BERSAMA GERAK MENYERAHKAN MEMORANDUM

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/28/2007 07:54:00 PM | 0 Pandangan »

Pada 28 Ogos 2007, Ekspedisi Solo Bermotosikal "Merdeka Dari Rasuah" sempena 50 tahun kemerdekaan negara yang dilakukan oleh sukarelawan GERAK, Mohd Zainuddin Ghazali, telah tiba di Bukit Timbalan Johor Bahru, Johor.

Saya telah mengiring sdr Zainuddin yang tiba di perkarangan Bukit Timbalan pada pukul 4.20 petang diiringi oleh wakil GERAK di Johor serta beberapa anggota DPPNJ yang lain.

Ketibaan Zainuddin telah disambut oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Johor, Mohd Sa’odi bin Mat Atar yang mewakili Menteri Besar Johor yang sedang menghadiri program yang lain.

Walaupun Zainuddin keletihan dan kepenatan setelah mengharungi perjalanan selama lebih kurang 6 jam daripada Kuantan tetapi semangat yang kental anak muda ini telah berjaya menyerahkan memorandum tersebut.

Dalam nada yang agak sedikit kesal kerana tidak dapat menyerahkan memorandum tersebut kepada Menteri Besar Johor, Zainuddin menjelaskan kepada wakil MB Johor bahawa tindakan berekspedisi secara solo ke seluruh negara dan menyerahkan memorandum kepada Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri adalah untuk mendapatkan sokongan daripada kalangan mereka bagi mengistiharkan rasuah adalah musuh nombor satu negara dan bukannya dadah kerana dadah berleluasa disebabkan berlakunya rasuah.

Beliau berharap agar Menteri Besar Johor dapat memberi sokongan kepada apa yang dilakukan oleh GERAK untuk memerangi rasuah sehingga ke akar umbi.

Mohd Sa’odi berjanji untuk memanjangkan harapan wakil GERAK tersebut kepada Menteri Besar Johor.

DPPNJ sentiasa menyokong GERAK dalam usaha memerangi rasuah di dalam negara kerana ianya telah terlalu parah terutamanya di kalangan pemimpin-pemimpin negara.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
http://minda-kembara.blogspot.com
019-7701830

Mohd Sa'odi menurunkan tandatangan di dalam memoradum GERAK

Setiausaha Akhbar MB Johor sedang menjelaskan kepada Zainuddin dan

Zainuddin menyerahkan memorandum GERAK kepada Mohd Sa'odi.

Sesi sidang media setelah memorandum diserahkan kepada wakil MB Johor

Zainuddin bergambar bersama-sama Pemuda PAS Johor

0 Pandangan