Isu Penggunaan Perkataan ALLAH

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 12/25/2007 01:32:00 PM | 1 Pandangan »

Perkataan Allah: Bagaimana dengan lagu kebangsaan negeri, tanya Aliran
Dec 24, 07 1:13pm - Malaysiakini


Sebuah badan bukan kerajaan, Aliran Kesedaran Negara (Aliran) meminta Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharom menjelaskan sama ada rakyat bukan Islam di negara ini boleh menyanyikan lagu kebangsaan negeri masing-masing yang menyebut perkataan "Allah".

Katanya, ini kerana Johari dilaporkan berkata kementeriannya telah mengambil tindakan terhadap akhbar mingguan Katholik - Herald - kerana menterjemahkan perkataan 'God' sebagai 'Allah'.

Menurut timbalan menteri berkenaan, perkataan Allah hanya boleh digunakan dalam agama Islam sahaja bagi mengelak sebarang kekeliruan. "

Aliran difahamkan bahawa barisan "Ya Allah Yang Maha Kuasa..." adalah sebahagian daripada lirik lagu kebangsaan Pahang."Adakah ini bermakna orang bukan Islam tidak boleh menyanyikan lagu kebangsaan negeri Pahang?" soal Aliran dalam satu kenyataannya Sabtu lalu.

Selain Pahang, lagu kebangsaan negeri Johor, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu juga menyebut perkataan Allah.

Herald yang merupakan akhbar rasmi Gereja Katholik di Malaysia, menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya, kerana dikatakan telah menggunakan perkataan "Allah" bagi merujuk kepada "God" dalam seksyen Bahasa Malaysia akhbar tersebut.

Kementerian tersebut juga dikatakan telah meminta penerbitnya membuang seksyen Bahasa Malaysia atau permitnya tidak diperbaharui apabila ia tamat dua minggu lagi.

Tiada perbincangan
Akhbar Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa - Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, China dan Tamil - mempunyai pengedaran sebanyak 12,000 nashkah.

Sementara itu, Aliran berkata perkataan 'Allah' telah lama digunakan sejak berkurun yang lalu tanpa sebarang masalah.Menurutnya, ia telah digunakan oleh orang Islam, Kristian dan dunia Arab untuk merujuk kepada tuhan.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang pula menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya membatalkan arahan Johari supaya akhbar Herald tidak menyiarkan lagi Seksyen Bahasa Malaysia, memandangkan perayaan Krismas akan disambut esok.

Di samping itu, kata Lim, perbincangan juga tidak diadakan terlebih dahulu dengan pertubuhan-pertubuhan agama yang akan terbabit dengan keputusan timbalan menteri berkenaan.

Malah, katanya, keputusan untuk menutup Seksyen Bahasa Malaysia di akhbar Herald, bukan sahaja tidak sah, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan sendiri tidak memberi kedudukan sewajarnya kepada Bahasa Malaysia.

Menurut Lim lagi, perkataan "Allah" telah digunakan untuk merujuk kepada tuhan di kalangan penganut Kristian sejak sekian lama di banyak negara dan ia tidak pernah menimbulkan kemarahan atau kekeliruan di kalangan orang Islam.

Oleh itu, katanya, Abdullah harus campurtangan dan membatalkan keputusan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri itu atau ia akan dianggap sebagai satu lagi isyarat bahawa Malaysia terus menggenakan batasan kepada agama-agama lain, sedangkan kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan.

----------------------------------------------------

Johari: Hanya orang Islam boleh guna perkataan 'Allah'
Soon Li Tsin Dec 21, 07 7:53pm

Perkataan 'Allah' hanya boleh digunakan dalam agama Islam dan bukan untuk agama-agama yang lain, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum.

Ditanya mengapa syarat baru dikenakan terhadap akhbar mingguan Katholik - Herald - apabila permit penerbitannya hendak diperbaharui, Johari berkata, ia bertujuan untuk mengelak sebarang kekeliruan.“Hanya orang Islam boleh menggunakan ‘Allah’.

Ia perkataan dalam Islam. Ianya dari (bahasa) Arab. Kita tidak boleh biarkan agama lain menggunakannya kerana ia boleh mengelirukan orang ramai," katanya ketika dihubungi hari ini.

“Kita tidak benarkan penggunaan 'Allah' dalam penerbitan bukan Islam, orang lain tidak boleh, kecuali bagi orang Islam.

Perkataan 'Allah' digunakan oleh Katholik. Itu tidak betul," katanya.

Herald yang merupakan akhbar rasmi Gereja Katholik di Malaysia, menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya, kerana dikatakan telah menggunakan perkataan "Allah" bagi merujuk kepada "God" dalam seksyen Bahasa Malaysia akhbar tersebut.

Kementerian tersebut juga dikatakan telah meminta penerbitnya membuang seksyen Bahasa Malaysia atau permitnya tidak diperbaharui apabila ia tamat dua minggu lagi.

Akhbar Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa - Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, China dan Tamil - mempunyai pengedaran sebanyak 12,000 nashkah.

