JANGAN BANGKITKAN ISU PERKAUMAN

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/28/2007 09:40:00 PM | 2 Pandangan »

JANGAN BANGKITKAN ISU PERKAUMAN

Sejak kelmarin, saya kerap dihubungi oleh banyak pihak bertanyakan tentang kemungkinan akan berlakunya rusuhan kaum di Johor Bahru. Beberapa SMS telah disebarkan dan diperpanjangkan kepada ramai termasuklah di kalangan ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Blog saya (
http://minda-kembara.blogspot.com/) tiba-tiba mencapai hits yang tinggi sejak semalam dan saya yakin ianya ada kaitan dengan penyebaran SMS tersebut.

SMS yang dilihat cuba meransang kaum Melayu untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ini telah membangkitkan rasa cemas sehingga terdapat pendudk di sekitar Johor Bahru bimbang untuk keluar daripada kawasan rumah. Kononnya, pada 30 Ogos 2007 akan berlakunya huru-hara di Masai dan Pasir Gudang, Johor dan semua agar berwaspada. SMS ini juga dikatakan disebarkan untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Saya paparkan beberapa SMS yang telah disebarkan ;

SMS 1,

Rdblock tmn cendana&masai dbuat arini 24j. India dr bt caves ada d jb. Bdk melayu dtembak mati d masai smlm. Baik2 bw kenderaan. Jgn kuar mlm. Balai polis brgerak dh ada d kwsn kita. Smpaikan pd kaum melayu kna bhati2. Smpikn info ini kpda semua bngsa mlayu.

SMS 2,

A’kum pd smua kekanda2 dn adinda2, ptg td sy messy besama abg2 P*k**a JB, dn secara rasmi info kekacauan d PG pd 30hb dijangka timbul huru hara yg dibuat olh kaum India, d hrp smua berhati2 dr 28hb dn stanby, pd 30hb pastikn smua berada dgn jarakberhampiran dn memberi info antara 1 sama lain. Pd 30hb mlm juga sy brada d masai. Pjgnkn AMANAH ini pd smua. Msg ini PENTING, sygilah agama, bangsa, tanahair kte ALAHUAKBAR 3x – FOSSIL MEI LONG -

Saya telah mengarahkan kepada semua anggota Pemuda PAS di negeri Johor agar tidak mudah panik dan terpengaruh dengan SMS tersebut. Kebimbangan saya adalah ianya adalah merupakan satu episod yang sengaja direka bagi menimbulkan situasi yang tegang di antara kaum kerana kita telah banyak belajar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang sengaja direka untuk kepentingan politik.

Semalam, pihak keselamatan telahpun mengadakan pertemuan tergempar dengan parti-parti politik termasuklah PAS, badan bukan kerajaan dan ketua-ketua agama bagi menyampaikan hasrat agar semua pihak dapat mengawal keadaan dan menasihatkan kepada semua ahli agar mengambil sikap bertenang.

Malam ini, satu taklimat khas yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Roslan Ahmad kepada penduduk-penduduk diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, Pasir Gudang untuk menenangkan keadaan.

Sehingga kini, keadaan di Johor masih lagi terkawal, tidak seperti yang digembar-gemburkan. PAS Johor akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak keselamatan untuk bersama menegakkan keamanan.

Paling utama, saya mengharapkan agar semua pihak dapat bertenang dan tidak mudah menyebarkan maklumat yang diragui kesahihannya. Apa yang mampu kita lakukan ketika ini adalah dengan menghadapinya dengan ketenangan dan berserah kepadaNya agar tidak akan terjadi perkara yang tidak diingini.

PAS Memimpin Perpaduan
Wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Pengerusi Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat
http://minda-kembara.blogspot.com/
28 Ogos 2007, 019-7701830

2 Pandangan

  1. jari aku // August 29, 2007 at 11:38 AM  

    selamat sejahtera atas kamu.

    nama saya hasrizal muhammad shawal. saya lahir di johor bahru, membesar di Plentong dan bersekolah di sekolah kebangsaan dato' penggawa timur, MASAI. Untuk pengtahuan saudara yang bijaksana, kekecohan yang berlaku di Masai (tempat yang anda tak pernah jejaki ini) berlaku depan mata bukan buta. tidak ada isu politik. Apa yang ada - 2 orang hindu mati di bunuh, satu orang melayu mati ditembak dan seorang Melayu putus tangan di tetak. Malah kes tetak menetak ini adalah yang terbaru, berlaku semalam. Saudara mungkin bersifat atas pagar dan tidak mahu meletakkan ketegangan yang malampau tapi sebenarnya saudara sendiri telah menipu diri sendiri.

    Saudara tiada di situ. Tapi kami semua anak-anak Melayu Masai terutama di Flat Sri Cendana mengetahuinya tanpa sedikit pun kegusaran. Anda tiada di situ menyaksikan ketakutan yang dialami oleh adik-beradik, saudara-mara dan rakan taulan saya yang berada di tempat kejadian sekarang. Kenapa tiap kali benda seperti ini berlaku, kamu kaitkan dengan politik? Pergi jahanam dengan politik kamu itu.

    Tidak perlu malu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Apa yang kita perlu ada adalah keberanian. 3 orang rakan baik saya berada di medan perang sekarang. Tidak termasuk rakan-rakan lama di Sekolah Dato' Penggawa Timur, Masai. Tidak termasuk abang dan abang ipar saya yang sentiasa berjaga-jaga nyawa sewaktu balik dan pergi ke tempat kerja di sana. Apa yang awak tahu? Makan minum awak terjaga, keselamatan awak terjaga. Politik membentuk dan menjaga keharmonian seluruh keluarga saudara tapi bagaimana keluarga saya di sana? Kalau betul berani masih di dada, marilah datang ke Flat Cendana ... kita tengok berapa lama saudara boleh bertahan tanpa senjata. Tidak kira bendera apa pun yang saudara kibarkan, samada hijau atau merah/putih warnanya ... saya cabar saudara ... ceritalah yang benar belaka!

    * kenapa mesti sembunyi ejaan penuh PAKEDA? kenapa risau? saya bukan adik-beradik dan saya pun tak kisah benda-benda seperti itu. Yang penting hidup mesti tersusun. Kalau benar kita perjuangkan lah tidak perlu bepersatuan pun. Bila luka, darah yang mengalir pun merah jua.

  2. Muhammad Kamal // August 30, 2007 at 8:37 PM  

    kalau ya..pun jangan la melenting cik abang oi...sampai cakap pergi jahanam dgn politik..tu apa benda...
    kalau betul biar pihak berkuasa..uruskan...