Di Mana Sharlini?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/10/2008 10:40:00 PM | 2 Pandangan »

Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.

2 Pandangan

  1. MP3 // January 11, 2008 at 5:29 PM  

    tataula salah mak bapak or salah sesapa dalam hal ni.. sama2la kita berdoa semoga adik sharlini selamat dijumpai..

    http://top10mp3download.blogspot.com

  2. nian dihati // February 28, 2008 at 1:02 PM  

    saya rasa dah banyak tempat dah polis cari adik sharlini..cuma saya terperasan satu tempat lagi yang polis belum cari iaitu di dalam kebun2 getah contohnya..sebab masa saya lalu nak ke satu tempat ada melalui kebun2 getah..then ternampak kat dalam kebun tu ada pondok buruk..so saya terus terfikir kemungkinan2 adik sharlini disembunyikan disitu..apa2 pun kita doakan adik sharlini selamat..