Tahniah Dr Sheikh Muszaphar!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 10/09/2007 08:35:00 PM | 1 Pandangan »

Petikan daripada Malaysiakini.com, Oct 9, 07 2:39pm
Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dipilih sebagai angkasawan pertama Malaysia yang akan berlepas ke stesen angkasa antarabangsa (ISS) dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan esok.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Jamaludin Jarjis mengumumkan di Baikonur hari ini.
Dr Sheikh Muszaphar, 35, dan Kapten Dr Faiz Khaleed, 27, sebelum ini terpilih untuk menjalani latihan sebagai angkasan di Russia.
AFP melaporkan, beliau akan berlepas pada jam 9.20 malam esok bersama angkasawan Russia, Yury Malenchenko dan angkasawan Amerika, Peggy Whitson.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan ditemani 280 pelajar untuk menyaksikan siaran secara langsung pelancaran tersebut, malam esok. Pada 14 Oktober ini, Abdullah dijadual berbual dengan Dr Muszaphar di ISS, demikian menurut laporan Utusan Malaysia hari ini.
Manakala Kementerian Pendidikan telah memilih lapan pelajar bertuah untuk berlepas ke Russia dan berpeluang berbual secara langsung dengan Dr Muszaphar dari ISS.
Dr Muszaphar dipilih daripada ribuan calon dan telah menjalani latihan setahun di Moscow.
Projek tersebut dicetuskan pada 2003 selepas kerajaan Russia bersetuju untu menghantar rakyat Malaysia ke ISS sebagai sebahagian daripada pakej pembelian 18 pesawat pejuang Sukhoi 30-MKM buatan negara itu.

1 Pandangan

  1. motomira // October 18, 2007 at 9:27 PM  

    tahhiah kepada dr syeikh.tp hafap dr faiz bleh pergi jak taun dpn.aku sokong air force sbnrnye.