Al-Fatihah...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 10/28/2007 11:09:00 AM | 0 Pandangan »

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri Othman Saat di atas kematian bekas MB Johor semalam.
DPPNJ sempat menziarahi beliau di Hospital Sultan Ismail pada 8 Oktober 2007 yang lalu dan ketika itu Allahyarham dilihat begitu uzur sekali.
Kepada Puan Kamariah Buyung serta anak-anak dan keluarga diharapkan dapat bersabar di atas pemergian Allhahyarham kerana beliau adalah pemimpin yang banyak berjasa kepada semua.
Al-Fahihah...
---------------------------------
Bekas MB Johor Othman Saat meninggal dunia - Malaysiakini
Oct 27, 07 12:20pm


Bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Othman Saat, 80, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Pandan dekat Johor Bahru pagi ini akibat septisemia (keracunan darah).


Allahyarham menjadi Menteri Besar selama 16 tahun, dari 1967 sehingga 1982.Menurut anak perempuannya, Shaukat, bapanya meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi.Allahyarham dimasukkan ke HSI kira-kira dua bulan lalu dan pada 2 Oktober lalu untuk menjalani pembedahan di kaki kanannya.


Anak-anak, cucu dan saudara mara berada di sisi bapa semasa beliau menghembuskan nafas terakhirnya, katanya kepada Bernama.


Allahyarham mempunyai sembilan orang anak hasil daripada tiga perkahwinan, 32 cucu dan tujuh cicit.Beliau meninggalkan isteri keduanya Kamariah Buyung manakala isteri pertamanya Rokiah Alwi telah meninggal dunia.


Perkahwinan beliau dengan isteri ketiganya Aminah Hussein berakhir dengan penceraian.


Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Tengah, Muar pada 4 April 1927 telah aktif dalam Umno sejak parti itu ditubuhkan pada 1946.


Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang ketiga pada Februari 1967 ketika berusia 43 tahun.

0 Pandangan