Sheikh Muszaphar Shukor - Petikan Daripada Wikipedia

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 10/11/2007 07:40:00 AM | 0 Pandangan »


Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha (lahir 27 Julai 1972) merupakan pakar perubatan dari Malaysia dan dijadualkan akan menjadi angkasawan Malaysia yang pertama dapat menjejakkan kaki ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 25 September 2007 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.


Misi angkasawan Malaysia

Beliau akan berlepas ke angkasa pada
10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersama Russia menerusi program Angkasawan, dan akan kembali ke Bumi bersama ahli-ahli Ekspedisi 15, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan.[1]

Misi ini selama 11 hari dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 pm hingga 21 Oktober 2007.


Beliau orang Islam pertama akan sembahyang dan berpuasa dan menyambut hari raya Aldilfitri di angkasa lepas.

Semasa sidang akhbar NASA dengan ahli-ahli Ekspedisi 16 pada 23 Julai 2007, Shukor menyatakan bahawa beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur sel hidupan untuk dipelajari semasa penerbangannya.

Kerjaya

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia, Sheikh Muszaphar berjaya menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA di Muar. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal.

Beliau menjadi doktor pakar ortopedik, dan menjadi pensyarah dalam bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).

Beliau juga merupakan model di kebanyakan iklan komersial.

Pemilihan angkasawan Malaysia

Kerajaan Malaysia telah mengadakan Program Angkasawan Malaysia bagi memilih calon angkasawan yang sesuai. Seramai 11000 calon telah mendaftarkan diri dengan pelbagai kelayakan akademik , ketahanan fizikal , emosi dan mental. Mereka menjalani latihan terakhir di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.

Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan kerajaan Russia.Peluang ini sebahagian daripada pakej pembelian jet pejuang Russia bernilai AS$1 bilion (RM3.44 bilion).

Muszaphar dan tiga calon akhir yang lain dipilih pada awal tahun 2006 daripada Program Angkasawan Malaysia. Setelah selesai menjalani latihan di Star City, Russia, Sheikh Muszaphar dan Faiz Khaleed akhirnya dipilih untuk latihan 18 bulan di Russia. Akhirnya, beliau dipilih sebagai calon utama Angkasawan Pertama Malaysia, sementara, Faiz Khaleed dijadikan calon simpanan.

Kebanggaan

Putera Arab Saudi, Putera Sultan Salman Abdel Aziz Al-Saud merupakan angkasawan pertama negara Islam ke angkasa lepas pada 1985. Beliau bertindak sebagai pakar muatan dalam kapal angkasa Amerika , Discovery STS-51-G pada 17 hingga 24 Jun 1985 .Beliau berbangga dengan misi Malaysia ini dan berharap misi angkasa lepas dari dunia Islam sendiri akan terlaksana.

Angkasawan Islam dari Syria ialah Mohammed Faris dari Syria berada di Stesen Mir selama 8 hari serta angkasawan Afghanistan, Abdul Ahad Mohamad berada di Stesen Mir pada 1988.

Dengan kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor ini , dunia Islam akan berbangga dengan kejayaan angkasawan Malaysia yang akan membuat pemerhatian dari sudut agama ketika berada di orbit.

0 Pandangan