Khairy Gesa Tangkap Penganjur BERSIH...TANGKAPLAH!!!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 11/06/2007 11:00:00 PM | 0 Pandangan »

Pemimpin Pemuda UMNO yang sedang meningkat naik dengan mendadak dan berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia pada usia 40 tahun ini menggesa supaya pengajur BERSIH ditangkap.


Dengan mencabar pembangkang agar tidak menjadi beruk-beruk di jalanraya tetapi berdepan dalam pilihanraya, Khairy dilihat begitu berani untuk berdepan dengan parti pembangkang pada bila-bila masa.

Hebat Khairy, hebat tetapi kehebatan Khairy setakat ini masih lagi berlegar di kalangan Pemuda UMNO sahaja. Khairy masih belum ada 'track record' untuk berdepan dengan mana-mana pemimpin parti politik pembangkang secara 'gentleman'.

Paling hebat pun, kelibat khairy yang terpekik terlolong semasa hari penamaan calon di Ijok dahulu. Itu sahaja yang ada. Khairy tidak berani berdebat dan sehingga ke hari ini masih belum mampu menjawab surat penerimaan untuk berhujah/berdebat/berdiskusi yang dihantar oleh Timbalan Ketua DPPP Ust Nasarudin Hassan At-Tantawi atas isu Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Maka, di atas ketidakberanian Khairy untuk berdepan dengan pemimpin parti pembangkang, Khairy menggesa agar pihak keselamatan untuk menangkap pemimpin BERSIH.

Jika inilah caranya Khairy, anda masih belum mampu untuk menjadi PM, anda masih pemimpin peringkat biasa sahaja...masih jauh lagi malah masih lemah lagi - Khairul Faizi

-----------------------------------------------------------

Khairy: Tangkap penganjur perhimpunan 10 Nov - Malaysiakini
Nov 6, 07 7:14pm


Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Kamaruddin hari ini menggesa pihak keselamatan supaya bertindak tegas menangkap mereka yang menganjurkan perhimpunan rakyat pada 10 November ini di Dataran Merdeka kerana ianya akan diadakan secara haram.

Perhimpunan itu akan diadakan sehari selepas tamatnya perhimpunan agung Umno Jumaat ini.

"Ini bukan soal saya anti demokrasi, tak nak dengar suara rakyat, ini soal undang-undang, ini soal haram, mereka perlu ditangkap...," katanya ketika berucap menggulung perbahasan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC petang ini.

"Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum. "Kita yakin kita akan menang menentang mereka," Khairy.

Perhimpunan 10 November itu adalah anjuran Bersih, iaitu gabungan badan bukan kerajaan dan parti pembangkang, untuk menuntut supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil.

'Kita berani turun'

"Selama ini mereka bertanding, tapi kali ini mereka minta pilihanraya bersih, tidak cukup apa yang berlaku di Batu Buruk dan rusuhan pada 1998," katanya.

Sehubungan itu, Khairy berkata, Pemuda Umno sanggup turun berdepan dengan para penyokong pembangkang pada hari berkenaan.

"Tapi itu bukan cara yang berhemah dan bijaksana. Kita berani turun berdepan dengan mereka... tapi kita akan cetus keadaan yang akan menyusahkan orang ramai...ia boleh menjadi satu konfrontasi dan mencetuskan huru-hara," katanya.

Katanya, mesej penganjur perhimpunan tersebut adalah 'mesej hipokrat'. "Kalau mesejnya pilihanraya tidak bersih, jadi mengapa mereka bertanding... mereka pulau pilihanraya kecil Batu Talam, tapi mereka bertanding di Ijok dan Macap...," katanya.

Kerusi majoriti Melayu

Sebelum itu, Khairy berkata, pergerakan Pemuda Umno menjadi benteng kepada parti dan kerajaan. "Kita memainkan peranan yang begitu besar dalam pilihanraya. Dalam tempoh Parlimen kali ini sahaja, kita menang dalam lima pilihanraya kecil dengan undi besar.

"Kebangkitan semula pemuda ini disimbolkan dalam keris Panca Warisan seperti yang dijelaskan oleh Datuk Hishammuddin.

"Biarlah penjelasan kali inil adalah yang terakhir," katanya sambil menambah bahawa keris tersebut "akan kita hunus dan junjung selama-lamanya. Dalam masa akan datang, siapa sahaja yang tidak berani menghunus dan menjulang keris adalah pengkhianat kepada bangsa dan partinya," kata Khairy. Sehubungan itu, katanya, masih ada pihak yang mempertikaikan perjuangan Umno.

"Ada pula yang kata agenda ini sebagai agenda rasis, tuduh pemuda Umno tidak toleran. Umno tidak pernah rampas hak orang lain...parti ini berbesar hati dalam pengagihan kerusi Parlimen dan negeri. "Jika dilihat kepada majoriti melayu, lebih banyak calon Umno yang boleh bertanding...tapi kita murah hati (serahkan pada parti komponen BN)," katanya.

Katanya, antara kerusi tersebut adalah Sungai Siput (Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu), Pontian-Tanjung Piai (Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting) serta kerusi Kapar dan Kota Raja yang diwakili pemimpin dari MIC. "Oleh itu, jangan anggap kita sebagai sebuah parti rasisi. inilah parti yang menjaga maruah BN," tambahnya

0 Pandangan