Dr Koh: Hishammuddin tidak wajar ugut Gerakan
Dec 24, 07 11:12am
Parti Gerakan telah memulakan tindakan tata tertib terhadap Naib Ketua Pemudanya, S Paranjothy berikutan kenyataannya yang disifatkan boleh menyinggung perasaan masyarakat majmuk di negara ini serta membelakangkan semangat berpasukan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon kecewa dengan Ketua Pemuda, Datuk Hishammuddin Hussein bahawa pergerakan itu akan memutuskan hubungan dengan Gerakan sekiranya tidak berpuas hati dengan penjelasan mengenai kenyataan Paranjothy.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai tidak tepat kerana Paranjothy hanya seorang pemimpin muda.Menurut Dr Koh, pemimpin Umno itu boleh mengutuk serta mengkritik Paranjothy atau Pemuda Gerakan atau meminta penjelasan daripadanya selaku pemimpin Gerakan tetapi ugutan untuk memutuskan hubungan dengan seluruh parti itu memang tidak wajar, demikian menurut laporan Bernama.
Dr Koh berkata perbuatan Paranjothy itu dipandang serius parti berkenaan dan perkara ini dirujuk jawatankuasa disiplin parti untuk menentukan tindakan tatatertib terhadap pemimpin muda itu sebelum dibawa kepada jawatankuasa kerja pusat.
Pelbagai bentuk tindakan, katanya boleh dikenakan terhadap Paranjothy termasuk menggantung keanggotaan atau memecat beliau daripada Gerakan.
"Kami akan mengikut prosedur yang terdapat di dalam parti sebelum membuat sebarang keputusan mengenai bentuk tindakan itu dan saya sarankan supaya Jawatankuasa Disiplin mengadakan mesyuaratnya secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Gerakan Negeri, di Pulau Pinang semalam
Mula tindakan disiplin
Bagaimanapun, beliau difahamkan beberapa anggota jawatankuasa disiplin, yang dipengerusikan oleh Tan Sri Soong Siew Hong, sedang berada di luar negara.
Koh berkata keputusan memulakan tindakan tatatertib itu dibuat kerana Paranjothy menggunakan hujah-hujah yang sengaja diperbesarkan, tidak wajar serta boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati terhadap masyarakat majmuk di negara ini.
"Tindakan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian tidak mengikut semangat berpasukan dalam parti Gerakan kerana sebagai seorang Naib Pengerusi Pemuda nasional, beliau kena berbincang dengan pemimpin parti yang lain sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan besar.
"Ini ternyata bertentangan dengan nasihat saya supaya Gerakan sentiasa mencari penyelesaian membina terhadap sebarang bentuk masalah walau serumit mana sekalipun termasuk hal yang menyentuh kesulitan kaum India," katanya.
Beliau berkata Gerakan sentiasa memandang berat kesulitan masyarakat termasuk kaum India dan bersama-sama parti komponen yang lain mencari penyelesaian terhadap masalah itu.
Menyifatkan tindakan Paranjothy "menyerang" parti komponen BN secara kasar dan terbuka sebagai tidak wajar, Koh berkata:
"Walaupun beliau boleh mengkritik pelaksanaan dasar kerajaan secara positif tetapi adalah tidak wajar untuk menyerang parti komponen BN secara kasar dan terbuka dengan kenyataan yang menyakitkan hati serta membangkitkan isu yang telahpun selesai.
"Contohnya, mengenai pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Umno tidak mememerlukan sokongan orang bukan Melayu.
Hishammmuddin sudah menafikan perkara itu tetapi dia masih membangkitkannya dan ini tidak tepat dengan amalan BN selama ini," katanya.
Jaga keharmonian
Atas kesemua faktor itu, kata Koh, Gerakan memulakan tindakan tatatertib terhadap Paranjothy dan ini membuktikan Gerakan serius dalam menjaga keharmonian dan hubungannya dengan parti komponen BN yang lain.
Paranjothy dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang disiarkan di internet baru-baru, berhubung rasa tidak puas hatinya terhadap Umno dan bagaimana kaum India dilayan secara kurang adil.
