Orang Kuat UMNO Ditangkap Khalwat di Johor?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/11/2008 09:54:00 AM | 0 Pandangan »

Salam perjuangan...
Sejak kelmarin saya telah mendapat maklumat berkaitan dengan seorang Ketua Kampung yang telah ditangkap khalwat pada awal tahun ini. Dalam kesibukan masyarakat membicarakan tentang isu seks Dr Chua Soi Lek tiba-tiba timbul pula isu sensasi ini.

Dalam risikan awal, si durjana ini bukan calang-calang orangnya. Kalau isu tangkapan khalwat ini tersebar kepada umum pastinya akan menggoncangkan politik di Johor.

Bila maklumat yang diterima bahawa status beliau adalah Ketua Kampung sudah hampir pasti si durjana ini adalah suku sakat UMNO. Kalau ada ketua kampung di Johor ini yang bukan daripada kalangan ahli UMNO bermakna bukanlah namanya kubu kuat UMNO di dunia.

Saya cuba dapatkan maklumat daripada teman-teman daripada UMNO di Kluang berkaitan dengan isu ini. Walaupun mereka tidak mengiakan tetapi sukar juga untuk menafikan bahawa malapetaka ini telah berlaku dan ianya pasti melibatkan orang kuat UMNO. Cuma, kata mereka, ia tidak melibatkan mana-mana individu di Kluang tetapi daripada kawasan/bahagian lain.

Sebenarnya paling mudah untuk mendapatkan kepastian siapa yang tertangkap ini adalah dengan merujuk terus ke pejabat agama tetapi faham-faham sahajalah, mana mungkin isu seperti ini dapat diberi dengan mudah.

Puas saya mencari dan akhirnya saya mendapat maklumat bahawa si durjana ini memang bukan calang-calang orangnya. Memang bukan orang UMNO Kluang tetapi daripada UMNO Bahagian lain di Johor. Saya telah menghubungi pimpinan PAS di kawasan yang terlibat untuk mendapatkan maklumat tentang si durjana ini.

Maklumat awal, si durjana ini adalah merupakan seorang ketua kampung dan Pembantu Khas kepada seorang ADUN di Johor. Orangnya memang terkenal di kawasan beliau dan memang diiktiraf sebagai penentang kuat PAS di kawasannya.

Saya difahamkan bahawa penangkapan beliau telah menggemparkan pimpinan UMNO kerana sudah pasti ia akan dijadikan ‘pukulan maut’ kepada UMNO di Johor. Beliau telah ditangkap di sebuah rumah di Kluang bersama pasangannya. Saya juga mendapat maklumat bahawa kes ini akan dibicarakan dalam bulan Mac ataupun April yang akan datang.

Dalam masa terdekat ini, saya yakin maklumat terperinci akan dapat diperolehi. Apa yang pastinya ketika ini, UMNO di Johor sudah cukup bimbang dengan perkembangan ini.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
11 Januari 2008
http://minda-kembara.blogspot.com/

0 Pandangan