50:44 Coalition - Malaysia Merdeka

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/12/2007 12:20:00 AM | 0 Pandangan »

Saya berkesempatan untuk menghadiri satu program yang agak unik yang dianjurkan oleh satu gabungan badan NGO terdiri daripada KOMAS, Aliran, Suram & Centre of Independent Journalism.
Program ini diadakan di Pasar Seni Annexe dan dijadualkan akan diadakan pada 6-16 September 2007.
Sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DPP Pusat, saya mengambil inisiatif untuk mengadakan sebanyak mungkin perhubungan dengan pelbagai NGP bukan Melayu/Islam bagi menyampaikan mesej PAS & membina pertalian dengan mereka.
Kebetulan pada malam ini disajikan dengan pertunjukan AUKU/My cardboard Play dan satu forum bertajuk "Pergerakan Belia Semenjak Merdeka". Salah seorang ahli panelnya adalah sdr Hishamudin Rais, aktivis masyarakat.
Anda semua dijemput untuk menghadiri program ini esok sehinggalah pada tarikh 16 September 2007.
Anda juga boleh klik http://50-44.org/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Wassalam.
---------------------------------------------------







0 Pandangan