Pemimpin Yang Telah Pergi Tak Kembali...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 3/23/2008 11:28:00 AM | 0 Pandangan »


Allahyarham Haji Ismail bin Ibrahim, mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, AJK PAS Pusat, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Bakri. Allahyarham banyak memberikan nasihat dan pandangan kepada saya dalam politik dan sebagai Ketua DPPNJ. Kehilangannya yang gemar menggunakan panggilan 'abang' sebagai ganti namanya ketika berbicara dengan saya cukup-cukup saya rasai.
----------------------------------------------------
Kenyataan Rasmi Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Assalamu'alaikum warakmatullah,

Saya mewakili seluruh Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Haji Ismail Bin Ibrahim dan Allahyarham Zakaria Bin Nor yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini.
Penglibatan kedua-duanya dalam DPPNJ, Allahyarham Ismail Ibrahim merupakan Bekas Ketua DPPNJ (1987-1989) manakala Allahyarham Zakaria merupakan bekas exco DPPNJ sehingga tahun (1995-2001).

Haji Ismail Ibrahim yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Bakri telah meninggal dunia pada 21 Mac 2008 manakala Zakaria (Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan Bakri) pula telah meninggal dunia pada 23 Mac 2008. Kedua-duanya merupakan tonggak utama yang telah bekerja keras membantu kemenangan PAS di DUN Sungai Abong baru-baru ini.
Semoga Allah akan mencucuri rahmat ke atas kedua-dua rohnya, amin.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
23 Mac 2008

0 Pandangan