ADUAN PENGADU :
LAPORAN POLIS DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR TERHADAP PENGERUSI SPR, TAN SRI ABD RASHID ABD RAHMAN BERHUBUNG DENGAN KENYATAAN PENGERUSI SPR DI DALAM AKHBAR UTUSAN MALAYSIA KELUARAN 1HB JANUARI 2008.
--------------------------------------------------------------
Saya, Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil selaku Ketua Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Johor yang beralamat di No 17 Jalan Berlian 3, Taman Renggam Jaya, 86200 Simpang Renggam Johor bahawasanya membuat laporan polis ini berdasarkan Seksyen 107 Kanun Acara Jenayah (KAJ) berkenaan dengan perkara di atas.
LAPORAN POLIS DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR TERHADAP PENGERUSI SPR, TAN SRI ABD RASHID ABD RAHMAN BERHUBUNG DENGAN KENYATAAN PENGERUSI SPR DI DALAM AKHBAR UTUSAN MALAYSIA KELUARAN 1HB JANUARI 2008.
--------------------------------------------------------------
Saya, Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil selaku Ketua Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Johor yang beralamat di No 17 Jalan Berlian 3, Taman Renggam Jaya, 86200 Simpang Renggam Johor bahawasanya membuat laporan polis ini berdasarkan Seksyen 107 Kanun Acara Jenayah (KAJ) berkenaan dengan perkara di atas.
Saya merujuk kepada laporan akhbar harian berbahasa Melayu, UTUSAN MALAYSIA bertarikh 1hb Januari 2008 di mukasurat hadapan (dilampirkan bersama ini sesalinan laporan tersebut dari versi Internet yang boleh dicapai dibawah kepala tajuk “SPR CABAR PEMBANGKANG JANGAN TANDING PILIHANRAYA” yang memetik satu kenyataan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahm an, di mana beliau mencabar parti-parti pembangkang di negara ini supaya tidak menyertai Pilihanraya Umum yang akan datang sekiranya tidak yakin dengan keadilan serta ketelusan sistem pilihanraya negara ini.
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor melihat kenyataan Pengerusi SPR ini sebagai melampau serta amat tidak bertanggungjawab dan tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong menurut peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Cabaran yang dibuat oleh Tan Sri Rashid atas kapasiti selaku Pengerusi SPR juga menunjukkan betapa beliau seolah-olah mengambil bermusuhan dengan parti-parti politik pembangkang selain turut menunjukkan bahawa Pengerusi SPR bersikap berat sebelah dan prejudis hingga menyebabkan hilangnya keyakinan kami selaku parti politik terhadap ketelusan SPR.
Akibat dari keadaan ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor beranggapan bahawa kenyataan Pengerusi SPR ini juga merupakan satu perlanggaran nyata terhadap peruntukan Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan yang secara tegas mengkehendaki supaya SPR menjadi satu suruhanjaya yang mendapat keyakinan dan kepercayaan daripada rakyat Malaysia (public confidence).
Maka, sekiranya Pengerusi SPR bertindak menjadi seolah-olah seorang ahli politik dengan membuat cabaran terbuka kepada parti-parti politik yang merupakan pelanggan kepadanya, maka apa lagi keyakinan yang dapat diharapkan sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi di dalam negara ini (the supreme law of the land).
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor juga melihat cabaran terbuka yang dibuat oleh Pengerusi SPR tersebut merupakan suatu yang amat merbahaya dan bersifat provokatif serta boleh menimbulkan suasana tidak tenteram di dalam negara ini.
Dalam keadaan kami dari parti pembangkang sentiasa komited untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan telus, tidak sepertimana perjalanan pilihanraya yang diadakan selama ini yang jelas tidak adil dan banyak memberikan kelebihan kepada parti pemerintah, cabaran Pengerusi SPR ini adalah satu hasutan supaya supaya pilihanraya tidak lagi dilihat sebagai mekanisme yang sah untuk rakyat memilih pemimpin.
Pengerusi SPR nampaknya mahu rakyat yang mempertikai kewibawaannya untuk memilih cara lain bagi melantik pemimpin dan kerajaan. Inilah implikasi negatif dari kenyataan tersebut. Sebagai Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid sepatutnya berusaha untuk membuktikan dirinya dan SPR mempunyai kewibawaan dan integriti yang tinggi selain dari sikap adil dan telus kepada semua pihak.
Dengan mencabar parti-parti pembangkang supaya tidak bertanding di dalam pilihanraya, Pengerusi SPR jelas tidak mahu mengambil sebarang tindakan untuk memperbetulkan kepincangan dan ketidakadilan di dalam proses pengedalian pilihanraya, sebaliknya cuba bermain politik bagi menutup kelemahannya hingga boleh menyebabkan rakyat tidak lagi yakin bahawa pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sebagai pilihanraya yang adil dan telus. Sesungguhnya, kenyataan Pengerusi SPR ini boleh menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara dan ketenteraman awam apabila rakyat semakin tidak percaya terhadap ketelusan SPR.
Justeru, memandangkan kepada kekhuatiran kemungkinan kesan buruk terhadap keselamatan negara yang boleh terhasil akibat dari keceluparan Pengerusi SPR ini, maka kami dari Dewan Pemuda PAS Negeri Johor membuat laporan ini untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan undang-undang yang perlu terhadap Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dibawah sebarang peruntukan undang-undang bertulis yang relevan.
Inilah sahaja laporan saya.
Yang benar,
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Bertarikh : 9 Januari 2008
0 Pandangan
Post a Comment