”
.
.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
1 April 2008, 1.31 pagi
Taman Sri Kluang

0 Pandangan