Paranjothy juga mendakwa pemimpin Umno gemar mensasarkan parti komponen BN serta menjadikannya alasan atau batu loncatan untuk mengekalkanpopulariti dalam kalangan masyarakat Melayu. (memasukkan dua para akhir)
"Contohnya, mengenai khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendakwa Umno tidak memerlukan sokongan orang bukan Melayu. Hishammuddin sudah menafikan perkara itu tetapi dia masih membangkitkannya dan ini tidak tepat dengan amalan BN selama ini," katanya.
Atas kesemua faktor itu, kata Koh, Gerakan memulakan tindakan tatatertib terhadap Paranjothy dan ini membuktikan Gerakan serius dalam menjaga keharmonian dan hubungannya dengan parti komponen BN yang lain.
Paranjothy dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang disiarkan di internet baru-baru ini berhubung rasa tidak puas hatinya terhadap Umno dan bagaimana kaum India dilayan secara kurang adil.
Paranjothy juga mendakwa pemimpin Umno gemar mensasarkan parti komponen BN serta menjadikannya alasan atau batu loncatan untuk mengekalkan populariti dalam kalangan masyarakat Melayu.
--------------------------------------------------
Isu Paranjothy: Kalau Pemuda Umno, saya sudah pecat..., kata Hisham
Dec 24, 07 7:12pm
Dec 24, 07 7:12pm
Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak mengugut Gerakan dalam isu berkaitan dengan kenyataan Naib Ketua Pemuda Gerakan, S Paranjothy yang menuduh Umno mengapi-apikan sentimen perkauman di negara ini.
"Itu bukan ugutan, itu satu kenyataan, saya tidak pernah ugut orang dengan hal-hal berkaitan dengan kebenaran dan berkaitan parti," katanya.
Beliau mengulas kenyataan pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang menyifatkan kenyataannya Hishammuddin bahawa Pemuda Umno sedia memutuskan hubungan dengan Gerakan ekoran isu tersebut, sebagai satu ugutan.
Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau tidak berniat menjadikan isu itu sebagai polemik perkauman tetapi sekadar membetulkan tuduhan palsu yang dilemparkan terhadap kepimpinan Pemuda dan Umno, demikian menurut laporan Bernama.
Ketika ditanya sama ada Paranjothy masih layak berada dalam parti Gerakan dan BN, Hishammuddin berkata perkara berkenaan bukan dalam bidang kuasanya.
Alu-alukan tindakan
"Itu bukan tempat saya, kalau libatkan Pemuda saya, dah lama saya pecat tapi ini bukan Pemuda saya," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Ulu Luit dan Paya Pasir di Maran hari ini.
Hishammuddin bagaimanapun berkata isu berkenaan timbul hanya disebabkan perbuatan seorang anggota parti dan tidak mencerminkan persepakatan anggota lain.
Beliau juga menyambut baik tindakan tatatertib yang bakal dikenakan terhadap Naib Ketua Pemuda Parti Gerakan S. Paranjothy kerana membuat kenyataan kononnya Umno adalah penyebab kaum India menjadi mundur.
Katanya, keputusan oleh Gerakan untuk mengenakan tindakan terhadap Paranjothy adalah satu contoh mengenai pendirian parti itu dan semangat Barisan Nasional (BN) dalam menangani masalah itu.
"Saya menerima secara terbuka dan mengalu-alukannya, itulah pendirian kepimpinan serta disiplin dalam sesuatu parti dan dalam konteks semangat BN apabila sesuatu yang tidak seharusnya berlaku telah berlaku," katanya.
Hishammuddin berkata beliau akan mengikuti tindakan yang bakal dikenakan terhadap Paranjothy sebelum membuat pendirian lanjut berhubung isu itu.
Enggan ulas
Sementara itu, Paranjothy ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.katanya, sebarang kenyataannya kepada pihak media sekarang boleh menjejaskan pembelaannya jika dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti.
Manakala Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin dan ahli jawatankuasa pusat pergerakan itu, Kohilan Pillay, dalam satu kenyataan bersama semalam, menyuarakan rasa terperanjat mereka dengan kenyataan keras Paranjothy itu.
0 Pandangan
Post a Comment