LOGO "PAS FOR ALL"

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/11/2007 06:47:00 PM | 0 Pandangan »

Pelancaran Logo PAS Untuk Semua

Petang tadi berlangsung upacara pelancaran logo PAS UNTUK SEMUA yang diadakan diperkarangan Bangunan PAS Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Program yang bermula pada pukul 3 petang itu telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Bin Mat Isa.

Beberapa acara telah diadakan sempena program tersebut seperti tarian Singa, Mirudengam dan pertunjukkan kompang.

Turut berucap adalah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Ustaz Mujahid Bin Yusuf Rawa dan Pengarah program, Dr Halimah Ali Abdullah. Rombongan daripada kelab Penyokong PAS daripada Parlimen Parit Buntar juga turut hadir memeriahkan program tersebut.

Program ini sememangnya sengaja diadakan pada 11 September 2007 sempena tarikh yang cuba mengaitkan Islam dengan keganasan.

Dapatkan maklumat lebih lanjut daripada harakahdaily.com.


0 Pandangan