Menurut Johari, penerbitan lain seperti majalah Buddha, tidak menggunakan perkataan 'Allah' bila merujuk kepada 'God'.“Herald boleh guna perkataan lain, tetapi bukannya ‘Allah’.

Itu akan mengelirukan orang ramai,” katanya.

Asas keputusan

Johari berkata, keputusan dibuat berasaskan kepada satu laporan yang dikemukakan kepada jabatan penerbitan di kementerian berkenaan.“Sebelum ini, tiada seorangpun tahun (mengenainya).

Saya telah membuat keputusan berdasarkan kepada laporan yang dikemukakan kepada saya yang disediakan oleh seorang pegawai," jelasnya.

Bagaimanapun, apabila ditanya mengapa Herald diminta membuang semua sekseyan Bahasa Malaysia, dan tidak setakat diminta jangan menggunakan lagi perkataan Allah, Johari berkata:

“Saya tidak pasti mengenainya, saya perlu menyemaknya semula. Setakat yang saya tahu, mereka menggunakan perkataan ‘Allah’ dan kita tidak boleh membenarkannya.
Menurutnya lagi, perkataan ‘Allah’ tidak boleh dicetak pada baju-T atau pakaian lain dan mereka yang berbuat demkian, telah diberi amaran oleh pihak kementeriannya.Empat tahun lalu, kitab Injil dalam bahasa Iban telah diharamkan kerana ia menterjemah perkataan 'God" kepada 'Allah Taala.

Bagaimanapun, pengharaman tersebut ditarik balik selepas bantahan daripada masyarakat Kristian.
------------------------------------------------

PM, state your stand on Herald's 'Allah'
Dec 24, 07 12:32pm

There is growing clamour for Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to quickly douse the controversy over the use of ‘Allah’ by a Catholic weekly in its Bahasa Malaysia section as Christians prepare to celebrate Christmas tomorrow.
The Herald, a weekly bulletin of the Catholic Church has been warned it could lose its publication permit, which will effectively shut down the weekly, for using the word ‘Allah’ in referring to ‘God’ in its Bahasa Malaysia section.
The powerful Internal Security Ministry - in which Abdullah is the minister in charge - has also allegedly told the publisher to remove the entire Bahasa Malaysia section or the permit will not be renewed when it expires next week.
The Herald, which is published in four languages - English, Bahasa Malaysia, Chinese and Tamil - has a circulation of 12,000.
Social movement Aliran said it was flabbergasted that “the usage of a single, widely used term to refer to the Almighty could be used to deny a basic right – the freedom to publish”.
“The term ‘Allah’ has been used for centuries without any problem or confusion. It has been the common term used by Muslims and Christians alike in the Arab world to refer to God.
”Deputy Internal Security Minister Johari Baharum has earlier explained that the new condition imposed on Catholic bulletin was to prevent confusion. “Only Muslims can use ‘Allah’,” he told Malaysiakini.

"We cannot allow this use of ‘Allah’ in non-Muslim publications - nobody except Muslims. The word ‘Allah’ is published by the Catholics. It’s not right.”
However, Aliran said that Johari’s “sudden claim to exclusivity” for the usage of the word “does not make sense”.
“Our own Bahasa Malaysia is littered with numerous words absorbed from many foreign languages. We have even stopped using existing words in preference to newly coined terms to reflect modernity and the scientific world.
If foreign countries were to claim exclusivity for all these terms, what would become of Bahasa Malaysia?“Aliran also understands that the line, ‘Ya Allah Yang Maha Kuasa...’ forms part of the Pahang state anthem.
Does that mean that non-Muslims should not sing the Pahang state anthem?”Other state anthems which contain the word 'Allah' include Johor, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan and Terengganu.
A retrogressive stepMeanwhile, Opposition Leader Lim Kit Siang urged Abdullah to overrule Johari and rescind his ministry’s order to Herald to discontinue its Bahasa Malaysia section “so that Christmas Day this year will not be celebrated under a cloud of burgeoning religious intolerance.”
“As the word ‘Allah’ has been used to refer to God among Christians for generations in many countries and is never meant to offend or confuse the Muslims, Abdullah should intervene to rescind such retrogressive measure by the Internal Security Ministry,” said Lim.
He said that the ministry's decision to abolish the Herald's Bahasa Malaysia section shows that the government itself does not give pride of place to the national language.The use of ‘Allah’ outside of Islam has stirred controversy in Malaysia previously.
Four years ago, the Bible in the Iban language was banned because it translated the word ‘God’ as Allah Taala, which resembles Islam’s name for God.

The ban was, however, lifted after protests from the Christian community.

1 Pandangan

  1. Anonymous // February 17, 2009 at 1:33 AM  

    soalan saya senang aja, kalau guna perkataan "Allah" dalam percakapan harian, adakah juga tidak diterima? sebab, negara kita sedang cuba mewujudkan budaya kebangsaan Malaysia, orang bukan muslim juga kadang-kadang mengunakan perkattan ini dalam dialog atau percakapan harian mereka. Adakah tindakan akan dikenakan kepada mereka? Maaf kalau ada apa-apa yang tersilap kata.