Radzi, Khir Letak Jawatan, Pak Lah Macamana?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 3/20/2008 11:51:00 AM | 0 Pandangan »

Radzi letak jawatan SUA Umno, BN
Mar 19, 08 11:01am


kemaskini 3:26pm Ahli parlimen Kangar, Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dilantik semula ke kabinet, meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa serta-merta.

Beliau memberikan alasan tidak dapat lagi meneruskan tugas-tugas tersebut secara berkesan.

"Saya rasa saya tidak boleh lagi bekerja. "Pertamanya saya tidak lagi berada dalam kabinet. Jadi saya tidak boleh bekerja dengan berkesan sebagai setiausaha agung ...

"Saya tidak boleh bekerja," katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Radzi berkata keputusannya itu telah dimaklumkan kepada Abdullah,yang juga presiden Umno dan pengerusi BN, melalui telefon pagiini dan menerusi sepucuk surat rasmi. Perdana Menteri telah menerima peletakan jawatan beliau, katanya.

Tidak lama selepas keputusan Radzi, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang turut digugurkan daripada kabinet, dilaporkan dilantik setiausaha agung baru Umno dan BN.

Pengguguran Radzi daripada kabinet dipercayai ada kaitan dengan kekalutan politik Umno Perlis, khususnya berhubung pelantikan menteri besar.Beliau didakwa memainkan peranan penting menaikkan wakil Bintong, Datuk Dr Md Isa Sabu, sebagai pengganti Datuk Seri Shahidan Kassim.

Pada penggal lepas, Radzi memegang jawatan menteri hal-ehwal dalam negeri.Sebelum pilihanraya umum lalu, Radzi secara terbuka mengecam Shahidan yang menurutnya harus diganti.

Selain Radzi, ahli parlimen Padang Besar, Datuk Azmi Khalid juga tidak dilantik semula menganggotai kabinet yang diumumkan perdana menteri samalam.

Radzi bagaimanapun menafikan peletakan jawatannya ada kaitan dengan kemelut Umno di Perlis yang menyaksikan penyingkiran Shahidan.

"Saya tidak fikir begitu. Saya gembira dengan kepimpinan di Perlis,"katanya.
Radzi tidak menafikan bahawa beliau menerima tekanan, bagaimanapun menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam politik.

Khir Toyo pula letak jawatan
Muda Mohd Noor Mar 19, 08 6:31pm

kemaskini 10:15pm Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo melepaskan jawatannya sebagai ketua badan perhubungan Umno dan BN negeri - peletakan jawatan pemimpin kanan kedua dalam sehari selepas Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad melepaskan setiausaha agung Umno dan BN pagi tadi.

Sewaktu mengumumkan perkara itu, Mohd Khir berkata beliau mengambil keputusan itu sebagai memikul tanggungjawab atas ketewasan besar-besaran calon Umno dan BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

"Jika keputusan (letak jawatan) ini lambat dibuat, pelbagai masalah akan berlaku, termasuk parti kita akan berpecah," katanya, sambil menegaskan sekarang bukanlah masa Umno berpecah.

Umno Selangor akan tuntut Abdullah berundur
Abdul Halim Mohd Rashid Thu Mar 20, 08 9:00:08 am MYT
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Badawi dilihat semakin hampir kepada saat penghujung kekuasaannya.

Ketika Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah secara terbuka menawarkan diri untuk dicalonkan mencabar Abdullah sebagai Presiden Umno, muncul pula laporan bahawa Umno Selangor akan menuntut Perdana Menteri berundur.

Menurut seorang blogger Umno, The ?thirteen million plus Ringgit? guy (bigdogdotcom.wordpress.com), hanya dua bahagian sahaja di dalam Umno Selangor yang tidak terlibat dengan cadangan itu.
"Semalam, semua Bahagian Umno Selangor kecuali Tanjung Karang dan Sepang bersetujui untuk mencadangkan PM ?Flip-Flop? Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur dari semua jawatan politik, setelah BN Selangor mengalami kekalahan buruk dan untuk pertama kali, kerajaan Selangor diperintah oleh pembangkang, yang diketuai PKR," kata beliau dalam posting bertajuk "Dr. Khir Toyo berundur, Ku Li sedia cabar PM ?Flip-Flop? Abdullah" bertarikh 19 Mac.
Mengenai perletakan jawatan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno dan BN Selangor, The ?thirteen million plus Ringgit? guy menyatakan, "dikhabarkan bahawa hanya 9 dari 22 Bahagian Umno Selangor meminta Dr Khir melepaskan jawatan tertinggi Umno negeri itu".
Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, BN hanya mampu memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen di Selangor.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 15 kerusi DUN dan sembilan Parlimen manakala DAP 13 DUN dan empat Parlimen sementara Pas menang lapan DUN dan empat Parlimen.
Sementara itu, KL Pos melaporkan, lima cawangan Umno di Kampung Bukit Sungai Putih Ampang akan dibubarkan dengan semua ahlinya akan menyertai PKR dalam satu majlis khas pada 23 Mac ini.

0 Pandangan