Ghani, Ghani...di antara BN Johor, BN Sabah dan BN Sarawak, yang mana satu menunjukkan BN yang paling baik pencapaiannya dalam pilihanraya Umum yang lalu?
Sabah, Sarawak dan Johor hilang 1 kerusi Parlimen manakala bagi kerusi DUN pula, Johor hilang 6 kerusi daripada 56 kerusi manakala Sabah hilang 1 kerusi sahaja. Sarawak telahpun mengadakan pilihanraya negeri pada 20 Mei 2006 dengan pembangkang menang 9 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.
Kerusi Parlimen Sarawak sebanyak 30 kerusi, Sabah (24 kerusi) dan Johor (26 kerusi).
Jika kita lihat keputusan di atas, Johor hilang 7 kerusi, Sarawak 10 kerusi dan Sabah 2 kerusi sahaja. Kalau begitulah kira-kiranya, Sabah sepatutnya mendapat lebih banyak tempat dalam Kabinet Malaysia yang baru dibentuk.
Insya Allah, pilihanraya umum yang ke 13, BA Johor akan dikurniakan dengan jumlah kerusi yang lebih banyak daripada 6 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen yang dimenangi.
Silap-silap, bukan sahaja BA akan menang banyak kerusi tetapi dominasi BN menguasai negeri Johor akan ditamatkan dengan kuasa rakyat yang sudah tidak tahan lagi untuk terus berada di bawah kuasa BN selama ini.
Oleh Khirul Bahri Basaruddin
JOHOR BAHRU: Pemilihan lapan menteri dan enam timbalan menteri dari kalangan anggota komponen Barisan Nasional (BN) Johor dalam pentadbiran kerajaan membuktikan BN Johor masih kuat dan terus mendapat sokongan rakyat.
Pengerusi BN Johor, Datuk Abdul Ghani Othman (gambar), berkata peratusan undi popular sebanyak 63 peratus yang diterima BN Johor pada pilihan raya lalu menunjukkan mereka yang dipilih itu diterima rakyat, sekali gus layak menganggotai Kabinet.
Beliau berkata, semua ahli BN Johor yang dilantik itu juga bukan saja berpengalaman, malah mempunyai kepakaran tersendiri yang dapat membantu Perdana Menteri menerajui negara.
“BN Johor mempunyai ramai calon yang berkelayakan dan berpengalaman. Kita ada 25 Ahli Parlimen, iaitu 16 daripada Umno, MCA (tujuh) dan masing-masing seorang daripada MIC serta Gerakan.
“Oleh itu, Perdana Menteri boleh membuat pilihan, mengekalkan muka lama yang berpengalaman dan memilih muka baru yang rata-rata mempunyai kelayakan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor pertama selepas pelantikan 10 Ahli Exco, Sabtu lalu.
Menteri yang dilantik dari Johor adalah Datuk Seri Syed Hamid Albar (Menteri Dalam Negeri), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Pelajaran), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pelancongan) dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Pengajian Tinggi).Datuk Shahrir Abdul Samad (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Dr S Subramaniam (Sumber Manusia) dan Senator Datuk Amirsham Abdul Aziz (Jabatan Perdana Menteri).
Lima muka baru dilantik sebagai timbalan menteri adalah Datuk Noraini Ahmad (Sumber Manusia), Dr Wee Ka Siong (Pelajaran), Teng Boon Soon (Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan), Wee Jeck Seng (Belia dan Sukan) dan Datuk Dr Hou Kok Chung (Pengajian Tinggi).
Seorang lagi timbalan menteri dari Johor adalah penyandang Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad.
Sementara itu, Abdul Ghani berkata, kerajaan negeri yakin barisan baru Kabinet itu boleh meneruskan dasar yang adil serta saksama kepada semua rakyat di negara ini.
0 Pandangan
Post a Comment