Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik hanya untuk orang Islam sahaja sudah mula menampakkan perubahan yang ketara. Imej parti ‘kampung’, parti ‘ketayap putih’ dan parti ‘anti pembangunan’ telah dapat dikikis daripada pandangan pelbagai lapisan masyarakat.
Pelancaran Kelab Penyokong PAS menjelang Pilihanraya Umum ke-11 pada tahun 2004 telah berjaya membuka satu era baru kepada PAS yang sering dikritik kerana tidak mampu menarik sokongan daripada kaum Cina dan India.
PAS sudah mempunyai Kelab Penyokong Kaum Cina yang sedang bergiat cergas di seluruh negara. Begitu juga dengan Kelab Penyokong Kaum India yang telah berjaya memulakan beberapa aktivitinya, walaupun masih belum begitu dirasai kehadirannya tetapi beberapa perancangan telahpun telah diatur untuk memenangi hati kaum India di Malaysia.
PAS berjaya menepis persepsi negatif daripada kaum bukan melayu apabila telahpun berjaya menerbitkan beberapa siri majalah ‘Ren Men She She’ untuk tatapan dan bacaan kaum Cina. Menjayakan Sambutan Tahun Baru Cina dan pengedaran kuih bulan PAS sudah sinonim dalam perancangan aktiviti PAS bagi meyakinkan kaum ini bahawa PAS adalah parti yang cintakan kedamaian dan memimpin perpaduan dalam negara Malaysia tercinta.
Apa yang pastinya, pemimpin dan ahli PAS perlu bersedia untuk membiasakan diri bersama dengan kaum lain sekiranya hasrat untuk merealisasikan hasrat PAS memerintah Malaysia pada satu masa nanti.
Memimpin Lujnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (LPNDPPP) membuka satu ruang baru kepada saya untuk mendekati, menyelami dan memahami keperluan untuk berhubung dan berinteraksi seterusnya mencari titik pertemuan di antara kaum yang ada.
Seorang blogger berbangsa India beragama Hindu pernah beberapa kali menghubungi saya atas isu perpaduan kaum di Malaysia.
Tuan,

Saya harus mengaku, bahawa saya agak gembira melihat parti yang sering kali di salah tafsir oleh masyarakat bukan Muslim berjaya membuktikan bahawa PAS is really for all.
Teruskan usaha membina perpaduan sebegini dan jangan untuk tujuan politic sahaja. Congrats!
Mahendran B.
www.Bmahendran.com
-------------------------------------------------------------------------------
Despite my many EARLIER reservations against PAS, they are proving I’m wrong day by day.PAS is trying to portray a good image among non-Muslim, allaying the fear factor commonly present among the latter. Earlier today, the Pemuda PAS arranged a kuih bulan give-away to the old folks home in Ampang. This is part of their motto “PAS For All” ;
designed to create a better understanding between PAS and the non-Muslim communities.

If you guys followed my life journey from day one, I did mention that I actually ventured all alone to the then PAS HQ in Taman Melewar. yes I did. They have a good intention of creating a good rapport among the various religions/races. Kelab Penyokong Cina PAS is very active and similar club was launched for Indians earlier this year. Hmmm, will write comments about it one day
http://www.bmahendran.com/blog/?p=163
Email dan petikan daripada laman web beliau sudah cukup membayangkan kepada kita bahawa usaha yang telah kita laksanakan selama ini telah membuahkan hasil walaupun kita masih jauh lagi untuk mencapai matlamat menyampaikan mesej ini kepada semua kaum.
Saya juga dapati bahawa PAS tidak berhadapan dengan banyak halangan untuk mendekati kaum Cina melalui perayaan kerana kaum Cina mempunyai perayaan yang berunsurkan perayaan kaum seperti Tahun Baru Cina dan Perayaan Kuih Bulan. Namun, kita masih belum dapat lagi menjadikan program perayaan sebagai penghubung dengan kaum India.
Persoalannya, sejauh manakah kita dibataskan untuk meraikan perayaan seperti Deepavali yang bakal diraikan oleh penganut Agama Hindu sedangkan inilah peluang atas misi kemanusiaan untuk kita memperbetulkan pelbagai tanggapan negatif terhadap umat Islam.
LPNDPPP melontarkan perkara ini dengan harapan PAS mampu untuk menjalinkan hubungan dengan kaum India tanpa meragut prinsip dan dasar perjuangan kita.
LPNDPPP dengan kerjasama LPN Dewan Pemuda PAS Negeri Johor akan memulakan misi perpaduan kemanusiaan pada 8 November ini dengan program penyerahan ’Maruku Perpaduan’ kepada penganut Agama Hindu di Masai Johor yang mana sebelum ini Masai ’dihantui’ dengan isu pertembungan kaum yang cukup membimbangkan.
Mudah-mudahan misi LPNDPP ini akan membantu salah tanggapan terhadap Islam dan PAS.
PAS UNTUK SEMUA
Wallahu’alam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
Dewan Pemuda PAS Pusat
019-7701830

0 Pandangan
Post a Comment