Misi Kemanusiaan Banjir - Temerloh, Pahang

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 12/25/2007 12:31:00 PM | 0 Pandangan »

Salam perjuangan...


Misi Kemanusiaan Dewan Pemuda PAS Johor dan Unit AMAL Johor telah memulakan perjalanan daripada Johor pada 22 Disember 2007 dan tiba di Temerloh pada subuh 23 Disember 2007.

Buat pertama kali saya mengetuai misi ini dibantu dengan beberapa anggora Harian DPPNJ dan Pengarah AMAL Johor.

Buat pertama kali juga saya hadir dalam misi bantuan banjir ini sebagai 'petugas' yang turut sama membersihkan rumah, sekolah dan madrasah bersama petugas AMAL daripada negeri Johor.
Memang memenatkan tetapi terasa nikmatnya bekerja bersama AMAL Johor.

Laporan lanjut akan disiarkan dalam blog AMAL Johor tidak lama lagi.

Wassalam
--------------------------------------------------
Menyanyikan lagu AMAL sebelum memulakan operasi pada setiap pagi.

Sdr Abdullah Karim, Ketua DPP Temerloh yang juga Exco DPPP pusat sering melawati kami sepanjang misi ini dijalankan.

Kerusi dan meja dihanyutkan jauh ke dalam semak dan ada juga yang tersangkut di atas pokok akibat banjir.

Bergambar bersama sdr Hamid yang cukup bersemangat mengalihkan meja-meja yang disusun di dalam bilik darjah.

Ops membersihkan rumah di Kampung Paya Dalam Temerloh.

Al-Quran dan Kitab2 yang musnah dalam banjir di Temerloh.

Anggota Harian DPPNJ yang turut serta dalam Misi Kemanusiaan ini. Daripada Kiri ; Sdr Hamid Jammah (Ketua Penerangan), saya, Sdr Faizul Salleh (Setiausaha) dan Ust Ruhaizam Hamid (Bendahari)

Peralatan mula diturunkan sebelum memulakan operasi.


Operasi membersihkan sebuah sekolah agama.


Bilasan terakhir untuk membersihkan koridor bangunan madrasah

Atas permintaan Ust Ruhaizam, gambar ini disiarkan kepada semua...:-)


Petugas Amal Johor menyanyikan lagi AMAL sebelum memulakan tugas pada hari kedua di Temerloh.


Salah sebuah rumah yang berjaya dibersihkan di Kampung Paya Dalam, Temerloh. Bergambar bersama tuan rumah tersebut.


Bergambar bersama mudir & tenaga pengajar di Madrasah At-Taqwa, Temerloh. Walaupun keletihan tetapi masih lagi mampu tersenyum!

0 Pandangan